Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi
Keterangan
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
hmm...betul kan??? masa sekarang ni cepat sangat berlalu sampai tak sedar apa yang kita lakukan dalam hidup ni.. Dosa makin bertambah-tambah....yang sengaja buat tu dah bertimbun,tambah dengan dosa yang tak disengajakan lagi..Amalan semakin bertambah ke semakin berkurang...Cuba tanya diri, cukup ke dengan amalan yang kita buat selama ini untuk pergi menghadap Allah??? Rasa-rasanya tak seimbang dengan dosa dengan pahala yang kita lakukan sepanjang hidup kita kalau kita timbang-timbang,,,bermula daripada waktu baligh sampai sekarang...mesti sebelah dosa lebih berat berbanding dengan pahala..huhu
Dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".
So,bermula dari sekarang ...ayuh kita bersihkan diri (mandi)..bersihkan jiwa (berwudhuk) dan bersihkan hati (bertaubat) dengan memohon kepada Allah semoga mengampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan...
Di sini saya sertakan sedikit tentang syarat-syarat Taubat Nasuha
Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syarat-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
- Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
- Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
- Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
- Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
No comments:
Post a Comment