|
Ni adik beradik..3 ekor.ibu ,comot,putih dan hitam |
Ini kisah si putih..seekor kucing.alahai rindunya kat
Putih.Putih dah tak ada kat atas dunia ni.Putih ada Ibu,Hitam
abangnya dan Tompok tak sempat tengok jantan betinanya sebab
dah mati masa kecil lagi.Sejak abah pencen dan pindah balik
tinggal di kelantan,keluarga Putih ni kucing pertama kami
bela.Sebelum ni dekat berek sana,cuma bagi makan saja.
Sampaikan depa ini,bagi masuk dalam rumah,tidur
bersama,dukung macam baby,main-main dengan lidi,mandikan
dengan spray air syampu.Bila orang banyak kerja dan serabut
dengan dia,nak halau keluar,dan dan je dia baring kat
situ.Mak pun siap belikan ikan selayang setengah kilo
semata-mata nak bagi depa makan.Bukan bagi mentah-mentah.Siap
gorengkan,gaul dengan nasi.Omak aihh..I jeles
hokey..haha.Pernah sekali tu,hitam dan putih ni xlalu
makan,mata berair..tak tahu kenapa.Si adik Razin ni
dengan baiknya, letak la ubat eye more kat mata depa
ni. Alhamdulillah,baik juga.
|
Serasi bersama..haha |
|
Main main time |
|
Sleep bonding time |
Depa tersangat-sangat la
manja.Nak tidur pun atas katil,sofa..bila dah dapat tidur
atas sofa,mengangkang tidurnya..Kadang nakal-nakal datang,di
asah-asah kukunya kat sofa..Mau x kena ketuk kepala tu.Tapi
Putih tak buat,Hitam dan Ibu je selalu.
|
Rest time |
Putih behave je..Slow
sopan santun, mengiaw pun x pernah kuat. Tak pernah mencuri
makanan,kalau si Hitam ni bukan main panjat sana sini duk
cari lauk.Selalu dia naik atas meja makan,dia buka sendiri
tudung saji tu.Pastu 'pok' kena ketuk kepala..haaa..mencuri
lagi..Putih lain,dia masuk rumah,dia gesel-gesel kat kaki
sambil mengiaw sopan gitu.
|
Hamboiii dia tidur atas katil orang. |
|
Nak mandi please! |
Satu hari abah balik dari kerja dengan motor, Putih duk
menunggu je dekat ruang parkir kereta.Bila abah masuk,dia
terus pergi dekat abah tanpa abah sangka laju pula
tu.Tergilis la dua belah tayar motor badan
dia..Alhamdulillah,masa tu nampak gaya dia kuat.Tapi,dia
trauma,bila bunyi motor abah je,dia akan lari ccuda
ketakutan.Abah apa lagi,mengusik la.Balik dari kerja
je,dipulas-pulasnya minyak motor.Lepas 5 6 bulan baru nampak
putih macam sakit,dia berjalan senget macam patah
pinggang.Kami xtahu dia main kat mana sampai jadi macam tu
atau effect tu baru nampak.Macam lumpuh separuh badan.Ada
orang cakap macam kena patuk ular la.Lepas jalan
senget,nampak kaki pula di seret-seret macam dah lumpuh.Kami
cuba la urut- urut kakinya dalam erti kata memandai
je..hoho.Ilmu bidan mak tok x sampai..xsempat nak menurun
ilmu bidan ke 7 ni.Tak lama selepas itu,kaki depan pula tak
dapat guna.Tapi Putih gagahkan kaki belakang.Kami dah
buntu.Nak buat macamana.Urut-urut pun tak menjadi.Dia bukan
boleh cakap pun sakitt.Macam-macam kami cuba, Kaklong cuba
bagi putih minum air CMD,bagi Air susu tepung la ,susu pekat
tin la.Putih dan Hitam ni suka jilat tin susu pekat yang kami
dah habis.Sampai masukkan kepala dalam tin tu.Pernah
sekali,base kek secret recipe tu yang kami nak buang sekali
dengan kotak yang tercalit kek,depa jilat sampai licin,suka
dia.Kau..kek pun nak makan juga ke.
|
Tunggu turn orang bagi signal sebab lantai baru dibasuh |
Satu hari,Satu hari lagi..mak dan abah pergi makan
kenduri,kaklong n ayuni pergi kerja,Tinggal la aku dengan
kakak yang belum bangun tidur.Memandangkan perut dah
lapar,dan Hitam yang tengah menyibuk mencari
makanan..Al-kisahnya ,kena gorengkan ikan depa dahulu la,baru
boleh makan dengan tenang.Bila nak bagi putih makan, nampak kat perut dia berlubang..Ya Allah,menitis air mata.. sakitnya, deritanya. tak ada orang kat rumah nak bawa putih pergi klinik veterinar sebab nak naik motor tak boleh,masih dalam pantang. huhu .rasa bersalah gila T_T .I'm sorry Putih.Kalaulah engkau mengerti.Bila teringat pandangan matanya seakan meminta tolong. (dan..dan..je air mata nak keluar masa tengah taip entri ni)
|
Putih dalam sangkar kena kurung sebab nak dirawat. |
Walaupun dalam keadaan
macam tu, Putih masih lagi nak berjalan-jalan. Dia
mengengsot.Tengok pun menangis kesian tengok dia derita. Nak
kurung tak ada sangkar.Dah la musim hujan kat kelantan.Dia
mengengsot dalam basah kuyup pergi belakang rumah tanpa kami
sedar.Kami ingatkan dia tak mampu nak pergi mana-mana dah. Ok..stop dulu sini pasal Putih sebab mata berair lagi..huhu
|
Putih mati lepas isyak dalam basah kehujanan |