Wednesday, 29 June 2011

HitaM dan BerkiLat

Semakin hari semakin hitam dan berkilat...macam mana tu.terbalik pulak daripada iklan-iklan kosmetik tu..padan muka aku...kerana ini jalan yang aku pilih 3 tahun yang lepas. Alang-alang dah masuk suksis Unimap ni,biar sampai ke hujungnya iaitu  tauliah..bukan pangkat yang aku idamkan,tapi pengalaman,iaitu pengalaman yang menjadikan diri aku daripada seorang yang agak penakut kepada yang kurang penakut tapi bukan berani sangat pun.....Walaupun orang kata geng-geng suksis ni agak sosial,tapi kalu pandai jaga diri.tu InsyaAllah la...

haaa...ni la pangkat yang aku akan dapat 10 hb julai ni....x da perasaan pun...huhu...perasaan sekarang x sabar nak habiskan suksis ni...huhu....macamana nak masuk sambung praktikal dengan muka hitam dan berkilat ni...adui makkkk.......malu tul....huhu....pape pun...jom la tido lu....esok sambung training lagi...hukhuk...

Sunday, 12 June 2011

Petua pelajar cemerlang

  
   1.    Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
   2.    Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

o    kita ingat 10 % apayang dibaca
o    kita ingat 20% apa yang didengar
o    kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
o    kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o    kita ingat 90% setelah dipraktikkan
   3.    Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
   4.    Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
     5.    Belajar dalam persekitaran kondusif.
o    pastikan cahaya adalah terang
o    kurangkan gangguan bunyi
o    tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o    tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o    kerusi dan meja menghadap kiblat
o    jangan lupa untuk senyum
    6.    Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
    7.    Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
    8.    Tahu teknik merangsang memori:
o    memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o    menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o    mengingat kembali (recall)
o    menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
   9.    Sentiasa awal dan mendahului:
o    persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o    pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o    belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o    untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
   10.  Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
    11.  Mempunyai teknik membaca yang betul:
o    duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o    memberikan tumpuan sepanuhnya
o    menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o    menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
   12.  Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
   13.  Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
   14.  Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
   15.  Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
   16.  Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
    17.  Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
 
    

   

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

p/s copy from unknown..huhu


Monday, 6 June 2011

KEMBAR OH KEMBAR~~~






Really like this photo....ni gambar time cuti sekolah..best main ngan budak-budak comel ni....geram... huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...