Haa..ini bukannya main-main..ini betul-betul...biasanya kita
dengar ayam bertelur..ini kentang bertelur
pulak..haha..resepinya begini
Bahan-bahan
*3 biji kentang
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 sudu besar biji sawi
*5 biji cili padi
*2 biji telur ayam
*Daun kari
*Minyak masak
*Serbuk perasa
*Garam & Gula
Cara-caranya
0 - Potong kecil ubi kentang,kemudian goreng sehingga masak
dan ketepikan..Nak rebus pun boleh juga ye.
1 - Cincang halus cili padi
2 - Kisar bawang putih & bawang merah
3 - Panaskan minyak,masukkan biji sawi dan bahan kisar serta
daun kari.
4 - Setelah bawang kisar agak masak,masukkan cili padi.
5 - Masukkan air sedikit supaya bahan tumis tidak terlalu
garing..Masukkan perasa,garam dan gula..Saya guna perasa
Hilal je..Produk muslim gitu.
6 - Masukkan telur - telur..Biarkan seketika dan kacau
sebati.
7 - Akhir sekali,masukkan ubi kentang yang dah digoreng tadi
This is perencah Hilal
No comments:
Post a Comment