Duduk seorang diri ni memang bosan tambah - tambah bila perut sedang membesar ni. Baby asyik duk tendang je.Malasnya nak fikir nak masak lauk oklapa,sayur apa la.Maklum la,nak makan sorang. Tetiba nak makan nasi goreng kampung pula memandangkan kangkung tu berlipat je dalam peti .Jom B,teman umi masak..nanti kita makan sama - sama ye.
Nasi goreng kampung |
* 2 cawan nasi
* 2 biji cili padi (cincang)
* 2 ulas bawang merah (hiris)
* 1 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci belacan
* 1 ketul isi ayam
* ikan bilis segenggam
* kangkung
* minyak
* garam
Cara -cara
1 - Panaskan minyak,tumis bawang putih ,bawang merah,cili padi ,ikan bilis dan belacan.
2 - Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga ayam masak.
3 - Perasakan dengan garam
4 - Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati.
5 - Akhir sekali,masukkan kangkung dan gaul sehingga kangkung agak layu.Sedia untuk dihidang.