Tuesday, 14 June 2016

Ini kisah nenek


14 Jun 2016

Kami diberitakan mok masuk hospital tak sedarkan diri.Bila doktor hospital Lati check katanya terkena TIA..strok mungkin sebab terlalu banyak berfikir sampaikan blood pressure naik mendadak. Pada awalnya,hanya mulut yang tak boleh bercakap.Anggota pergerakan semuanya ok.

Tak lama selepas itu,anggota pancainderanya tak boleh bergerak dan nenek di hantar ke hospital Kota Bharu untuk ujian CT scan.
Hasil menunjukkan salur darah di otak pecah akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Allahu rabbi.. Tak terkata kami. Hanya Allah yang maha berkuasa penyembuh segala penyakit. Doktor perlukan keputusan segera daripada anak - anak samada nak buat operation atau tidak.

" Kalau nk buat operation pun berisiko sebab umur mok,takut tak fit untuk operation. A&E bagi choice,bergantung pada concencus family, nak buat operation ataupun tidak. family member kena decide. Kalau dalam keadaan koma,tahap kesedaran kita akan assess dari beberapa faktor. Macam mok ni kalau bukan sebab umur,memang akan buat pembedahan. Tapi sebab umur mok, akan jadi 50-50 camtu.maksudnye risiko tu besar.. Ade risiko untuk die on table..maksudnye boleh meninggal masa tengah pembedahan tu. Tapi kalau tak buat,memang tak akan balik pada keadaan asal dan kan terus koma. Actually kalau buat pun tak semestinye sedar. Dalam kebanyakan kes memang tak sedar. Kita just memanjangkan hayat dia kalau operation berjaya. Tapi kalau buat operation ade harapan tipis jugak..tapi risiko pun besar..Setelah discuss dengan kawan- kawan,doktor lain pun semua rasa tak perlu pembedahan.sebab nya dengan umur mok,macam menyeksa mok kalau buat macam2 yg tak tentu lagi boleh baikkan dia..dan mungkin risiko jauh lebih tinggi.Pada Allah kita berserah. Apa pun keputusan dari yang berhak. Redha. Hanya doa moga semua berjalan lancar 😢Kalau tak buat memang tak akan sedar jugak sebab besar pendarahan tu,tak akan hilang sendiri pendarahan tu..Perkataan tak akan tu ikut pengalaman doktor..Kuasa Allah kita tak tau kan.Walaupun tipis tapi tak mustahil, kami yakin di bulan ramadhan yang mulia ni,Allah itu maha mendengar lagi maha pengasih pada setiap hambanya dan berkuasa melakukan sesuatu diluar jangkaan manusia." Itu antara kata - kata doktor.

Dan

Anak anak mok setuju untuk biarkan macam tu atas nasihat doktor dan pengalaman pengalaman dan risiko yang diambil kalau operation. Hanya doa kepada Allah sahaja ,sebab segala sesuatu hanya dari dia.

17 Jun 2016
Kalau nak compare ngan semalam,nampak pernafasan mok makin tak teratur..tahap kesedaran pun makin xok banding ngn sebelum ni..

Tapi bila semua anak-anak cucu balik,keadaan mok seperti semakin stabil walaupun masih dalam keadaan koma. Bila cik mah cuba luruskan kaki, dia bengkokkan sendiri. Kadang-kadang nampak tangan seolah olah nak diangkat.Mungkin mok dengar semuanya.Mulut pun seakan akan mengikut bila diajar sebut Allah..

20 Jun 2016


Mok akan di bawa ke KL dengan private ambulans sebab kebanyakan anak anak tinggal di KL dan kawasan kawasan dekat situ dan akan dijaga oleh anak perempuan bongsu,Cik Mah.

22 Jun 2016

Tubuh mok sejuk dari bahu ke kaki dan pagi tadi dah mula berak.Kata doktor,

"Dalam bahagian otak ade macam termostat untuk kawal suhu..disebabkan otak dah bengkak sebab pendarahan tu,tempat  kawal suhu pun maybe dah ada masalah.so badan kadang2 boleh jadi panas,kadang2 boleh jadi sejuk.."

Pukul 11.40 malam,mata mok dah boleh buka sebelah, Kami ingatkan perkembangan yang positif,rupanya itu tanda-tanda mok akan pergi.Pukul 12.31,mok mula bernafas perlahan seakan akan nafas tiada..Akhirnya 12.45malam pada 18 ramadan,Mok pergi menghadap Ilahi..

انا لله وانا اليه راجعون
اعظم الله اجرك وغفر لميتك
Semoga arwah diberi keampunan dan rahmat kasih sayang daripada Allah taala dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman.




Saat dia telah tiada baru hati sarat rindu,rindu pada suaranya,rindu pada layanan mesranya,rindu pada baunya.umpama sedang mengejar air di padang pasir,bila tiba hanya cahaya sahaja.rindu tak berpenghujung..


Untukmu nenekku...teringin nak peluk cium untuk kali terakhir T_T  walawpun hanya jasad yang kaku..perginya derita,datangnya air mata kehilangan..aku redha,pergi mu di bulan yang mulia ini. Walaupun baru kenal hampir dua tahun,kasih sayang seorang nenek aku dapat rasa dari lubuk hati seorang wanita. Semoga dirimu ditempatkan di syurga tertinggi bersama sama orang yang beriman.
#18 ramadhan

bila lagi rumah ni akan meriah seperti dahulu
last raya with mok
                                           
Agar agar kering atau beledo kering persiapan raya yang tak sempat dirai oleh arwah mok.Teringat pada arwah mok tok,meninggal ketika sibuk dengan persiapan nak buat bubur asyura untuk anak cucu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...