Friday, 5 December 2014

Al kisah kain JC

Al kisah la 5 Disember 2014,kakakku nak kahwin..maka bermula lah episod 'jari jemari' nadirah bersama pembantu pembantu nya..Balik awal lerr..tinggal cik abang..Nak save bajet,bermula lah pencarian alat nak menjemput dan meraikan tetamu berserta pengantin.Pergi Salim Aziz textile merempit dengan pengantin. Jom DIY bilik pengantin dan meja makan beradab.

Staff : Selamat Datang,nak cari kain apa kak?

Dengan penuh yakin menjawab
Diriku: "saya nak cari kain satin yang bergetah-getah tu" .
 Staff tu buat muka hairan..aku malu cepat-cepat lari dengan muka bersalah.Datang lagi seorang

Staff : "ye kak nak cari kain apa?"
Kami : "Kami nak cari kain yang berkilat-kilat,nipis dan bergetah-getah,yang orang duk buat pelamin tu"
Staff : Ooo..tu kain JC..ada kat bahagian atas
Kami : ooooooooooo..(panjang berjela bunyinya sambil menahan rasa malu,rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.haha)

Bermula la episod panjat memanjat,ketuk mengetuk,stapler menstapler. Duk tengah pening-pening ayam, ku gagahkan jua menghias nak kata mengandung,negatif..so,segala aktiviti aktiviti lasak dibolehkan. kikiki.. Duk tengah-tengah stapler kain kat kayu, ala deco-deco gitu tetiba terfikir, macamana la kalau stapler tembak ni tertembak kat jari..Tappp,aduiiiiii.memang betul betul masuk di kuku ku..haaa..berangan sangat


Bilik tidur pengantin

Hiasan meja makan beradab




Wednesday, 22 October 2014

Lasagna Beef






Lasagna Beef


 Adus...Sedapnya tengok gambar ni..first time makan ni sepanjang 25 tahun hidup..Lepas kahwin baru dapat makan, resepi dari encik suami dan adik ipar. Beliau-beliau ni memang suka makan makanan western. tak payah tengok resepi, list resepi ada dalam memori dah. Nanti bila dah dapat resepi, kite update kat sini ye
 Hahaha..Oke Chow~

Belanja satu gambar lagi

💖 Resepi Lasagna Daging 💖

PEMINAT-PEMINAT LASAGNA! RESEPI LASAGNA DAGING MUDAH! 👇🏻👇🏻👇🏻

Hari ini teringin nak makan lasagna. Buat jelah sendiri nanti ramai boleh rasa. Resepi ikut selera tekak. Hihihi menjadi. Tapi saya guna roti Gardenia. Resepi seperti tertera dibawah ya...

Bahan inti :

👉🏻 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻 Sos Prego spageti (1 tin)
👉🏻 Sos cili - kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) - cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) - cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam

Cara-cara :

👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.

Cara buat sos putih :

👉🏻 5 sudu besar mentega
👉🏻 3 sudu tepung gandum
👉🏻 500ml susu segar
👉🏻 2 keping keju - kak guna Cheesedale

Cara masak :

👉🏻 Cairkan Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.





Lasagna @ roti Gardernia

👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suhu 150'C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..

Siap untuk dimakan! 🤤


Monday, 1 September 2014

Ikan Selar Goreng Taucu (2 Orang makan)




Betul la apa orang cakap.. Bila kita dah kahwin, semua makanan yang kita tak pernah makan, bila suami dah suka kita kena belajar jugak untuk makan. Masa bujang-bujang dulu, tak pernah dan tak suka makan pun tempe, taucu. Bila dah kahwin ni suami suka makan sangat,kena la belajar.hoho..memandangkan malas nak Google bila nak masak dah..simpan je la resepi dalam blog sendiri.


Ikan Selar Goreng Taucu (2 Orang makan)

Bahan-Bahan

2 ekor ikan Selar
1 inci halia (dihiris mayang)
1 ulas bawang putih (dihiris mayang)
2 ulas bawang merah (dihiris mayang)
1 batang serai (diketuk)
2 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
2 sudu taucu
sedikit air asam jawa
beberapa bawang besar Holland (dipotong bulat-bulat)
sedikit garam
sedikit gula
serbuk kunyit
minyak masak
sayur kacang panjang+ timun batang




Cara-cara

1- Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian gorengkan..Biarkan seketika.
2-Kemudian tumis halia,bawang putih,bawang merah dan cili sehingga naik bau.
3-Masukkan taucu,serai.
4-Biarkan seketika,masukkan air asam jawa,garam dan sedikit gula.
5- Akhir sekali masukkan ikan goreng, bawang besar dan sayur kacang dan timun. Kacau sedikit-sedikit dan biarkan sebati..



Friday, 1 August 2014

Saat Lafaz Sakinah



 Pertemuan yang sesingkat membawa ke jinjang pelamin.

Kenapa nak kahwin? Perlu ke Kahwin? Kadang-kadang soalan tu selalu duk tertanya-tanya...Macam tak ready je lagi..Arghh...macam x caya je dah jadi isteri orang..Perkahwinan ini la yang akan membawa sepasang insan menuju ke gerbang sebuah kehidupan yang bernama keluarga. Tapi hati ini dipujuk dengan sabda Rasulullah S.A.W.

"Nikah adalah sunnahku. Siapa pun yang tidak mengamalkan sunnahku, bukanlah golonganku. Menikahlah kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian di hadapan umat-umat yang lain. Semua orang memiliki kemampuan,berkahwinlah. Namun,orang yang belum memiliki kemampuan hendaklah berpuasa. Hal ini kerana ,puasa merupakan benteng baginya"(HR Ibnu Majah dari Aisyah)



Bak kata-kata pujangga

Seringkali yang dikejar-kejar itu menjauh,yang tak sengaja mendekat
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu,yang awal diragukan menjadi pasti,
Yang selalu diimpikan tak berhujung pernikahan,
 Yang tak pernah difikirkan,bersanding di pelaminan.
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kamu mengenalinya,
Tapi seberapa yakin kau padaNya,
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya,
Lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya
Jodoh itu unik.


Dari proses pertunangan sehingga ke saat dimana lafaz sakinah dilafazkan. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun terdapat sedikit halangan.

Kahwin dengan orang yang kamu cintai itulah impian
Kahwin dengan orang yang tak sangka itulah jodoh
Menikahi orang yang kita cintai itulah kemungkinan
Mencintai orang yang kita nikahi suatu kewajiban



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Ar-Rum : Ayat 21)



Sebenarnya entri ni sesaje je..untuk mengabadikan gambar-gambar..Bila bukak blog tengah bosan baca..elak memori hilang.



Berbekalkan Adobe Photoshop dan printer
Everythings DIY..sampai kul 2 3 pagi tidur..phewww~



::Dari Pihak Lelaki ::


:: Dari Pihak Perempuan ::
abang ipar cakap "korang ni makan tak macam pengantin lain..makan semua..hehe..maaf la kami lapar sangat...tak berapa nak nampak dah tetamu kat depan..

Hiasan bilik..ni je ada..pelamin taadaa..yang ni pun dah habis RM500  (Pakej : Makanan Pengantin, Hiasan Bilik & Hiasan tempat makan pengantin aka makan beradab)




Malamnya...sesi makan kek~

Belanja satu gambar dengan sahabat-sahabat dunia akhirat
Dari kiri : Azreena , Zaila , Zainura, Hidayu, Suhaida , Taktahu , Diyana












Tuesday, 29 July 2014

Kacang panjang goreng ber sotong



hari ni nak share resepi sayur kacang panjang yang simple dan sedap . Resepi ni untuk 2 orang makan sahaja. . Al-maklum lah..hidup berdua lagi..hehe.


Bahan-Bahan

2 ulas bawang merah (dimayang)
3 ekor sotong
1 sudu besar cili kisar/ cili boh
1 biji tomato (belah 4)
serbuk kunyit
garam
kacang panjang
carrot / lobak merah
perencah HILAL / mana-mana perencah
minyak masak

Cara-cara

1- Potong sotong kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2- Dengan api yang perlahan, goreng sotong dalam minyak yang sedikit.
3- Bila sotong hampir separuh masak ,masukkan bawang merah ,perencah dan cili kisar. Kalau nampak kering sangat tambah la air sikit.sikitttt je.. (^_^)
4- Masukkan lobak merah yang telah dipotong memanjang. Gaulkan sampai nampak lobak sedikit masak
5- Masukkan secubit garam. Secukup rasa.
6- Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan tomato supaya kacang panjang tidak terlalu masak..Baru rasa crunchy..nyum..nyum


Sedapnya...

Monday, 28 July 2014

Satay Bonda

Satay Bonda

Bahan-bahan
1 ekor ayam/ 1 kg daging
4 batang serai
1 cawan gula
3 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar garam
Sedikit asam jawa
3 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
½ inci halia
Serbuk kunyit

Cara-cara
1. Ayam dihiris halus dan digaul dengan air asam jawa.
2. Ketumbar ,jintan putih dan jintan manis digoreng tanpa minyak dan kemudian ditumbuk
3. Bawang putih, bawang merah ,serai dan halia juga ditumbuk
4. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk, garam,gula dan serbuk kunyit ke dalam ayam. Perap beberapa jam.
5. Selepas beberapa jam, cucuk dan bakar.
6. Sedia untuk dimakan!  

*Simpan sedikit ketumbar,jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk tadi untuk dimasukkan ke dalam kuah satay.
*Ketika membakar sate, renjiskan minyak yang di ambil di atas kuah ke atas satay yang sedang dibakar menggunakan beberapa batang serai…



makan! 

Monday, 7 April 2014

Perigi Mencari Timba (T_T)

Meminang = mengajak seseorang untuk berkahwin..


Kebanyakan pepatah melayu banyak yang tidak boleh di pakai pada akhir zaman ini. Contohnya istilah perigi mencari timba.Tidak salah jika berikhtiar dan berusaha, jika matlamat akhirnya membina keluarga bahagia Sakinah Mawaddah Warahmah. Tidak ada sebarang ketetapan dalam agama dimana seorang perempuan tidak boleh meminang seorang lelaki atau dalam erti kata menyatakan hasrat ingin berkahwin, cuma yang ada hanyalah dari segi ADAT. Dalam islam tiada salahnya jika ingin menjadikan dia sebagai suami kalau dah berkenan. Jika yakin lelaki itu baik akhlaknya.  Cuma beberapa garis panduan yang harus di patuhi.. dipetik daripada program Semanis Kurma- Jodoh Untukku.
Garis Panduan

1- Membuat penyelidikan iaitu latar belakang sama ada bertanya kepada kawan serumah melalui orang tengah.

2- Banyakkan berdoa kepada Allah..
“Andai calon ini terbaik untukku satukanlah hati kami,
Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…”

3- SoIat istikharah ni untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Mintalah panduan sepenuhnya daripada Allah. Tetapi, harus diingat mimpi bukanlah satu perkara utama. Salah satu contoh petunjuk daripada Allah, bila kita teringat seseorang yang buat hati rasa tenang dan lapang, itulah jodoh yang terbaik dan segala urusan dipermudahkan olehNya. Jika sebaliknya, mungkin itu bukan jodoh yang terbaik.

4- Minta mak dan ayah berdoa semoga kita diberikan jodoh yang terbaik, kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana redha Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapanya .

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)


Berdoalah untuk jodoh anda

Di sini di selitkan beberapa doa yang diambil dalam Al-Quran


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al –Qasas : Ayat 24)


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar. (Surah At-Taubah : Ayat 129)



Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".(Al-Anbiya’ : Ayat 89)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan : Ayat 74).

#Psst...Dah pernah merasa macam mana perigi mencari timba..haha

Wednesday, 19 March 2014

Perginya Sang Murabbi

Sayunya mendengar berita perginya seorang Murabbi. Juga sahabat baik kepada abah dan mak. .Seorang mengajar mengaji Al-Quran dan fardhu ain sejak dari kecil sewaktu di Berek Penjara Marang..Semoga arwah Ustaz Nan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Maut itu tidak terduga dan datang dalam sekelip mata..Kehidupan di dunia ini hanya pinjaman.Akhirat sana kekal selamanya."Nyawa ini pinjaman Ilahi, dan ianya ada expired..".Al-fatihah.



Di akhir zaman ini, benarlah Allah tidak menghilangkan ilmu agama melainkan dgn mematikan org2 alim.. 

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

Nak mati pun mati, tak nak mati pun mati
Takut mati pun mati, tak takut mati pun mati
Muda pun mati, tua pun mati
Sihat pun mati, sakit pun mati
Kaya pun mati, miskin pun mati
Hitam pun mati, putih pun mati 

Cepat pun mati, Lambat pun mati

Kerana apa?
"syarat utk mati adalah hidup"

Benarlah. Kematian itu sentiasa dekat dengan manusia. Hanya manusia yang selalu alpa. Kematian bukanlah pengakhiran segalanya, tapi permulaan kepada perjalanan kehidupan yang abadi di sisi Sang Pencipta.



Orangnya baik & lemah lembut T_T

Wednesday, 5 March 2014

Happy Anniversary

Assalamualaikum.

.
Haish, da lama tak update blog ni..sedar tak sedar dah nak masuk setahun dah berada di alam pekerjaan.Happy Anniversary sangat...Heh! Gitu.. . Sahabat bertukar ganti..keluar masuk kerja kat company ni..Takpe la.. Hari-hari duk pujuk hati sabar…sabar…Daripada tinggal di rumah bersama dua orang nenek, tinggal di rumah company dengan staff atasan (macam-macam hal), tumpang rumah kawan (Ayumi Kato), sewa homestay RM60 sehari, Ampang Prima Condo and then  sampai la sekarang di rumah sewa sendiri kami berenam  . Nasib baik Encik Tunang sentiasa di sisi kala susah (not with me only).Hehe. Hotel pun dah beberapa buah check in sebab tak da rumah. Nak listkan la sebab nanti bila baca semula blog ni..nama hotel tu tak lupa.Hotel Ampang Puteri, Hotel Owen dan Hotel Ampang Point Star. Tapi sebaliknya.. Sadis giler masa tu.. Merempat sampai satu katil queen tu 4 orang..hadoi...semua tu pengalaman..
Sebab kami yakin dengan janji Allah



Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Tak Lupa pada Husna & Dijah .. Batch yang masuk sama-sama .tapi sekarang tinggal sorang  je T_T

Dan tak lupa pada firmanNya:
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh –(dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka,kerana) Kami tidak memberati seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya,-merekalah ahli Syurga ,mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)


#Kerana Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Allah tahu kami mampu hadapi ujian itu, Allah tahu kami boleh sabar.. Sebab ganjaran bagi orang yang bersabar adalah syurga.. Insyaa Allah..

Tuesday, 11 February 2014

Bersangka Baik

Sesiapa yang mahu dilayan baik, maka hendaklah dia bersangka baik dengan orang- Imam Al-Syafi'i


Tidak halal seorang muslim yang mendengar suatu perkataan daripada saudaranya lalu terus dia bersangka buruk dengannya sedangkan dia mampu mengandaikan sesuatu maksud yang baik sebagai jalan keluar - Umar Bin Al-Khattab


Sesiapa yang ingin selamat daripada mengumpat,maka tutupkan ruang-ruang bersangka-sangka. Sesiapa yang selamat daripada bersangka-sangka, dia pasti selamat daripada tajassus (mencari-cari kesalahan, keaiban, rahsia orang) , dia pasti selamat daripada mengumpat - Fudhail Bin Iyad


Sesiapa yang mendengar sesuatu  berita keji lalu menyebarkannya, dia sama seperti orang yang melakukannya. Kekejian itu akan terus tersebar dalam kalangan orang beriman sehinggalah sampai pada orang soleh ,maka mereka lah yang menyimpannya. - Hassan Al- Basri

Monday, 10 February 2014

Perlu ke?

Ok.Entri ni agak keterlaluan..sesiapa rasa menyampah jangan baca.haha..cuma luahan hati yang tak dapat di......(huraikan dengan kata-kata.).

.Berbicara mengenai tragedi.haha..Kebiasaannya proses meminang ni xde lah buat besar-besaran. Cuma ajak saudara-mara terdekat dan kawan-kawan rapat "sahaja". Al-maklum lah..kehidupan kat kampung kan dikelilingi sanak saudara semuanya. Lebih kurang reunion la. Buat makan-makan sedikit..Tu pun ada yang tak ade kena mengena nak bising-bising...eeehh..alahaiiii.. Kami ni bukan berpangkat COO aka (Chief Operating Office) nak bertunang pun kena ajak satu office. Berpegang pada prinsip "sembunyikan pertunangan dan hebahkan perkahwinan". Bukan nak sembunyikan sampai kami berkahwin. Cukup la diorang tahu selepas kami dah bertunang. takkan kami beria-ria nak announce satu office. Behave OK!

 Kami bertunang tanggal 2 Februari 2014 dan petang 10 Februari 2014, kami dipanggil oleh COO syarikat heh! Al maklumlah nak balik kena menghadap maharani-maharani dulu..macam budak sekolah. Dalam fikiran ni dah agak dah mesti pencacai-pencacai kaki bodek yang report . Kadang -kadang mereka anggap mereka semua la yang betul. Nak dapat kepercayaan bos haruslahh menokok tambah cerita .Biar nampak semua orang bawahan ni semuanya salah. Sepatutnya hal peribadi majikan tidak perlu campur tangan kerana tidak melibatkan soal kerja.ngerti dong! Sesi soal jawab menjawab ni biarlah rahsia antara kami..banyak pula nanti nak kena taip..mak dah lenguh nak. Memang petang tu kawkaw kena 'hentam'.Belum sempat habiskan ayat nak explain, dia dah potong line..Tetiba rasa geram sampai keluar air mata ni. Cuba lah bersangka baik dengan orang-orang bawahan seperti kami . T_T .. Ok start daripada haritu,we have learned, eh,speaking pulak ...bila di mata dia kita salah then mengaku salah  kemudian minta maaf. JANGAN menjawab! Ditengkingnya hidup-hidup. Oh senangnya hidup dia macam tu..Bila ada kuasa,semua jadi betul.


Biar salah di pandangan manusia , Jangan salah perlakuan di sisi Allah. Ini jalan yang aku pilih. Aku pilih redha Allah dan redha kedua ibu bapaku,bukan redha dan sangkaan baik dari manusia bukan jua murka Allah.



 Copy paste from page facebook solusi

Pssst..pengajaran hari ini..Jom apply!







Monday, 3 February 2014

Kisah aku,tunang dan bos


Lady Boss is a Director of everything!

Kisah selepas pertunangan
Manusia ni memang suka busybody bila ada kuasa ye,tambah tambah yang berpangkat bos dan orang atasan ni. Al kisahnya,kami memang merahsiakan majlis pertunangan almaklum lah, orang kampung je. Majlis pun buat kecil kecil, ajak saudara mara yang tinggal sekeling rumah.pak mak saudara dan anak anak ,nenek nenek saudara dan kawan rapat dalam 4 5 orang

Bila dah masuk kerja dengan status tunangan orang,orang orang atasan ni mula pandang pandang. Sebelum ni memang dah pakai cincin silver je,bila pakai cincin emas,mereka da bercakap bisik bisik. Nak tahu tanya la terus,ni duk merisik risik belakang..ingat aku pekak ke..

Bila dapat tahu kat bos,ohoii kena panggil masuk dalam bilik meeting.Antara soalan tak patut..tak habis habis pertikaikan kenapa tak bagitahu..jawapan yang keluar masa tu,hanya maaf dan air mata malu je sebabnya kena tengking. Jawapan kat bawah tu,hanya keluar dari hati sebab geram mereka yang terlalu bizibody!

S1 - Apa yang kamu sembunyikan dari saya yang saya tak tahu tapi perlu tahu?
- Apa yang tak logiknya,ini hal peribadi saya,takkan saya nak bertunang pun nak heboh heboh satu ofis. That's not my self

S2 - Kenapa saya perlu tahu dari mulut orang bukan dari awak sendiri?
- Takkan la saya nak terkinja kinja nak jumpa bos semata mata nak bagitahu saya nak bertunang. Lain la kalau melibatkan kerja kerja pejabat.

S3 - Kalau tak nak ajak sekurang kurangnya beritahu. Susah sangat ke?
- Eh,apa kes..memang tak ajak la.bertunang bukan berkahwin.,saya hanya orang kampung yang hanya berjawatan jurutera atas nama sahaja sedangkan gaji bertaraf budak kerani. Simpan duit bulan bulan pun,sampai tahap makan megi. Gaji ayah saya pun,bukan macam awak, ayah saya ada 5 orang lagi adik adik nak tanggung belajar. Tahu la awak tu COO & GM

Bila dijawab dalam islam kan menyarankan agar disembunyikan pertunangan,dihebahkan perkahwinan..Makin menjadi jadi marah orang tua ni..So,kami decide untuk minta maaf dn tak menjawab sebab memang perangai bos,Diorang je yang betul..orang bawahan semua salah!


Sunday, 2 February 2014

Hantaran pertunangan

Semua barang hantaran untuk pihak lelaki ni DIY je, main sorok daripada kawan kawan.Beli beli simpan rumah pakcik kat gombak nu.Hujung minggu buat step by step. Bila nak balik je ,tengok plastik wrap bungkus wallet tu dah kena cucuk dek adik sepupu..alahai,tazani...

Susunan hantaran kepada pihak lelaki


Bekas cincin lelaki

Set Wallet dan tali pinggang

Kain pasang majlis kahwin

Buah buahan
Kek tak jadi
Ya ampun..memang tak puas hati betul dengan tukang buat kek ni. Fail terus deco deco dia.Tunjuk dekat facebook bukan main lawa, bila dah dapat memang rasa nak nangis,nak cancelkan majlis tunang hari gara gara kek ni.Bila di kondem kat seller tu,siap mengaku lagi tak pernah ada customer tak puas hati dengan kek dia. Kalau setakat calit calit comot camni,adik aku pun boleh buat. Harga bukan main mahal lagi.Last last pergi kedai kek terus pagi tu,mujur la ada kek warna hijau tu.Huh!

On that day,
Buah buahan

Kek pertunangan yang dibeli dari kedai

Tapak cincin lelaki


Manakala hantaran daripada pihak lelaki pula

1 -Kek
2 - Coklat
3 - Handbag
4 - Tuala mandi
5 - Jubah dan kain pasang majlis kahwin






Saturday, 1 February 2014

Khithbah



 

Demi membentuk keluarga mulia dan wujud bangunan yang luhur serta keluarga bahagia yang penuh ketenangan dan ketenteraman, Jom pilih calon suami!
1- Hendaklah berpegang teguh kepada agama.
2- Hendaklah baik budi pekerti
3- Hendaklah baik bentuk rupa
4- Hendaklah mampu melaksanakan hak isteri dari persenggamaan dan nafkah.

*sumber "Panduan Kursus Perkahwinan Bimbingan Lengkap Membina Rumahku Syurgaku"

Rasulullah SAW bersabda "Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agamanya dan budi pekertinya, maka kahwinkan dia. Jika kamu tidak melakukan ,maka timbul fitnah di bumi dan kerosakan yang luas" (Hadis Riwayat At-Tarmizi)


Ok..entry kali ni mengenai..bertunang..hehe..Hah! Sape nak bertunang? Dengan siapa? Bila? mesti kawan-kawan yang selalunya akan bertanya..sebab dah lama menyepi..tetiba tup..tup..nak bertunang.Biarkan gambar berbicara...



Rombongan lelaki 

Nervous..Sebab ramai rombongan dari pihak lelaki..


3 generasi..cucu,ibu.nenek
Abi wa Ummi..yang nampak celah-celah sikit tu..tok cek.
Ni je sahabat yang datang..syukran geng!

P/s : Ok..lepas ni kena behave..dah tak boleh mengurat (>_<)v....Oh ya..bercerita tentang kisah bertunang ni..manyakk oo..tragedi..tragedi..tapi kita taip next entry la..hehe..okebai..Assalamualaikum~






Wednesday, 8 January 2014

Tumbuh-tumbuhan yang disebut didalam Al-Quran

Assalamualaikum...dah lama x updated blog ni...Sedikit info ingin dikongsi di sini..
Antara tumbuh-tumbuhan yang  disebut dalam Al-Quran

1-      Kurma @ Tamar
Ada di sebutkan di dalam Al-Quran surah Ar- Ra’d ayat ke 4 dan surah Maryam ayat ke 25. 
“Dan di bumi  ada beberapa potong tanah yang berdekatan  (tetapi berlainan keadaannya);dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun: semuanya disiram dengan air yang sama; dan kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk,rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.” (Ar-Ra’d : Ayat 4)

2-      Tin
Ayat pertama dalam surah At-Tiin
“Demi buah Tiin dan Zaitun” (At-Tiin : Ayat 1)

3-      Zaitun
“Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak : makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.” (An-Nahl : Ayat 10-11)

4-      Anggur
“Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun –kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu” (Al-Mukminuun : Ayat 19)

5-      Delima
“Dan dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar: dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa) dan rasanya,dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakat) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.” (Al-An’am : Ayat 141)

6-      Pisang
“Mereka bersenang-senang diantara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,dan naungan yang tetap terbentang dan air yang sentiasa mengalir,serta buah-buahan yang banyak, yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya.”(Al-Waqiah : Ayat 28- 33)


7-      Timun, Bawang Putih,Kacang Dal,Bawang Merah
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang dalnya, serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya) dan Mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.” (Al –Baqarah :Ayat 61)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...