Wednesday, 29 June 2016

Ikan patin masak sambal

Ikan patin masak sambal
Bahan bahan
* Ikan patin 3 ketul
* 1 inci halia (kisar)
* 1 sudu asam jawa + air (jadikan pes)
* 1 1/2 sudu cili kisar
* 1 sudu sos tomato
* 1 biji bawang holland (kisar)
* 2 ulas bawang putih (kisar)
* 3 ulas bawang merah (kisar)
* gula
* garam
* minyak

Cara penyediaan :-
0 - Ikan patin digaulkan dengan garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu.Ketepikan seketika.
1 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2 - Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan pes asam jawa dan sos tomato.
4 - Perasakan dengan garam dan gula.
5 - Masukkan ikan patin yang telah digoreng tadi.Siap!
Selamat bersahur!
25 Ramadhan 2016.

Tips bagi Ibu menyusu dan mengandung di Bulan Ramadhan

Tahun lepas bulan puasa,mengandung. tahun ni bulan puasa menyusu pula. Terbaca post dari seorang Doktor ni kat facebook.. mohon izin copy & paste ye doc, untuk rujukan saya sendiri nanti.

Ramadhan musings # 8  by Dr Suriyakhatun

Ibu menyusu dan mengandung

Sebenarnya sama saja nasihat saya untuk ibu yang dalam keadaan mengandung dan menyusu. Seperti yang saya tulis sebelum ini, perlu awasi tanda-tanda hypoglycaemia dan juga dehydration.
Antaranya pitam, berpeluh sejuk, badan rasa lemah dan tak bermaya semasa berpuasa.

Dalam keadaan ini berbukalah, anda tidak diwajibkan berpuasa dan jika berpuasa anda kena nilai kemampuan diri dan berbuka sebelum mudharat .

Tentang pemakanan pula, ibu yang menyusu dan mengandung perlu beri perhatian yang lebih tentang mutu makanan berbuka dan bersahur .

Antara yang mustahak adalah

1. Air, minum air kerap sepanjang malam. Air perlu bersih dan bertapis, bukan air masak, bukan air RO, bukan air mineral yang dibeli ( plastiknya ada toksin)

2. Ambil snek yang padat energy seperti nuts : gajus, pistachio, sunflower seeds, pumpkin seeds, almonds etc . Snek ini boleh makan lepas berbuka , sehingga sejam sebelum tidur dan lepas sahur sebelum imsak
3. Bersahur paling lewat yang boleh, makan makanan seperti saya sebutkan

4. Tambah dengan protein drink yang baik dan tanpa kimia. Baca betul-betul label protein drink yang nak dibeli, pastikan tidak ada kimia atau bahan tambahan yang bahaya untuk kandungan atau anak menyusu. Awas ada herba yang juga tidak baik dimakan ibu mengandung dan menyusu dan ada produk dalam pasaran yang ada herba untuk kuruskan badan. Pengedar tidak bertanggung jawab mengesyurkan untuk ibu mengandung /menyusu. Awas pemanis tiruan dalam minuman !

Minuman yang banyak asid amino termasuk bone broth, marine collagen dan gam arab.
Boleh juga tambahkan makanan seperti kurma buah  dan gum arabic sebab makanan ini senang hazam ada serat dan tinggu nilai nutrisi .

Makanan yang nutrisinya padat . Chlorella adalah makanan yang padat nutrisi dan membantu heavy metal detox . Saya tidak sebut spirulina sebab ia mengandungi neurostimulant yang mungkin tidak sesuai semasa mengandung walaupun ia padat nutrisi juga.

5. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Bika kita berpuasa bahan toksik dari makanan berproses lebih mudah masuk kedalam air susu ibu.

6. Amalkan scrubbing kulit, pastikan lawas buang air besar dan senaman ringan waktu petang untuk keluarkan peluh ( detox juga )

7. Optimakan kesihatan usus dengan probiotic dan prebiotic serta enzyme, antara makanan tadisi kita yang ada enzyme adalah tempoyak dan tempe mentah! Rajinlah makan dengan ulaman !

8. Kobis, pudina dan terlalu banyak herbs boleh kurangkan susu. Begitu juga ada yang dapati Chia seeds kurangkan susu sedangkan halba dan ulam ulaman banyakkan susu.

Ada yang risaukan kesan detox akan jejas anak yang di susukan . Saya berpendapat ini tidak perlu dirisaukan jika ibu mengambil berat untuk memastikan nutrisinya cukup dan ibu mengambil langkah mengoptimakan organ detoxnya seperti scrubbing kulit, ginjal ( kidney) dan usus ( berak kena lawas , tak lawas perlu lawaskan ) , keluarkan peluh.


Bubur nasi ayam


Asalnya bubur nasi ni warnanya putih, tapi encik suami tak suka tabur bawang goreng ,so letak la semasa bubur mendidih tu sebab nak bagi rasa ada bawang goreng. Al kisahnya,nak bangun sahur pagi tu,alamakkkk....jadi warna coklat sebabnya warna bawang goreng tu dah larut dalam bubur.Jadilah warna coklat..kikiki..Sebelum tu dah kena warning lagi dengan encik suami..nak bubur nasi warna putih...warna putih.haha..sebelum ni,buat bubur nasi daging,tumbuk bawang - bawang dalam lesung yang melekat kunyit hidup tu..Jadi warna kuning la bubur nasi daging I olls aritu..

Bahan bahan
* 1 pot beras
* 1 kiub pati ayam
* 1 ulas bawang putih
* 2 ketul isi ayam(potong kecil)
* 2 ulas bawang merah
* 2 inci halia (hiris halus)
* ikan bilis (goreng)
* daun sup
* daun bawang
* telur masin

Cara cara
1 - Masak nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam.
3 - Masukkan halia,bawang merah dan bawang putih.
4 - Setelah semua bahan masak boleh la dihidang bersama telur masin yang siap direbus.

6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG


Pagi tadi Ust Firdaus.mengatakan kita mesti berpakaian menutup aurat yg boleh terus dibawa utk solat.  Ini guideline dia6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG
Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
[Forward kpd mak, kakak, adik perempuan, isteri, bakal tunang, bakal isteri & para muslimat SEKALIAN]



#copy & paste
#sebarkan ilmu

Kekadang ada jemaah yang merungut,

"Ustazah, payahlah nak berjalan-jalan.. Nanti nak kena bawak telekung semua.. Leceh.."😞

Inilah hikmahnya Islam menuntut supaya kita menutup aurat dengan sempurna..
Bukan sahaja kemas , bahkan boleh terus dibawa sembahyang.

Tudung yang menutupi dada dengan elok dan tidak jarang serta kaki yang berstoking sempurna, dah selesai masalah kita..

Islam itu kan agama yang memudahkan..

Friday, 24 June 2016

Tadika Penjara Marang

Sesi 1995


Ohoiii..ni bukan tadika untuk anak banduan okaih..ni untuk anak anak warden penjara. Bila ditilik tilik yang mana satu diriku.memang tak dapat cam langsung.encik suami cakap 3 dari kanan,kak long cakap,2 dari kanan.diri sendiri rasa macam 2 dari kiri..l.bestkan zaman kanak kanak ribena ni. Itu lah cikgu ha.assistant dia tak tahu pula nama apa. 

Ingat lagi, hari pertama mak hantar pergi tadika ni naik  basikal pastu dapat susu skim 1 tin besar. Kadang -kadang abah gi hantar naik motor dengan uniform kerja nya.Bila dah pandai naik basikal, pergi ngaji pun naik basikal. Balik - balik kelas mengaji dan fardu ain,terkejar kejar nak tengok cerita kartun ninja boy la,ultraman la..bestnya..bestnya..
Simpan lagi.Boleh apply kerja engineer tak?kiki




Wednesday, 22 June 2016

Bahaya garam dan gula

* info daripada facebook Pn Izzah Bajrai *

Kenapa garam bahaya untuk bayi bawah 2 tahun..
1. Ginjal yang belum matang akan mengalami masalah gagal berfungsi dengan baik..
2. Terdedah kepada serangan sawan
3. Masalah darah tinggi pada awal usia

Kenapa gula bahaya untuk bayi bawah 2 tahun :
1. Merosakkan pertumbuhan gigi susu
2. Anak akan menjadi ketagih dan masalah hyperaktif
3. Mudah mengalami infeksi pada pancaindera (mata, telinga) dan masalah tonsil
4. Kenaikan berat badan mendadak secara tak sihat (obes)
5. Risiko masalah diabetes pada usia remaja



Minyak zaitun untuk bayi seawal 7 bulan ke atas


Sejak ada anak kecil ni, baru perasan yang olive oil atau minyak zaitun ni banyak jenis ye.
1 - Extra virgin olive oil
2 - Virgin olive oil
3 - Pure olive oil




Bahkan Rasulullah pun ada bersabda Dalam sebuah hadis disebutkan:


“Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi.” (HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)






“Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi.” (HR. Baihaqi dan Ibnu Majah)






Antara kelebihan memberi bayi minyak zaitun ni adalah untuk meningkatkan berat badannya. Selain itu juga, bagi mengelakkan si kecil saya ni sembelit. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan asbab minyak zaitun ni iman nasuha sembelit dah jarang - jarang sekarang ni. Titikkan 3 4 titis ke dalam bubur atau puri buah yang telah dikisar halus je. Pastikan guna extra virgin olive oil.

Tuesday, 21 June 2016

Daging masak hitam

Memang sedap!

Bulan - bulan puasa ni, bila tengok rancangan masakan, mula la terasa nak makan. Semalam tengok rancangan Lesung pipit - Pulau Pinang kat astro ala yang pengacaranya Si Yana Samsudin aka wawa semput tuuu. mami tu nama apa dah lupa pula,duk masak daging masak hitam aka daging masak mamak. Teringat pula nasi kenduri orang utara ni memang banyak lauk daging ni.  Sedap dan cara buatnya pun simple dan senang. Elok - elok je dalam peti ada lebihan daging dalam satu genggam..Jom tengok resepi daging masak hitam ni.
Daging masak hitam aka daging masak mamak dah siap!

Bahan-bahan
* daging (potong nipis /kecil)
* 1 batang serai (ketuk)
* 1 ulas bawang holland/ india (kisar)
* 1 inci halia (kisar)
* 1 cawan kicap pekat manis
* 1 sudu serbuk cili
* 2 sudu cili kisar
* 2 sudu besar serbuk kari
* 2 ulas bawang putih (kisar)
* 3 ulas bawang merah (kisar)
* daun kari 2 tangkai
* daun pandan sehelai
* 4 beradik rempah
   - bunga lawang
   - kulit kayu manis
   - bunga cengkih
   - buah pelaga
* minyak dan air
* garam

Cara - cara
1 - Panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik,daun kari dan bahan kisar.
2 - Masukkan cili kisar dan serai, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan daun pandan.
3 - Masukkan daging,air dan kicap ,tambahkan serbuk cili dan garam.Tunggu dan kacau jarang - jarang sehingga daging empuk dan kuah menjadi agak pekat. Tak perlu tambah gula dah sebab rasa manis tu dapat dari kicap.Saya guna kicap cap kipas udang yang legend gitu.hihi.

Friday, 17 June 2016

Tomyam putih ala thai



Bahan-bahan
* Isi ayam
* 1 biji bawang holland (hiris bulat)
* 1 inci halia (ketuk)
* 1 inci lengkuas (ketuk)
* 1 sudu besar susu pekat
* 1 sudu besar sos ikan
* 2 batang serai (ketuk)
* 2 biji limau nipis (ambil jus)
* 3 ulas bawang putih (ketuk
* 3 biji cili padi (ketuk)
* daun limau purut
* kubis bunga
* Lobak merah
* garam
* gula

Cara- cara
1 - Masukkan semua bahan kecuali susu.Bila semua bahan dah empuk masukkan susu.
2 - Taburkan daun ketumbar jika ada

Thursday, 16 June 2016

Siakap stim halia



Resepi ni tanpa daun ketumbar dan sos ikan sebab takde stok dalam peti ais..Bulan depan la beli.kikiki..Selamat bersahur

Bahan-bahan
* 4 ulas bawang putih
* 2 batang serai
* 2 inci halia
* 2 biji limau nipis (ambil jus)
* 2 biji cili padi
* 1 kiub pati ayam
* 1 ekor ikan siakap
* garam
* gula

Cara-cara
1 - Kelar ikan dahulu dan Lumurkan ikan dengan pati kiub ayam.
2 - Potong halus serai,halia,dan cincang halus bawang putih.
3 - Taburkan bawang putih,halia,serai dan cili padi di atas ikan..Saya masukkan dalam ikan sedikit.
4 - Perahkan jus limau nipis di atas ikan,
5 - Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
6 - Kukus sehingga masak dan taburkan daun ketumbar lagi pergghh.

Tuesday, 14 June 2016

Ini kisah nenek


14 Jun 2016

Kami diberitakan mok masuk hospital tak sedarkan diri.Bila doktor hospital Lati check katanya terkena TIA..strok mungkin sebab terlalu banyak berfikir sampaikan blood pressure naik mendadak. Pada awalnya,hanya mulut yang tak boleh bercakap.Anggota pergerakan semuanya ok.

Tak lama selepas itu,anggota pancainderanya tak boleh bergerak dan nenek di hantar ke hospital Kota Bharu untuk ujian CT scan.
Hasil menunjukkan salur darah di otak pecah akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Allahu rabbi.. Tak terkata kami. Hanya Allah yang maha berkuasa penyembuh segala penyakit. Doktor perlukan keputusan segera daripada anak - anak samada nak buat operation atau tidak.

" Kalau nk buat operation pun berisiko sebab umur mok,takut tak fit untuk operation. A&E bagi choice,bergantung pada concencus family, nak buat operation ataupun tidak. family member kena decide. Kalau dalam keadaan koma,tahap kesedaran kita akan assess dari beberapa faktor. Macam mok ni kalau bukan sebab umur,memang akan buat pembedahan. Tapi sebab umur mok, akan jadi 50-50 camtu.maksudnye risiko tu besar.. Ade risiko untuk die on table..maksudnye boleh meninggal masa tengah pembedahan tu. Tapi kalau tak buat,memang tak akan balik pada keadaan asal dan kan terus koma. Actually kalau buat pun tak semestinye sedar. Dalam kebanyakan kes memang tak sedar. Kita just memanjangkan hayat dia kalau operation berjaya. Tapi kalau buat operation ade harapan tipis jugak..tapi risiko pun besar..Setelah discuss dengan kawan- kawan,doktor lain pun semua rasa tak perlu pembedahan.sebab nya dengan umur mok,macam menyeksa mok kalau buat macam2 yg tak tentu lagi boleh baikkan dia..dan mungkin risiko jauh lebih tinggi.Pada Allah kita berserah. Apa pun keputusan dari yang berhak. Redha. Hanya doa moga semua berjalan lancar 😢Kalau tak buat memang tak akan sedar jugak sebab besar pendarahan tu,tak akan hilang sendiri pendarahan tu..Perkataan tak akan tu ikut pengalaman doktor..Kuasa Allah kita tak tau kan.Walaupun tipis tapi tak mustahil, kami yakin di bulan ramadhan yang mulia ni,Allah itu maha mendengar lagi maha pengasih pada setiap hambanya dan berkuasa melakukan sesuatu diluar jangkaan manusia." Itu antara kata - kata doktor.

Dan

Anak anak mok setuju untuk biarkan macam tu atas nasihat doktor dan pengalaman pengalaman dan risiko yang diambil kalau operation. Hanya doa kepada Allah sahaja ,sebab segala sesuatu hanya dari dia.

17 Jun 2016
Kalau nak compare ngan semalam,nampak pernafasan mok makin tak teratur..tahap kesedaran pun makin xok banding ngn sebelum ni..

Tapi bila semua anak-anak cucu balik,keadaan mok seperti semakin stabil walaupun masih dalam keadaan koma. Bila cik mah cuba luruskan kaki, dia bengkokkan sendiri. Kadang-kadang nampak tangan seolah olah nak diangkat.Mungkin mok dengar semuanya.Mulut pun seakan akan mengikut bila diajar sebut Allah..

20 Jun 2016


Mok akan di bawa ke KL dengan private ambulans sebab kebanyakan anak anak tinggal di KL dan kawasan kawasan dekat situ dan akan dijaga oleh anak perempuan bongsu,Cik Mah.

22 Jun 2016

Tubuh mok sejuk dari bahu ke kaki dan pagi tadi dah mula berak.Kata doktor,

"Dalam bahagian otak ade macam termostat untuk kawal suhu..disebabkan otak dah bengkak sebab pendarahan tu,tempat  kawal suhu pun maybe dah ada masalah.so badan kadang2 boleh jadi panas,kadang2 boleh jadi sejuk.."

Pukul 11.40 malam,mata mok dah boleh buka sebelah, Kami ingatkan perkembangan yang positif,rupanya itu tanda-tanda mok akan pergi.Pukul 12.31,mok mula bernafas perlahan seakan akan nafas tiada..Akhirnya 12.45malam pada 18 ramadan,Mok pergi menghadap Ilahi..

انا لله وانا اليه راجعون
اعظم الله اجرك وغفر لميتك
Semoga arwah diberi keampunan dan rahmat kasih sayang daripada Allah taala dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman.




Saat dia telah tiada baru hati sarat rindu,rindu pada suaranya,rindu pada layanan mesranya,rindu pada baunya.umpama sedang mengejar air di padang pasir,bila tiba hanya cahaya sahaja.rindu tak berpenghujung..


Untukmu nenekku...teringin nak peluk cium untuk kali terakhir T_T  walawpun hanya jasad yang kaku..perginya derita,datangnya air mata kehilangan..aku redha,pergi mu di bulan yang mulia ini. Walaupun baru kenal hampir dua tahun,kasih sayang seorang nenek aku dapat rasa dari lubuk hati seorang wanita. Semoga dirimu ditempatkan di syurga tertinggi bersama sama orang yang beriman.
#18 ramadhan

bila lagi rumah ni akan meriah seperti dahulu
last raya with mok
                                           
Agar agar kering atau beledo kering persiapan raya yang tak sempat dirai oleh arwah mok.Teringat pada arwah mok tok,meninggal ketika sibuk dengan persiapan nak buat bubur asyura untuk anak cucu.


Asam pedas daging

Bahan-bahan

Kisar Halus
* 4 Biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1 Inci halia
* 1 inci lengkuas
* 1 Inci kunyit hidup

* daging (potong nipis)
* 1 kuntum bunga kantan
* 1 genggam daun kesum
* 1 sudu serbuk cili
* 1 sudu teh serbuk lada hitam
* 2 sudu asam jawa (campur dengan sedikit air,jadikan jus)
* 2 batang serai (ketuk)
* 3 sudu cili kisar

Cara - cara
1 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2 - Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan air asam jawa,serbuk lada hitam,serbuk cili,serai,bunga kantan ,daun kesum dan daging.
4 - Didihkan sehingga daging empuk.Tutup api.
5 - Sedia untuk dihidang

Saturday, 11 June 2016

Asam Pedas Ikan Patin


Resepi ni lebih kurang dengan resepi daging masak asam pedas. Guna kuantiti bahan yang sama je tapi versi ikan patin pula. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan

Kisar Halus
* 4 Biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1 Inci halia
* 1 inci lengkuas
* 1 Inci kunyit hidup

* ikan patin
* 1 kuntum bunga kantan
* 1 genggam daun kesum
* 1 sudu serbuk cili
* 1 sudu teh serbuk lada hitam
* 2 sudu asam jawa (campur dengan sedikit air,jadikan jus)
* 2 batang serai (ketuk)
* 3 sudu cili kisar

Cara - cara
1 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2 - Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan air asam jawa,serbuk lada hitam,serbuk cili,serai,bunga kantan ,daun kesum dan ikan patin
4 - Didihkan sehingga ikan masak.Tutup api.
5 - Sedia untuk dihidang

Friday, 10 June 2016

Teresek ayam dan kulat sisir



Teresek kulat sisir

* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 1 inci kunyit hidup
* 1 sudu cili kisar
* 1 sudu serbuk cili (kasi pedas)
* 1 kotak santan
* 2 sudu besar ketumbar
* 2 sudu besar kerisik
* 2 ulas bawang putih
* 3 ulas bawang merah
* cili merah
* kulat sisir
* isi ayam bahagian tulang
* kacang panjang

Cara - cara
1 - Kisar bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit,ketumbar dan gaulkan separuh dengan ayam,separuh lagi nak buat tumis.
2 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi,kemudian masukkan cili kisar dan serbuk cili .
3 - Masukkan ayam dan gaulkan ayam sehingga masak.Agak-agak nampak nak kering,tambahkan santan. Kemudian tambahkan lobak merah dan kacang panjang.
4 - Perisakan dengan garam dan gula
5 - Akhir sekali masukkan kulat sisir dengan cili merah.



Sayur campur goreng

Sayur campur goreng
Bahan - bahan
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 4 ekor udang
* kacang panjang
* bunga kubis
* lobak merah
* sawi
* garam
* perasa

Cara - cara
1 - Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang dihiris sehingga naik bau.
2 - Kemudian masukkan udang dan sedikit perasa /perencah hilal.
3 - Masukkan sedikit air,dan sayur lobak merah,kobis bunga dan kacang panjang.Masukkan sayur yang keras dahulu.
4 - Akhir sekali masukkan sayur sawi.
5 - Perasakan dengan garam.

Thursday, 9 June 2016

Ikan Patin Goreng versi Tok Mek

Semua orang boleh buat punya.Simple dan cepat. Post ni untuk rujukan encik suami yang tercinta. Mana tahu, tengah duk sorang - sorang, anak - anak ummi rasa nak makan ikan patin. Eh..anak anak ummi.Buat masa sekarang baru seorang je ni.kikiki. itu pun baru je umur 8 bulan. Mana la tau kan, umur tak berapa nak panjang ke.Jom tambah amal ibadat dulu.


Bahan - bahan
* Minyak
* Ikan Patin
* Serbuk kunyit
* Garam
* Bawang Holland hiris bulat
* Cili merah / hijau

Cara - cara
1 - Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam dulu ye.
2 - Panaskan minyak dan masukkan ikan.
3 - Bila ikan dah 3/4 masak,buang sedikit minyak ke dalam mangkuk besi @ kaca. Jangan pulak masukkan dalam bekas plastik. Cair pulak kang.. Masukkan cili dengan bawang yang dihiris sehingga kelihatan layu.
4 - Psst..psstt..kalau dapat cili hijau versi kelantan..orang panggil lada solok tu,lagi best..bau dia wangi sangat bila digoreng..

Selamat menjamu selera insan - insan yang ku sayang.


Wednesday, 8 June 2016

Kentang goreng cili padi

Aiyooo.boleh pulak terpadam gambarnya.dah la tak ada back up. Hohoho. Kentang goreng ber telur cili padi resepi baru lagi. Ada je idea idea nak adjust. Janji boleh telan.Resepi kali ni simple je tak perlu daun kari dan biji sawi.

Bahan-bahan
* 3 ulas bawang merah (dicincang halus)
* 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
* 2 biji cili padi (dicincang halus)
* 2 biji ubi kentang potong wedges
* 1 biji telur
* 1/2 tin kacang peas
* serbuk lada putih
* garam
* gula

1 - Ubi kentang dipotong bentuk wedges dan direbus terlebih dahulu sehingga empuk.Toskan dan ketepikan
2 - Tumis bahan yang dicincang sehingga naik bau.
3 - Masukkan garam, serbuk lada putih dan gula berserta kacang peas.
4 - Akhir sekali ,masukkan telur dan kacau.
5 - Masukkan kentang yang telah direbus.

Kerapu masak merah

Niat di hati nak beli ayam, boleh pulak ayam habis..konon nak berbelanja bajet paling jimat..tetiba bila sampai kat mydin tu,kena tukar plan..Terbeli la pulak ikan paling mahal di abad ini. Rm15 dua ketul ja.Kalau beli ayam,rm15 hengget ni dah dapat seekor ayam versi besar dah. Haha..itu la..main kutip jer tak kenal ikan jenis apa..tengah bayar tu xda rasa apa, taapii bila on the way balik rumah, menyesal tak sudah. Apekah yang merasukku? Pening fikir nak masak apa ikan kerapu ni. Google punya google tak dapat -dapat idea. Lastly, encik suami request buat masak merah lagi memandangkan kacang peas dalam tin masih berbaki.Panjang pula ceritanya ikan kerapu ni.

Bahan-bahan
* Ikan kerapu
* 1 inci halia (kisar)
* 3 ulas bawang merah (kisar)
* 2 ulas bawang putih (kisar)
* 2 biji bawang besar holland (kisar)
* 2 sudu besar sos tomato 
* 2 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar cili kisar
* 3 sudu besar kacang peas (guna dalam tin je)
* gula melaka
* garam
* minyak


Cara- cara
1 - Gaulkan ikan kerapu dengan garam dan kunyit.Kemudian goreng dan ketepikan seketika.
2 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan sedikit air,sos cili,sos tomato dan kacang peas.
4 - Perasakan dengan garam dan gula melaka. Nak guna gula biasa pun boleh.
5 - Masukkan bawang holland yang dipotong secara bulat.
6 - Akhir sekali masukkan ikan kerapu yang telah digoreng tadi.Sedia untuk dikunyah - kunyah.

P/s : Bukan kunyah - kunyah gebu ye..ni kunyah kunyah montel.

Tuesday, 7 June 2016

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah
Sedap dan suami pun suka..jom masak untuk berbuka petang ni.

Bahan-bahan
* 1 inci halia (kisar)
* 3 ulas bawang merah (kisar)
* 2 ulas bawang putih (kisar)
* 2 biji bawang besar holland (kisar)
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar cili kisar
* 3 sudu besar kacang peas (guna dalam tin je)
* gula melaka
* garam
* minyak
* tomato (didadukan)

Cara- cara
1 - Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.Kemudian goreng dan ketepikan seketika.
2 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan sedikit air,sos cili,sos tomato dan kacang peas.
4 - Perasakan dengan garam dan gula melaka. Nak guna gula biasa pun boleh.
5 - Masukkan tomato yang telah didadukan tadi dan sedikit bawang holland yang dipotong secara bulat.
6 - Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi..Walllaaa..

#Selamat berbuka puasa.


Saturday, 4 June 2016

Sarapan - Roti telur simple

Paling paling malas ini ler jadiknya.


Bahan-bahan
* Roti Gardenia
* Planta / Margerin
* Telur
* Mayonis
* Sos Cili
* Serbuk Lada Putih

Cara Penyediaan :
1 - Sapukan planta / marjerin pada roti dan bakar.
2 - Pecahkan telur dan kacau.Masukkan sedikit lada putih.
3 - Goreng telur di atas kuali non stick.Bila telur separuh masak,balikkan dan letakkan cheese diatas telur.
4 - Sapukan mayonis dan sos cili pada roti. Dan taburkan sedikit
5 - Letakkan telur diatas roti dan letakkan roti.Kalau ada sayur salad, timun lagi sedap. huhu.

Roti telur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...