Tuesday, 20 December 2016

Sarapan - Roti panjang sosej

Memandangkan dah lama tak merasa roti sosej,nak beli tak terbeli..Apa kata kita buat sendiri je..Kebersihannya terjamin gitu. Pagi ni nak variasikan sarapan untuk suami tercinta.kikiki. Jom intai resepinya



Bahan bahan
* 3 batang sosej
* 3 buku roti panjang
* 1 batang timun (dihiris nipis)
* 1 biji tomato (dihiris nipis)
* 2 - 3 helai daun salad (potong utk mudah makan nanti)
* Sos cili
* Mayonis
* Sos Thousand Island (optional kalu letak lagi sedap)
* Serbuk lada hitam
* Serbuk lada sulah
* Minyak zaitun
* Cheddar cheese

Cara penyediaan
1 - Torehkan sosej ditengah untuk standby nak letak cheese.Gaulkan sosej dengan serbuk lada hitam & serbuk lada putih.Kemudian bakar / goreng dengan minyak zaitun yg sedikit.Bukan deep fry ye.Barulah sihat 😉
2 - Bila sosej dah masak,torehan tadi akan terbuka,boleh masukkan cheese.1 keping cheese tu,saya boleh bahagikan 7..jimat tak?haha
3 - Belah 2 roti ditengahnya tapi jangan sampai putus tau.Kalau nak lagi sedap sapukan mentega dan bakar (letak atas pan yang goreng sosej tadi je sekejap dalam 2 3 minit)
4 - Susun hirisan timun,tomato,salad dan sosej ke dalam roti tadi dan paipkan sos cili,mayonis dan sos thousand island..
5 -Bismillah jangan lupa..


Friday, 9 December 2016

Sarapan - Sandwich telur

Sarapan - sandwich telur yang mudah dan simple serta ringkas sahaja. ^_^ Dan semestinya sedap dimakan


Bahan bahan
* 6 keping Roti sandwich gardenia
* 1 batang Lobak merah disagat
* 1 biji Cili merah dicincang
* 2 - 3 helai Kubis dihiris nipis
* 2 tangkai Daun sup
* 1 biji tomato (potong dadu dan buang biji)
* Mayonis
* Sos Cili
* Bawang Holland (potong dadu)
* Minyak zaitun
* telur ayam
*Serbuk lada sulah

Cara caranya
1 - Panaskan minyak zaitun,tumiskan bawang holland tadi sehingga agak layu,masukkan cili merah,lobak merah,kubis dan sedikit perasa dan garam
2 - Masukkan telur ayam dan gaul kan sehingga masak.
3 - Masukkan daun sup dan tomato,Tutupkan api dan masukkan kedalam mangkuk.
4 -Masukkan serbuk lada sulah,mayonis dan sos cili gaulkan sebati.
5 -Last sekali,letakkan di atas roti dan bismillah..ngapp!



Thursday, 8 December 2016

Resepi Nasi Ala Kak Wok

Simpan..nanti nak buat..mengidam sangat dah ni..hohoho..
Nasi Ala Kak Wok ye.....resepi ni sy ambil dr rakan niaga nasi ala Kak Wok di Kota Bharu Kelantan taw....sgt mudah untuk menyediakannya yg pasti memang sedap! jom kite semak bahan bahannya ye...

Perkongsian dari FB Pelangi Senja

Bhn untuk kari Ayam
* 1/2 ekor ayam
* 1 bj bwg besar hiris nipis #
* 1inci halia #
* 4 pelepah daun kari #
* 3 ulas bungga lawang #
* 1 btg kayu manis #
* 5 buah pelaga #
* 5 bunga cengkih #
* 4 sdb rempah kari ayam /daging babas
* 4 sdb sbuk lada babas
* 2 sdb sbuk rempah briani
* Minyak untuk menumis
* Santan kotak kara 200ml
* Air
* Garam
* Pati Kiub knorr 2 pcs
* Sedikit asam jawa ambil jusnya

Cara penyediaan
~ Tumiskan semua yg bertanda # sehingga naik bau wangi...
~ Masukan rempah kari , rempah briani, serbuk lada yg siap di jadikan pes ( bancuh dgn sedikit air )
~ Tumis sampai terbit minyak.
~ Masukkan ayam gaul rata
~ Masukan santan gaul rata tambah air utuk kuahnya air agak agak je.
~ Masukkan bhn perasa
Masak sehingga pecah minyak...siap!

Ayam goreng kunyit
* 1/2 ekor ayam potong kecil
* Garam agak agak je
* Serbuk pati ayam norr @ sedikit aji
* Serbuk kunyit
* Kacang panjang potong2
* Bawang besar hiris
* Minyak mengoreng

~ Gaul ayam bersama garam ,kunyit ,pak ~ aji @ serbuk pati ayam knorr
Peram seketika
~ Goreng ayam sehingga kekuningan .
~ Setelah ayam kekuningan masukan kacang panjang dan hirisan bawang besar ......siap!

Sambal cuka
Lada besar + lada kecil
Cuka
Garam
Gula

~ Blend lada sehingga hancur masukan bhn rasa ~

Monday, 5 December 2016

Nasi goreng kunyit

Dah jemu dengan nasi goreng biasa? Jom try nasi goreng kunyit pula..mudah sedap dan simple.



Bahan bahan
*Nasi sejuk
*1/2 sudu kecil Serbuk kunyit
*2 keping isi ayam potong kecil
*cili merah dicincang
*lobak merah dipotong dadu/mancis
*sawi
*garam
*serbuk perasa
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
* 1 biji telur ayam


Cara cara
1 - Panaskan minyak ,tumis bawang merah dan bawang putih,serta cilu merah yang dicincang halus.
2 - Masukkan isi ayam yang dipotong kecil dan sedikit air serta serbuk perasa.
3 - Masukkan setengah sudu kecil serbuk kunyit,lobak merah dan batang sawi.
4 - Akhir sekali,masukkan telur sehingga separuh masak dan masukkan nasi dan tutup api.
5 - Sedia untuk dihidang.Bismillah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...