Selamat hari Ibu kepada semua golongan ibu-ibu...ataupun bakal ibu-ibu
Jasa seorang ibu sangatlah besar dan tidak terbalas oleh seorang anak.Jadilah seorang anak yang dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.. Seorang ibu menjaga,menyusui,mendidik sehingga menjadi seorang anak yang berjaya.amat besar jika dibandingkan dengan seorang anak menjaga seorang ibu semasa ibunya sakit.....
kepada Ibu saya ....Jawahir Binti Ali....terima kasih di atas didikan yang mak berikan pada saya..walaupun kadang-kadang dirotan, itu kerana atas kedegilan anakanda....InsyaAllah anakanda akan berusaha menjadi anak yang baik di dunia dan akhirat..yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa..
Teringat pulak kat arwah nenek....moktok.....untuk abah..semoga abah tabah di atas pemergian moktok...
bila teringat arwah moktok,selalu je nk mengalirkan air mata....
Pagi hari saya tahu mok tok dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...kul 4 pagi adik saya hantar mesej bagitahu,arwah moktok dah takde...mengalir terus air mata..mana taknya,da lama tak menjenguk..maklumlah paling jauh dari keluarga..di Perlis...terus saya bangun bacakan Yassin,air mata tak henti-henti.tak sabar nak balik tengok walaupun hanya sekujur badan yang kaku,Pagi tu,saya ada kelas untuk kursus...tak tahu nak pergi yang mana satu,saya pun pergi la kelas memandu tu,kelas tak start lagi,saya bagitau cikgu,Cikgu cakap balik la.....tak boleh tak balik...dari IKMP tu,terus saya pergi kangar,cari tiket bas.balik pun sehelai sepinggan...Ujian Allah pula datang,bateri telefon bimbit habis,nasib baik sempat salin nombor telefon kaklong kat kertas...mak telefon cakap nak kebumikan lepas zohor.tapi saya sampai dekat-dekat nak masuk asar......tu pun jenazah dah dikebumikan..sangat-sangat sedih sebab tak dapat cium jenazah moktok..hanya Allah saja yang tahu..saya sayang arwah moktok,tapi saya tak tahu nak tunjukkan...kalau masa kecil-kecil dulu,selalu gaduh dengan adik-adik,pastu abah pun rotan la sebab marah...pastu,moktok yang marah abah semula ,bukan marah-marah,lebih kurang macam tegur la.masa saya dilahirkan,moktok la jadi bidan,sebab moktok memang terkenal sebagai bidan kat kawasan Tanah Merah ni
.kalau dulu-dulu.time cuti sekolah moktok bawak saya pergi umah orang yang panggil dia untuk sambut bayi...lepas tu moktok bagi upah,cucu-cucu dia yang lain mana pernah macam tu...sume duduk umah masing-masing..jarang datang jenguk moktok.....kesian kadang-kadang tengok moktok ngan tok ayah....sekarang moktok dah tiada...tinggal tok ayah sorang-sorang bila mak suti ngan paksu hanif pergi sekolah mengajar...
sekarang dengar-dengar tok ayah nak cari isteri lain,semoga tok ayah jumpa nenek baru yang dapat menjaga makan minum tok ayah....