|
baru ku kenal ini rupenya pokok hujan..taken at my grandparent's house |
|
Hidup tak selalunya indah kerana langit tak
selalunya cerah. Kita ini hanya manusia yang serba kekurangan,yang hanya
mampu merancang dan selebihnya Allah yang akan tentukan.Tetapi itu
bukanlah alasan untuk kita menyalahkan takdir andai apa yang kita
rancang tak menjadi. PEganglah, yang sebenarnya apa yang di kurniakan
Allah kepada kita walaupun kita tak suka, sebenarnya itulah yang terbaik
untuk kita, kita je yang tak sedar. kita hanya perlu terima dengan penuh keredhaan.
Sebagaimana Firman Allah "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan
ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk
untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." ----> Surah. Al
Baqarah:216
Apapun segala serahkan pada Allah, banyakkan berdoa kerana sesungguhnya Doa adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman
Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan
memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
dan ketahuilah sesungguhnya Allah itu maha mendengar.
::Saya dah letih untuk perbetulkan keadaan (T_T)::