Pagi-pagi asyik beroti je,kadang bosan juga. Alhamdulillah,
Pagi ni nampak si kecil tu tengah tidur lagi ,laju je
keluarkan bahan-bahan nak masak mee ni.mood tengah rajin
datang walaupun lepas solat subuh tadi mengantuk sangat.Al
maklum la dah masuk 6 7 bulan ni dah banyak nak bermain.
Bahan-bahan
* 3 ulas bawang putih (ketuk)
* 1 sudu udang kering (tumbuk lumat)
* 1 sudu besar cili kisar
* 2 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos tomato
* 3 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang fish cake
* 4 ekor udang
* 3 ekor sotong
* 1 biji telur
* 1 keping isi ayam
* 1 genggam taugeh
* 1 genggam sawi
Cara-cara :
1 - Panaskan minyak,tumis bawang putih yang telah diketuk
sehingga sedikit garing dan udang kering.
2 - Masukkan cili kisar sehingga garing dan masukkan isi
ayam, udang, sotong, fish cake.
3 - Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan kicap
manis.
4 - Masukkan telur dan kacau.
5 - Masukkan semua sayur mayur.
6 - Tambahkan sedikit garam.Biasanya saya tak letak sebab
semua sos -sos tadi dah ada rasa..
No comments:
Post a Comment