Friday, 27 May 2016

Serbuk Ikan bilis homemade


Cara Penyediaan :
1. Bersihkan ikan bilis buang kepala dan tahi, toskan
2. Rendam ikan bilis dalam peti ais selama 24 jam
3. Keluarkan dan toskan
4. Sangai sampai garing.
5. Sejukkan dan blend halus. Ayak dan ambil yang halus sahaja.

7. Simpan dalam peti di dalam bekas kedap udara

Thursday, 26 May 2016

Puri Brokoli dan Epal


 PUREE BROKOLI + FUJI EPAL 

Bahan-bahan:
* 1 biji Fuji Epal
* Brokoli

Cara Penyediaan:
1 - Basuh epal dan brokoli bersih - bersih
2 - Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil 
3 - Potong Brokoli kecil - kecil 
4 - Kukus sehingga masak
5 - Blend halus dan siap

Monday, 23 May 2016

Mee goreng special

Pagi-pagi asyik beroti je,kadang bosan juga. Alhamdulillah, Pagi ni nampak si kecil tu tengah tidur lagi ,laju je keluarkan bahan-bahan nak masak mee ni.mood tengah rajin datang walaupun lepas solat subuh tadi mengantuk sangat.Al maklum la dah masuk 6 7 bulan ni dah banyak nak bermain.
Mee Goreng Siap!

Bahan-bahan
* 3 ulas bawang putih (ketuk)
* 1 sudu udang kering (tumbuk lumat)
* 1 sudu besar cili kisar
* 2 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos tomato
* 3 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang fish cake
* 4 ekor udang
* 3 ekor sotong
* 1 biji telur
* 1 keping isi ayam 
* 1 genggam taugeh
* 1 genggam sawi

Cara-cara :
1 - Panaskan minyak,tumis bawang putih yang telah diketuk sehingga sedikit garing dan udang kering.
2 - Masukkan cili kisar sehingga garing dan masukkan isi ayam, udang, sotong, fish cake.
3 - Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan kicap manis.
4 - Masukkan telur dan kacau.
5 - Masukkan semua sayur mayur.
6 - Tambahkan sedikit garam.Biasanya saya tak letak sebab semua sos -sos tadi dah ada rasa..
7 - Masukkan mee kuning yang telah dibasuh dan kacau sehingga sebati.
Sedia dihidang untuk yang tercinta

Sunday, 22 May 2016

Keli masak tempoyak


Resepi dicedok dari mak mertua yang asal dari perak. Bila makan apa-apa masakan tempoyak terus jatuh cinta..Asalnya sebelum kahwin,mana pernah sentuh @ makan mana-mana resepi tempoyak..Durian @ tempoyak yang ada dalam budu pun, ke mangkuk yang tiada tempoyak juga dicedoknya.Lepas kahwin dengan orang perak ni،bila suami mintak ikan keli masak tempoyak la,ikan patin masak tempoyak la..terus dapat makan makanan yang bernama tempoyak ni.tambah-tambah bila mama buat sambal tempoyak..terangkat sampai ke awan..haha..over pula kan.Jom intai resepi.

Ikan keli ni biasanya berlendir..salah satu tips nak buang lendir di kulitnya ikan keli tu, curahkan cuka atas ikan keli dan gaul-gaul. kalau tak nak gaul pun tak apa. Cuma perlu rendamkan ikan keli dalam cuka. Biarkan selama 15 minit. Kita akan dapat lihat lendir tu turun dengan sendirinya.. Tak perlu sental tak perlu kikis.


Bahan-bahan

* 1 inci kunyit hidup
* 1 biji timun tua
* 2 batang serai (ketuk)
* 3 sudu isi durian/tempoyak
* 3 ekor ikan keli
* 4 biji cili merah
* air
* gula & garam
Tengok tuu..ikan keli tengah berenang- renang dalam kuali

Cara-caranya
1 - Kisar cili merah,kunyit hidup bersama air
2 - Masukkan ke dalam periuk bahan yang dikisar,serai yang diketuk dan tempoyak.Kacau sehingga mendidih.
3 - Masukkan timun dan ikan keli.
4 - Tambah gula dan garam.Tutup api sedia dihidang.

3 ekor rasa tak cukup pula

Saturday, 21 May 2016

Sambal Terung Mama

Parking dulu. Memandangkan encik suami suka sambal terung daripada resepi mama, maka bermulalah rancangan menceduk ilmu mengikat perut suami daripada mak mertuaku. Nanti dapat request order daripada encik suami, boleh intai-intai blog ni je. Ambo ni kuat lupa..



 Bahan-Bahan

* 2 biji terung
 *4 ulas bawang putih
* 10 cili kering
* 2 biji cili merah
* 1/2 biji bawang besar
* segenggam ikan bilis
* 1/2 sudu serbuk kunyit
* minyak
* gula
* garam

Cara-cara
1 - Belah terung dan potong dalam 1 inci
2 - Gaul terung dengan serbuk kunyit dan garam ,kemudian gorengkan sedikit garing, tetapi jangan sampai terung menjadi lembik.Sementara minyak masih panas ,gorengkan ikan bilis.
3 - Tumbuk atau kisar cili kering,cili merah, bawang putih dan bawang besar holland.
     method : Blend cili kering,cili merah dan bawang putih separuh lumat. separuh lagi tumbuk kasar.
4 - Tumis bahan tumbuk & kisar sehingga pecah minyak.
5 - Hiris bawang besar dan masukkan dalam bahan tumis yang pecah minyak tadi sehingga kelihatan layu.
6 - Masukkan terung dan ikan bilis.
7 - Sedia untuk di ngap. hmm..dap..dap..dap



Friday, 20 May 2016

Kari Udang




Bahan-bahan

* 1 biji cili merah
* 1 sudu serbuk cili
* 2 sudu serbuk kari
* 2 sudu santan
* 2 ulas bawang merah (tumbuk)
* 3 ulas bawang putih (tumbuk)
* Daun kari
* kacang panjang
* garam
* gula
* 1 cawan air
* minyak

Cara-cara
1 - Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga terbit bau..jangan sampai jiran tetangga bau pula.itu namanya hangit..
2 - Masukkan daun kari.
3 - Satukan serbuk kari,serbuk cili dengan sedikit air.jadikan sebagai pes kemudian masukkan kedalam kuali tadi
4 - Masukkan udang,air,santan dan kacang panjang.
5 - Perisakan dengan garam dan sedikit gula.Rasanya gula tak perlu sangat kerana rasa manis dari udang itu sendiri.

Thursday, 19 May 2016

Pucuk Paku Goreng



Jom memucuk paku. Kalau dekat mall susah beno nak cari pucuk paku ni. Di pasar malam juga baru nampak batangnya. Alang- alang peti dah penuh dengan stok sayur ni, seronok la juga. tapi kadang pening nak fikir nak masak apa ye, macam mana ye.

pucuk paku goreng bersotong
Bahan-bahan
* 1 ulas bawang putih (hiris)
* 2 biji cili padi (ketuk)
* 2 ulas bawang merah (hiris)
* 3 ekor sotong
* air
* minyak
* Perencah Hilal

Cara-cara
1 - Tumis bawang merah dan bawang putih.
2 - masukkan cili padi dan sedikit air.
3 - Masukkan sotong dan biarkan sotong masak
4 - Masukkan perencah dan garam.
5 - Akhir sekali masukkan pucuk paku sehingga kelihatan layu dan boleh la tutup api.

Thursday, 12 May 2016

Popia Goreng


Popiah datang lagi..Sangat mudah, simple,sedap dan bajet.hehehe.Makan banyak pun terasa sedikit.
Bahan-bahan inti popia


Bahan-bahan 
* kulit popia
* 2 ulas bawang merah (hiris)
* 1 biji lada merah dicincang(nak pedas tambah banyak)
* 2 ketul Isi ayam (potong dadu)
* segenggam taugeh
* sebiji lobak merah (hiris halus)
* 4 helai daun kubis (hiris halus)
* perasa Hilal
* garam
* air
* telur putih

#nak lagi banyak inti,tambah la kuantiti sayur.

Cara-caranya
1 - Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan cili merah yang telah dipotong sehingga naik bau.
2 - Masukkan air,perencah/perasa,garam dan ayam.Biarkan sehingga ayam masak.
3 - Masukkan lobak dan kubis,kacau sehingga layu kemudian masukkan taugeh.
4 - Tutup api dan tapis.Tunggu sejuk sedikit barulah boleh menggulungnya..


 
Da siap inti nya

Cara menggulung popia



Jom menggulung popia..boleh ikut step by step.Untuk lekatkan hujungnya, sapukan putih telur

Untuk sos nya boleh rujuk sini ye.
Sos Pencicah Homemade by Nay

Sarapan - Kebab Roti Gardenia Homemade

Biarlah buruk dipandangan mata namun dimulut mengunyah jua ..ewahh..haha

Perghh...terangkat..resepi nak kata simple,tak de la simple sangat..Memandangkan bahan perapan sate ada yang lebih,marilah kita mengoterkan aka mengadjustkan dia menjadi kebab yang super yummy .. sebijik rasa pasar malam..eh..pasar malam ada rasa ke?heeee...Asalnya resepi ni timbul masa tengah makan kebab pasar malam,inti dia seakan rasa sate. Maka,terbitlah sebuah resepi yang di derhakakan daripada resepi sate yang dicilok dari mak..ngee..

Bahan A (sangai &kisar halus)
* 2 sudu besar Jintan manis 
* 2 sudu Jintan kasar 
*1 sudu besar Ketumbar 

Bahan B (kisar)
* 3 ulas Bawang merah 
* 2 ulas Bawang putih 
* 1 batang Serai 
* 1 inci Kunyit hidup 

Isi ayam dipotong dadu
* 1 sudu besar Serbuk cili
* 1 sudu besar Serbuk kari
* 1 biji Bawang holland
* 5 sudu besar Minyak
Garam & Gula

Roti sandwich
Planta
Timun 
Sos cili 
Mayonis

Cara-cara
1 - Sangai & kisar kering bahan A sampai halus
2 - Kisar bahan B
3 - Satukan bahan A & Bahan B bersama isi ayam yang dipotong dadu..Tambah sedikit gula dan garam.Perap 20 minit
4 - Panaskan minyak,tumis bawang holland yang dipotong dadu sampai layu
5 - Masukkan isi ayam yg diperap tadi,serbuk kari dan serbuk cili.Masak sehingga ayam masak.Kalau terlalu kering,tambahkan sedikit air.Sesuaikan rasa tambah garam & gula.Biarkan seketika.
6 - Parut timun secara memanjang dan kemudian gaulkan bersama inti ayam,sos cili dan mayonis.Ikut citarasa sendiri nk letak banyak mana,sebab ada orang suka sos banyak,ada yang suka sos sedikit.haaa..cenggitu.

7 - Sapukan planta pada roti ,bakar di atas kuali non stick.

8- Bila nak makan,bolehla masukkan inti kebab tadi.

Psstt..tak payah susah-susah pergi pasar malam.Homemade kan hadoooo


Friday, 6 May 2016

Sarapan - Bihun Goreng Putih


 Ni antara resepi kegemaran encik suami..Mudah dan cepat je nak masaknya..

Bahan-bahan
*Bihun (rendam semalaman/rendam air panas)
*Isi ayam
*3 ulas Bawang putih (tumbuk)
*Carrot & sawi
*2 biji cili padi (belah dua)
*1 sudu besar serbuk lada hitam
*Garam
*Perasa Hilal
*Serbuk lada putih
*1 biji telur
*Sosej ayam (optional,xletak pun takpe)

Cara-cara
1- Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga terbit bau
2 - Masukkan isi ayam,air,lada hitam,cili padi,carrot,sosej, serbuk perasa dan garam.Biarkan sehingga ayam masak
3 - Masukkan bihun dan gaul sehingga sebati.
4 - Pecahkan telur ditengah2 bihun dan biarkan setengah masak baru boleh digaul bersama bihun.Nak masukkan bersama isi ayam tadi pun boleh.
5 - Akhir sekali tabur sedikit serbuk lada putih









Sayur Goreng Simple

Sayur..hmm..Ni tahap malas nak fikir nak masak sayur macam mana dah.

Bahan-bahan
* 2 Ulas bawang merah (hiris)
* 1 biji cili merah (hiris )
* Sawi
* Segenggam taugeh
* 2 batang fishcake
* Serbuk lada putih
* Garam
* Air

Cara-cara
1 - Panaskan minyak dan tumis bawang merah.
2 - Masukkan fishcake dan cili merah
3 - Masukkan sedikit air dan sawi serta taugeh..Masak sehingga sayur layu.
4 - Perisakan garam dan bahan perasa.Kemudian tabur lada sulah aka serbuk lada putih.

5 - Sedia untuk dihidang.Allahummaa baariklana fiima rozaktana waqina a'zabannar..aaminn.Jangan lupa baca Bismillah

Masih di dalam kuali..hehe



Sedia di hidang..wallaa..

Wednesday, 4 May 2016

Kentang bertelur Cili Padi

Kentang bertelur Cili Padi

Haa..ini bukannya main-main..ini betul-betul...biasanya kita dengar ayam bertelur..ini kentang bertelur pulak..haha..resepinya begini



Bahan-bahan

*3 biji kentang
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 sudu besar biji sawi
*5 biji cili padi
*2 biji telur ayam
*Daun kari
*Minyak masak
*Serbuk perasa
*Garam & Gula

Cara-caranya
0 - Potong kecil ubi kentang,kemudian goreng sehingga masak dan ketepikan..Nak rebus pun boleh juga ye.
1 - Cincang halus cili padi
2 - Kisar bawang putih & bawang merah
3 - Panaskan minyak,masukkan biji sawi dan bahan kisar serta daun kari.
4 - Setelah bawang kisar agak masak,masukkan cili padi.
5 - Masukkan air sedikit supaya bahan tumis tidak terlalu garing..Masukkan perasa,garam dan gula..Saya guna perasa Hilal je..Produk muslim gitu.
6 - Masukkan telur - telur..Biarkan seketika dan kacau sebati.
7 - Akhir sekali,masukkan ubi kentang yang dah digoreng tadi


This is perencah Hilal


Tuesday, 3 May 2016

Ubi kayu sira

Sira ubi kayu ke ubi kayu sira?haa..ikut lah..This is my favourite,Simple and yummy..Balik perak hari buruh baru-baru ni,mama ada beri ubi kayu.Mana tak peningnya,tak tahu nak masak apa,rebus je pun bosan juga,tambah-tambah si encik suami memang jenis kurang makan ubi ubian ni..Ke perut iniiiiiii juga masuknya.Sebelum masuk angin,jom kita belasah ubi kayu ini cukup-cukup.

Bahan-bahan
Ubi kayu
Gula kerek/ gula nise
Air
Daun pandan

Cara-cara
1 - Potong ubi kayu bentuk dau supaya mudah nak makan nanti.
2 - Rebus ubi kayu sampai empuk.
3 - Bila dah empuk,buang sedikit air.Tinggalkan sama aras dengan ubi sahaja.
4 - Masukkan daun pandan dan gula kerek yg telah dipecah-pecahkan supaya mudah cair
5 - Kacau sehingga kuah sedikit pekat dan mencapai kelikatan yang diinginkan.hehe.

6 - Sedia masuk ke dalam perut.Bismillah

Sira ubi kayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...