Popiah datang lagi..Sangat mudah, simple,sedap dan bajet.hehehe.Makan banyak pun terasa sedikit.
Bahan-bahan inti popia |
Bahan-bahan
* kulit popia
* 2 ulas bawang merah (hiris)
* 1 biji lada merah dicincang(nak pedas tambah banyak)
* 2 ketul Isi ayam (potong dadu)
* segenggam taugeh
* sebiji lobak merah (hiris halus)
* 4 helai daun kubis (hiris halus)
* perasa Hilal
* garam
* air
* telur putih
#nak lagi banyak inti,tambah la kuantiti sayur.
Cara-caranya
1 - Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan cili merah
yang telah dipotong sehingga naik bau.
2 - Masukkan air,perencah/perasa,garam dan ayam.Biarkan
sehingga ayam masak.
3 - Masukkan lobak dan kubis,kacau sehingga layu kemudian
masukkan taugeh.
4 - Tutup api dan tapis.Tunggu sejuk sedikit barulah boleh
menggulungnya..
Da siap inti nya |
Cara menggulung popia |
Jom menggulung popia..boleh ikut step by step.Untuk lekatkan hujungnya, sapukan putih telur
Untuk sos nya boleh rujuk sini ye.
Sos Pencicah Homemade by Nay |
No comments:
Post a Comment