Haa...resepi sarapan berasaskan roti gardenia lagi..Nak guna roti brand lain pun boleh je..janji roti ye dak??
Bagi memenuhi selera perut yang tercinta,kita pelbagaikan resepi di pagi hari.Mana taknya,pagi pagi mana lalu nak makan..kunyah..kunyah tak leh nak telan pula..Alahaiii....kesian..
|
Benjo ke roti john ni?
Bahan bahan 4 keping roti putih petak 1 biji cili merah (cincang halus) 2 biji telur 3 tangkai daun sup (cincang halus) 3 tangkai daun bawang (cincang halus) 1 biji bawang besar (cincang halus) Serbuk lada putih Isi ayam cincang halus (lagi halus lagi cepat masak,resepi asal tak letak ye) Garam Sos cili Mayonis Mentega/majerin
Cara caranya 1 - Cincang halus bahan bahan (daun bawang,daun sup,cili merah,bawang merah,garam,isi ayam),masukkan ke dalam mangkuk dan pecahkan telur.Kacau sebati. 2 - Panaskan non stick pan,curahkan bancuhan tadi ke atasnya senipis yang boleh.Dikuatiri ayam tu degil nak masak.Perlahankan api sedikit. 3 -Bila agak agak bancuhan telur tu separuh masak,letakkan roti diatasnya.(tips : telur tu masih nampak tak masak,aka masih basah le) 5 - Sapukan mentega di sebelah atas roti.Tak nak letak pun tak apa. 6 - Balikkan roti sekejap,bolehlah di angkat. 7 - Nak makan,mekapkan dulu.boleh calit calit mayonis,sos cili dan tabur sedikit lada sulah.. 8 - Jangan lupa! BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..ALLAHUMMA BAA RIKLANA FIMAA ROZAKTANA WAQINA AZABANNARRR..AMIN |
No comments:
Post a Comment