Tu dia....macam ni la katil bila nak exam...tapi ni study week last sem punya..macam-macam ada...past year,lecturer notes,revision book,calculator, air...
Sunday, 25 December 2011
Friday, 2 December 2011
Teman KMK
Sunday, 20 November 2011
JoDoh..Ingin sekali aku bertanya
Assalamualaikum... hmmm entri kali ni pelik bunyinye..almaklum lah..baru balik dari kenduri kahwin anak mak angkat di Kg Bongor Kudong. Teringat satu hadis yang berbunyi..
Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
.tetiba je terfikir.macamana la jodoh si Gembala Rindu (GR) ni?? takut sebenarnya memikirkan soal-soal macam ni...
terlintas di fikiran soalan-soalan pelik yang nak ditanya kepada 'kamu'..
CIRI-CIRI UTAMA
Ciri-ciri Utama Calon Suami Menurut Perspektif Islam
- Berilmu dan bertakwa
- Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga
- Memiliki/mamahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri
- Tidak berpenyakit
- Rajin usaha
- Memiliki akhlak terpuji
- Boleh imamkan di setiap solatku?
- Boleh tak tolong kejutkan setiap hari di pertengahan malamku?
- Boleh hormati keluargaku?
- Boleh bersabar dengan karenahku?
CIRI-CIRI SENGAL ----> tak kisah pun..kalau dapat BONUS la tu..kui3
- Kamu..kamu pilih HIJAU ke BIRU ???
- Hisap rokok ke tak? (paling penting because
i hate the smokers.) - berkulit cerah (demand mat saleh la konon..)
- bermata bulat @besar (mata muka doraemon)
- rambut lurus..kui3 (teknik rebondingkah?)
Thursday, 17 November 2011
Friday, 28 October 2011
Kot suka nak fikir apa...negatif or positif?
Thursday, 27 October 2011
Adik saya (^_^)V
Monday, 17 October 2011
Pesanan Buat Wanita
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab,
"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Tuesday, 27 September 2011
Ada hikmah...Sesungguhnya Allah maha mengetahui
Alhamdulillah...akhirnya...setelah seminggu lebih aku memeningkan kepala untuk memilih tajuk Final Year Project aka FYP..dapat la jugak...under Dr Shahriman...Timbalan Dekan (HEP dan Alumni) PPK Mekatronik.UniMAP...
Titlenya adalah
aku bersyukur pada Allah sangat2 sebab Allah dah tunjukkan kenapa aku di reject oleh setengah2 lecturer untuk ambil tajuk di bawah mereka,supaya aku dapat tajuk yang lebih baik.
siapa tak menangis kalau dah meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat tajuk yang diminati.akhirnya kena reject..tapi untuk pujuk hati tu,mengalir air mata aku...
tajuk-tajuk yang kena reject..Takpe la.nak buat macamana..tak ada rezeki.hehe
tajuk-tajuk yang kena reject..Takpe la.nak buat macamana..tak ada rezeki.hehe
- Rapid Detection Method of Bacteria Species on Diabetic Infected Foot Using E-Nose Technology
- Bacteria Classification using Electronic Nose for Diabetic Wound Monitoring
- Cardiac Arrhythmia Classification based on ECG signal
- Study on surface characteristics of bone surface after plasma treatment
Sebagai
hamba Allah, teringat maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat( da lupe) ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Selesai sudah beberapa masalah
- Ambik barang-barang di kolej wang ulu
- Tajuk FYP
- Beli printer \(^_^)/
ok la, kena berundur diri dulu...proposal nak kena siapkan...sebagai seorang anggota Suksis yang telah ditauliahkan sebagai inspektor,aku kena disiplinkan diri untuk siapkan projek ni lebih awal mengikut apa yang supervisor aku syorkan... huuuu~
Tuesday, 20 September 2011
Nasihat
Imam Hasan al-Basri, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Friday, 16 September 2011
Kuatkan aku ya Allah~
Ternyata hidup kolej kat semarak ni tak sebest hidup kat kolej wang ulu,kalau dulu selalu cakap best hidup kat semarak sebab ramai coursemate.tapi bila dah dapat duk,lain plak jadinya.Belum sampai seminggu dah jadi macam ni..entah la kenapa jiwa tak tenteram tinggal kat semarak ni...Sabar je la..setahun je lagi nadirah
Kadang-kadang jiwa terseksa,entah la..mungkin belum dapat adapt dengan situasi...
Kadang-kadang rasa nak menangis sebab rasa bosan dan kesepian..bukan nak kata geng takde..ade sangat...
kadang-kadang rasa nak balik umah, tak nak study dah..tapi fikirkan hutang...kena pulun jugak...
kadang-kadang tengok kawan-kawan dah kawen.jeles pulak...sabor je la.(x sampai seru lagi...hehe)
Rasa nak lari je dari kolej ni, nak lepak kat library tenang sikit...tapi mesti banyak duit habis..mana taknya...Kangar tu banyak kedai..
Kadang-kadang jiwa terseksa,entah la..mungkin belum dapat adapt dengan situasi...
Kadang-kadang rasa nak menangis sebab rasa bosan dan kesepian..bukan nak kata geng takde..ade sangat...
kadang-kadang rasa nak balik umah, tak nak study dah..tapi fikirkan hutang...kena pulun jugak...
kadang-kadang tengok kawan-kawan dah kawen.jeles pulak...sabor je la.(x sampai seru lagi...hehe)
Rasa nak lari je dari kolej ni, nak lepak kat library tenang sikit...tapi mesti banyak duit habis..mana taknya...Kangar tu banyak kedai..
Tuesday, 13 September 2011
Latihan Industri saya~
Assalamualaikum W.b.T
Rasa-rasanya dah lama tak update blog…maklumla bila dah habis latihan industri (LI) aka praktikal training ni susah tul nak jumpa internet..nak beli broadband.kena bayar berbulan-bulan lagi..bila dah masuk Unimap balik,internet kat kolej kediaman pun ada, kat library pun ada..kat kampus pauh pun ada….mana2 pun ada…
Entri kali ni, nak cerita la pengalaman saya ber’LI’ kat Radicare hospital tanah merah ni. Semua staff baik-baik semua sampai sehari x pergi kerja sampai dah rindu gelagat diorang yang lucu-lucu tu..
Haa…ni dia logo Radicare…tet…cantikkan?kaler hijau my favorite colour…and baju radicare
Tu dia,ada gaya seorang engineer BEMS.Baju die pun kaler hijau(nak ckp yang tu je)..maafkan saya encik sakrinal ye..jadi model untuk entri saya kali ni.Selamat Pengantin Baru juga untuk beliau..
|
Dimulakan dengan jawatan tertinggi ialah En.Amran aka bos amran…orangnya sangat baik,cakap pun lembut-lembut, tapi saya takut ngan dia sebab dia jawatan bos..huhu..sama la jugak dengan encik Che din. Saya panggil encik din je…susah nk sebut dua kali encik Che..hehe.en Din jarang ada kat situ sbb dia adalah Service Centre Manager, yang jaga 4 buah hospital kuala krai,tanah merah,jeli dan gua musang.
Memperkenalkan my supervisors’ ada dua orang, encik Zulkurnain dan encik Mat Rozi. Jawatan beliau2 ni adalah junior BME…Dimulakan dengan encik Rozi la dulu..bahagian management, orangnya kuat bekerja sampai pening2 telan panadol..kesian pulak menengoknya,mana taknya bahagian Radibems 2 orang ni je kat hospital tanah merah ni. en rozi pernah kerja kat Dubai…sampai nametag keje pun still pakai yang Dubai punya, ringtone handphone pun lagu Dubai, baju pun baju Dubai..sampaikan saya rasa dah keje macam kat Dubai..hehe…nasib baik cakap Melayu...
Encik zulkurnain pulak,orangnya agak melucukan.bak kata orang kelate …sumbak parok..hehe..boleh pecah perut agaknya kalu kerja ngan dia bertahun2..tapi kadang2 serius buat kerja sampai x rehat pun ada. En zul ni bila waktu rehat,suka tidur atas lantai pejabat berlapikkan plastic yang boleh tekan2 tu..(X tahu nama saintifiknya apa.) .
selalunya pas solat zohor,bila nak masuk pejabat kalu lampu tu tutup kompen2 encik zul tidur kat dalam tu..kadang2 balik umah jugak. Bila macam tu,kena la lepak kat luar dulu walaupun agak segan.. maklum la sejak dari sekolah ,masuk matrik,masuk unimap…x pernah bergaul dengan orang laki tambah2 ngan budak kelas boleh kira berapa kali bercakap.tapi bila dah masuk u ni, da advance sikit la,tambah2 bila masuk Suksis Unimap (skuad 2008).dah melencong kot lain da.huhu
Hari pertama nak masuk praktikal tu,mak and abah p hantar…macam nak masuk sekolah tadika dulu2 dah..hehe…bukan pe,mak nak tengok macamana suasana tempat kerja saya je..masuk2 je,semua berkumpul,kebetulan lak aduyai..malu giler.da la lewat x jumpa pejabat..mak ngan abah tunggu,ingatkan sekejap je rupanya lama giler..Cian pulak..pas habis je,saya ingatkan mak n abah dah balik,rupanya still waiting for me….Masya Allah.sampai begitu sekali sayangnya kat anak..terharu bangat gue….mula2nya nak keluar dari pejabat tu takut sampai mintak izin ngan en rozi..haha..lawak pulak..nadirah..nadirah…nadirah si budak skema..Then,hari2 lain bapa saudara dah p hantar…4 orang yang biasanya hantar..nak naik motor, mak abah xharap.jalan busy2..
- Abah-time abah balik kampong je
- Ayah ngah- selalunya ngan motor kalu sempat
- Ayah wan aka Duan- ngan kete tapi selalu terlambat….sbb 8.50am kdg2 baru gerak,kereta api lagi,trafik light lagi…mcm2 halangan.
- Poksu ma aka pokma- ngan moto tapi awal pula..hehe
Minggu2 awal ni,bosan giler maklum la xde kawan, nak nangis pun ada gak,tp malu la da besar2 nak nangis depan orang.nk masuk main office pun x berani ape lagi nak merayau2 sorang….tu yang berkurung je dalam pejabat..tengok gelagat orang2 dr dalam je..maklumla saya ni bukan peramah,orang Tanya sepatah, sepatah la dijawabnya..time makan tengahari,saya bawak bekal..nasi putih ngan lauk ayam masak merah then air masak sebotol..tu je..Beberapa minggu lepas tu, masuk la pula student praktikal dari UTHM namanya Shikin..Dia tak bagi panggil kak shikin walaupun 3 tahun berbeza umur, mulanya agak kekok tak panggil ‘kak’ ,felt like I’m not respect her…pastu aritu tak bawak bekal dah..p rehat ngan dia, beli roti dan air milo,minum kat bangku depan surau..Tu la tempat kitorang…Then p mana2 pun ngan shikin and her motorcycle.
Macam2 equipment yang saya belajar kat u ada depan mata,siap boleh pegang2, bukak2,try2…best..Yang paling best boleh tgk electronic device kat dalam equipment tu…waaa….. (^_^)V
Senarai nama staff radicare,saya listkan..takut lupe…bila baca balik entri ni xde la lupe sangat kot..
1) En Amran bin Nawi-Bos
2) Kak Rus -Clerk
3) kak Ma- Housekeeping supervisor
4) Kak emie- asst. housekeeping
5) Kak ani dan kak Yah- Data entry operator-
6) Encik daud @ en.nik anuar -Storekeeper
7) En.Essam- FEMS
8) Encik Rozi & Encik Zulkurnain- JBME
9) Encik CHE Din- SCM
10) Under FEM
en.Mohd Nor- Chargeman
en.Rabion
en.Mohd Nor
en.Mohd Zaid (pok Id)
En.mohd amin-fitter
Mr.mat shah-electrician
En.fauzi- handyman
Encik supi, dan kak za- porter linen
Kak aida, en najib(pindah),en helmi(new staff) –portel clinical waste
en.Mohd Zaid (pok Id)
En.mohd amin-fitter
Mr.mat shah-electrician
En.fauzi- handyman
Encik supi, dan kak za- porter linen
Kak aida, en najib(pindah),en helmi(new staff) –portel clinical waste
11) Under Uda daya(Air-cond)
· Abe lan @ Mr Roslan
· Abe jebat@ Mr Azuan
· Abe ju @ Mr Zunaidi
· Abe sheikh@Mr Rahidi..da pindah da pun
Kejadian2 yang saya tak boleh lupe sbb melucukan
1) En zul kenakan saya- masa continue LI selepas balik dr tauliah Suksis,encik zul masuk pejabat dan cakap ahmad roslan aka abe lan panggil…Then tanpa fikir panjang dan perasaan pelik,dengan kalutnya saya pun keluar la, p duk berdiri depan2..cokoh,tanpa bertanya apa2..(tunggu arahan dari dia),tapi peliknya abe lan x ckp ape2 pun…kusyuk je wat keje..nasib baik en fauzi ada,boleh la cover2 sikit..hehe…sembang2 ngan dia…en zul kuar je dari pejabat,baru saya tahu…WA KENA BEB (+_+)’ …
2) Keluar je dari main office,masa tu nak pakai kasut,tibe2 ade benda dalam kasut…staff2 ni kenat..nak suh orang terkejut..tapi x terkejut pun..hehe
3) Masa tu,duk lepak kat luar sebb bosan berkurung,pastu sapa ntah cakap ada katak dalam tu, encik Zunaidi suh saya lepas,pastu saya balikkan la tong sampah kat situ,tapi dia suh saya buang dalam longkang…baru sedar yang katak tu dah mati da kering pun, tapi still dalam keadaan duduk yang comel…haha
4) Encik hamran jatuh motor besar dalam keadaan hujan.
5) Encik zul dan 4 percentnya
6) Encik Rozi dan bau bunga Ros dalam keretanya-sekali ngan tool box bau kereta
7) Kak ma,kak ros ,kak yah dan kak ani dengan kataknya sampai riuh satu pejabat.
8) Gurauan telefon bomba akibat kebakaran hati dari encik Zul.
9) Duan p hantr ngan kereta, abe lan nmpak senyum je nk tergelak pun ade..maklum la depa ingatkan ‘abang’ kot maklum la bapa sedara muda,beza umur 6 tahun,tu tak ngan poksu ma lagi 3 tahun je beza…haha
Dah la tu merapu2..da panjang berjela da…
Buat staff2 radicare, saya mohon maaf atas segala salah silah yang sengaja ataupun tak sengaja menyombong diri ke, gurau2 yang tak berkenan di hati.. kerja elok2 semua..panjang umur jumpa lagi
Bila dah habis waktu kerja macam ni la jadinya...sume nak reles tension.Last day my intra~~
# maaf report LI dah lama terkubur di dalam external hardisk drive yang rosak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Friday, 2 September 2011
Fadhilat Wuduk
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya :
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.Sesungguhnya Allah maha mendengar,maha pengampun dan maha penyayang
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya :
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.Sesungguhnya Allah maha mendengar,maha pengampun dan maha penyayang
Monday, 1 August 2011
RAMADHAN KAREEM
Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak kita bertemu dengan ramadhan tahun ni..semoga amal kita pada ramadhan tahun ni dapat meningkatkan iman kita,sebenarnya bukan bulan ramadhan sahaj kita kena memperbanyakkan amalan kita,tapi setiap masa dan memandangkan apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.,jadi kita haruslah merebut peluang yang telah diberikan terhadap kita.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam
Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)
- Di mana dosa-dosa kita yang lalu akan di ampunkan. Dari Abi Hurairah RA dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759)).
- Dimakbulkan segala doa dan bebas daripada api neraka..“Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254)
- Puasa menjanjikan syurga kepada setiap mukmin. Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097] - Puasa dapat mengawal nafsu sepeti dalam Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400)
Kesimpulannya uuntuk entri pada kali ini saya memetik petikan dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.
Sunday, 31 July 2011
Semoga Berbahagia~
Alhamdulillah...akhirnya i got new grandmother.at least ada juga orang nak jaga time sakit demam to ayah..nak citer lebih-lebih tak boleh..nak kata gembira tak jugak,sedih pun ye jugak....alhamdulillah je la yang mampu...biarlah rahsia....buat tok ayah,jangan la ulangi kesilapan yang sama macam kat arwah mok tok pada tok ummi....tebuslah kesilapan lalu....as a grandchild,ore jugak kecik hati bila tengok keadaan sekarang,tapi da jodoh,nak buat macamana.
buat arwah mok tok,sebenarnya kitorang sayang moktok,tapi x pandai nak tunjukkan je...semoga arwah nenekku di tempatkan bersama2 orang yang soleh.....
gambar tu last raya kitorang ngan mak tok.kadang-kadang bila tengok cerita hantu teringin nak tengok arwah mak tok dalam pakaian semayang,muka bersih sambil senyum-senyum kat aku..mengarutkan?? dah la citer...yang penting selalu sedekahkan pahala untuknya...
nak dijadikan cerita la,tengah2 duk tunggu ketibaan nenek baru sempena majlis menyambut menantu ni,sumer cucu-cucu ni tengah gile nak bergambar..ni la gambar yang sempat di ambil
tiba-tiba...praaaakkkkkk!!!
dan berbunyi la suara-suara 'aaaaaaaaaa'.......selak punya selak rupa-rupanya...jeng...jeng.....
'semua kejadian-kejadian tu menunjukan ketidakpuasan roh arwah' (jangan percaya karut je)...aku je yang pikir mengarut macam tu...huhu....semuanya adalah kehendak dari Allah..sesungguhnya apa yang terbaik dari Allah dan apa yang buruk dari diri aku sendiri...
nak dijadikan cerita la,tengah2 duk tunggu ketibaan nenek baru sempena majlis menyambut menantu ni,sumer cucu-cucu ni tengah gile nak bergambar..ni la gambar yang sempat di ambil
anak-anak dara semuanya...dua orang je yang sesat
dan berbunyi la suara-suara 'aaaaaaaaaa'.......selak punya selak rupa-rupanya...jeng...jeng.....
haha...dah runtuh....
tu belum sampai lagi pengantinnya..bila dah sampai,pintu bilik pulak terkunci.....hmmm..macam-macam...tibe-tibe,teringat cerita hantu
Wednesday, 6 July 2011
Budaya 'COP' or 'BOOKING'
Tertarik pula bila baca topik ni kat Halaqah forum,sebab rasanya macam hampir terlibat dalam situasi sebegini..Memandangkan badan pun dah letih kawad seharian,muka pun dah merah berkilat,copy je la....
Dewasa ini budaya 'cop' atau 'booking' seseorang sudah makin berleluasa,dan bagi pasangan yang faham Islam menganggap ini bukan 'couple'.
Apakah maksud atau tujuan 'cop' atau 'booking' ini? Apabila seorang lelaki memberitahu perasaan dan keinginan hatinya kepada seseorang perempuan untuk tujuan berkahwin tetapi belum pada waktunya.
Apakah hukumnya?
Segala bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram adalah dilarang oleh Allah S.W.T. Perkara ini berulang-kali ditegaskan di dalam al-Quran, antaranya seperti yang dinyatakan di dalam firman-Nya (Surah al-Nur ayat 31) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Menurut para ulama mazhab Syafi'i, Segala bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram adalah dilarang oleh Allah S.W.T. , hanya diharuskan untuk tujuan tertentu seperti urusan jual beli, menuntut ilmu, berubat dan lain-lain, itu pun dengan syarat dan garis panduan tertentu. Menurut pendapat saya, amanah utama yang dipikul oleh seseorang pelajar adalah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sepertimana saranan Agama dan harapan ibu bapa kita, jodoh dan pertemuan adalah kuasa mutlak Allah S.W.T.
Masalah 'chop' atau 'booking', adalah perasaan ingin dimiliki dan memiliki yang lazimnya datang daripada bisikan perasaan dan hasutan syaitan. Maksud firman Allah S.W.T. "Kemungkinan kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan kemungkinan kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui apa-apa" Surah al-Baqarah ayat 216 . Maka ia adalah satu bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram dan dilarang oleh Allah S.W.T.
Wallahu ‘Alam
Apakah maksud atau tujuan 'cop' atau 'booking' ini? Apabila seorang lelaki memberitahu perasaan dan keinginan hatinya kepada seseorang perempuan untuk tujuan berkahwin tetapi belum pada waktunya.
Apakah hukumnya?
Segala bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram adalah dilarang oleh Allah S.W.T. Perkara ini berulang-kali ditegaskan di dalam al-Quran, antaranya seperti yang dinyatakan di dalam firman-Nya (Surah al-Nur ayat 31) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Menurut para ulama mazhab Syafi'i, Segala bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram adalah dilarang oleh Allah S.W.T. , hanya diharuskan untuk tujuan tertentu seperti urusan jual beli, menuntut ilmu, berubat dan lain-lain, itu pun dengan syarat dan garis panduan tertentu. Menurut pendapat saya, amanah utama yang dipikul oleh seseorang pelajar adalah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sepertimana saranan Agama dan harapan ibu bapa kita, jodoh dan pertemuan adalah kuasa mutlak Allah S.W.T.
Masalah 'chop' atau 'booking', adalah perasaan ingin dimiliki dan memiliki yang lazimnya datang daripada bisikan perasaan dan hasutan syaitan. Maksud firman Allah S.W.T. "Kemungkinan kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan kemungkinan kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui apa-apa" Surah al-Baqarah ayat 216 . Maka ia adalah satu bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram dan dilarang oleh Allah S.W.T.
Wallahu ‘Alam
sumber: Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.Penal Utama Baitul Muslim
Wednesday, 29 June 2011
HitaM dan BerkiLat
Semakin hari semakin hitam dan berkilat...macam mana tu.terbalik pulak daripada iklan-iklan kosmetik tu..padan muka aku...kerana ini jalan yang aku pilih 3 tahun yang lepas. Alang-alang dah masuk suksis Unimap ni,biar sampai ke hujungnya iaitu tauliah..bukan pangkat yang aku idamkan,tapi pengalaman,iaitu pengalaman yang menjadikan diri aku daripada seorang yang agak penakut kepada yang kurang penakut tapi bukan berani sangat pun.....Walaupun orang kata geng-geng suksis ni agak sosial,tapi kalu pandai jaga diri.tu InsyaAllah la...
haaa...ni la pangkat yang aku akan dapat 10 hb julai ni....x da perasaan pun...huhu...perasaan sekarang x sabar nak habiskan suksis ni...huhu....macamana nak masuk sambung praktikal dengan muka hitam dan berkilat ni...adui makkkk.......malu tul....huhu....pape pun...jom la tido lu....esok sambung training lagi...hukhuk...
Sunday, 12 June 2011
Petua pelajar cemerlang
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10 % apayang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
p/s copy from unknown..huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)