Satay Bonda
Bahan-bahan
1 ekor ayam/ 1 kg daging
4 batang serai
1 cawan gula
3 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar garam
Sedikit asam jawa
3 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
½ inci halia
Serbuk kunyit
Cara-cara
1. Ayam dihiris halus dan
digaul dengan air asam jawa.
2. Ketumbar ,jintan putih
dan jintan manis digoreng tanpa minyak dan kemudian ditumbuk
3. Bawang putih, bawang
merah ,serai dan halia juga ditumbuk
4. Gaulkan bahan-bahan
yang ditumbuk, garam,gula dan serbuk kunyit ke dalam ayam. Perap beberapa jam.
5. Selepas beberapa jam,
cucuk dan bakar.
6. Sedia untuk dimakan!
*Simpan sedikit ketumbar,jintan
manis dan jintan putih yang ditumbuk tadi untuk dimasukkan ke dalam kuah satay.
*Ketika membakar sate, renjiskan
minyak yang di ambil di atas kuah ke atas satay yang sedang dibakar menggunakan
beberapa batang serai…
No comments:
Post a Comment