Sunday, 31 July 2011

Semoga Berbahagia~

Alhamdulillah...akhirnya i got new grandmother.at least ada juga orang nak jaga time sakit demam to ayah..nak citer lebih-lebih tak boleh..nak kata gembira tak jugak,sedih pun ye jugak....alhamdulillah je la yang mampu...biarlah rahsia....buat tok ayah,jangan la ulangi kesilapan yang sama macam kat arwah mok tok pada tok ummi....tebuslah kesilapan lalu....as a grandchild,ore jugak kecik hati bila tengok keadaan sekarang,tapi da jodoh,nak buat macamana.

buat arwah mok tok,sebenarnya kitorang sayang moktok,tapi  x pandai nak tunjukkan je...semoga arwah nenekku di tempatkan bersama2 orang yang soleh.....
gambar tu last raya kitorang ngan mak tok.kadang-kadang bila tengok cerita hantu teringin nak tengok arwah mak tok dalam pakaian semayang,muka bersih sambil senyum-senyum kat aku..mengarutkan?? dah la citer...yang penting selalu sedekahkan pahala untuknya...


nak dijadikan cerita la,tengah2 duk tunggu ketibaan nenek baru sempena majlis menyambut menantu ni,sumer cucu-cucu ni tengah gile nak bergambar..ni la gambar yang sempat di ambil


anak-anak dara semuanya...dua orang je yang sesat

tiba-tiba...praaaakkkkkk!!!
dan berbunyi la suara-suara 'aaaaaaaaaa'.......selak punya selak rupa-rupanya...jeng...jeng.....
haha...dah runtuh....

tu belum sampai lagi pengantinnya..bila dah sampai,pintu bilik pulak terkunci.....hmmm..macam-macam...tibe-tibe,teringat cerita hantu

'semua kejadian-kejadian tu menunjukan ketidakpuasan roh arwah'  (jangan percaya karut je)...aku je yang pikir mengarut macam tu...huhu....semuanya adalah kehendak dari Allah..sesungguhnya apa yang terbaik dari Allah dan apa yang buruk dari diri aku sendiri...

Wednesday, 6 July 2011

Budaya 'COP' or 'BOOKING'

Tertarik pula bila baca topik ni kat Halaqah forum,sebab rasanya macam hampir terlibat dalam situasi sebegini..Memandangkan badan pun dah letih kawad seharian,muka pun dah merah berkilat,copy je la....

Dewasa  ini budaya  'cop'  atau 'booking' seseorang sudah makin berleluasa,dan bagi pasangan yang faham  Islam menganggap ini bukan 'couple'.

Apakah maksud atau tujuan 'cop' atau 'booking' ini? Apabila seorang lelaki memberitahu perasaan dan keinginan hatinya kepada seseorang perempuan untuk tujuan berkahwin tetapi belum pada waktunya.

Apakah hukumnya?

Segala bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram adalah dilarang oleh Allah S.W.T. Perkara ini berulang-kali ditegaskan di dalam al-Quran, antaranya seperti yang dinyatakan di dalam firman-Nya (Surah al-Nur ayat 31) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Menurut para ulama mazhab Syafi'i, Segala bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram adalah dilarang oleh Allah S.W.T. , hanya diharuskan untuk tujuan tertentu seperti urusan jual beli, menuntut ilmu, berubat dan lain-lain, itu pun dengan syarat dan garis panduan tertentu. Menurut pendapat saya, amanah utama yang dipikul oleh seseorang pelajar adalah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sepertimana saranan Agama dan harapan ibu bapa kita, jodoh dan pertemuan adalah kuasa mutlak Allah S.W.T. 


Masalah 'chop' atau 'booking', adalah perasaan ingin dimiliki dan memiliki yang lazimnya datang daripada bisikan perasaan dan hasutan syaitan. Maksud firman Allah S.W.T. "Kemungkinan kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan kemungkinan kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui apa-apa" Surah al-Baqarah ayat 216 . Maka ia adalah satu  bentuk perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan Mahram dan  dilarang oleh Allah S.W.T.


Wallahu ‘Alam
sumber: Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.Penal Utama Baitul Muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...