Khas untuk ibu-ibu yang bekerjaya. Terima kasih kepada ibu yang sudi kongsi resipi mereka.. Semoga ibu ibu bekerjaya dan surirumah dapat menyediakan makanan bayi yang lebih berkhasiat! Ilmu diceduk daripada group facebook homemade solid food. Parking dulu
Serbuk beras perang
1. Rendam semalaman dgn air + air perahan lemon 24jam dan tukar air setiap setengah jam untuk elak beras masam.Bila nak tidur,tukar air dan masukkan dalam peti.
2. Basuh bilas bersih & tapis sampai kering.Tunggu 3 jam sebelum sangai
3. Sangai/goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga perang dari warna asal
4. Sejukkan
5. Blend sampai halus
6. Tapis untuk dapatkan tekstur super halus
Homemade MSG/ikan bilis
Cara
Penyediaan :
1. Rendam
2. Bersihkan ikan bilis buang kepala dan tahi,
toskan
3. Taburkan dlm dulang pembakar
4. Bakar 30 min dlm suhu 150c
5. Sejukkan dan blend sahaja & simpan dalam
bekas kedap udara
*langkah 3 boleh ditukar dengan kaedah sangai ikan bilis
sampai garing
Serbuk ayam Berempah
2 slice isi ikan didadu
Santan 1 ½ cawan santan
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu kecil ketumbar
Olive oil / Unsalted Butter
1-Rebus ayam dan kisar (Bahan A)
2-Bawang putih ,bawang merah,halia,ketumbar dikisar
berasingan (Bahan B)
3-Tumis bahan B sehingga naik bau dan sedikit kering.
4-Masukkan santan,gaul dan biarkan kering sedikit
5- Masukkan ayam kisar tadi (Bahan A)
6- Goreng sehingga betul-betul kering & menjadi serbuk
# Tahan sehingga 2 – 3 minggu.Simpan dalam Chiller
Homemade gula melaka
Kurma
Kismis
Pandan
Air
1.Blend
kurma n kismis bersama air, kurma dibuang biji
2.Masukkan bahan blend ke dalam kuali bersama daun
pandan, masak hingga pekat.
3.Tapis dan ambil pati sahaja.
4.Frozenkan
# Sesuai digunakan utk buat kuih untuk baby anda.Bagi
menggantikan gula,gula perang or gula melaka
Chicken stock
Bahan :
Ayam bahagian2 tulang
Saderi
Carrot
Tomato
1biji bwg besar
1labu bwg putih
7 biji kurma
3sudu olive oil
2. Masak kesemua bahan dengan air yang banyak..
masak dengan api perlahan selama 12-18 jam. Patikan ditutup demgan rapat supaya
air tak mudah kering..
3. Setelah masak,stock akan bertukar menjadi warna
coklat gelap
4. Tapis semua bahan untuk dapatkan air stock sahaja.
tapis menggunakan penapis biasa dahulu untuk buang hampas, kemudian tapis
sekali lagi menggunakan kain kasa untuk dapatkan stock yang bersih
5. stock akan kelihatan berwarna coklat
kekuningan.. berbeza daripada warna asal seperti gambar no3
6. Tuangkan ke dalam kiub ais dan boleh dibekukan..
boleh disimpan di dalam freezer selama sebulan..
Boleh campurkan ke dalam resepi bubur nasi untuk
dapatkan rasa bubur bayi yg sedap..
# Jangan sesekali tambahkan garam.. sebab hasil
drpd rebusan 18jam akan menghasilkan rasa chicken stok yg sangat2 sedap..
Chicken stock powder
1-Bahan utama daging
ayam, bawang holland, bawang putih, daun salary & carrot (option).
2-Semua bahan hiris nipis.Masukkan dalam oven lebih kurang
30minit. (Sesekali kacau supaya garing sekata)
3-Blend kering dan masukkan ke dalam oven 10 minit.
4-Blend lagi.Ulang sampai betul-betul garing dan halus.
5-Last sekali tapiskan untuk dapatkan tekstur serbuk yg halus..siap.
Oat Cereal
1 cawan organic rolled oat
1 sudu lemon jus
1 sudu tepung gandum
1 cawan air masak
1 - Satukan semua bahan dan rendam selama 12 jam di dalam peti.
2 - Toskan selama 12 jam
3 - Sangai sampai oat benar-benar kering.
4 - Kisar halus dan ayak macam tepung.
Carrot Powder
50g = 1kg Carrot
1-Carrot yg siap saya basuh
2-Rebus dan blend menjadi puree
3-12 jam melalui proses dehydrated
4-Dikisar halus menjadi serbuk
5-Tahan selama 6 bulan
6-Tiada garam,gula dan bahan pengawet
Chicken Bone Broth
2 batang carrot
3 batang cellery
2 bji bawang holland
2 inci Halia
1 biji tomato
Kulit kayu manis
Bunga lawang
14 kaki ayam + leher ayam
8ulas bwg putih
1 - Rebus dengan api perlahan selama 12 jam
2 - Tapis
3 - Simpan di dalam freezer