Monday 23 May 2011

malu


Seorang anak sedang bingung memikirkan bagaimana untuk ke tempat kerjanya…lalu beliau menelefon ibunya.

Anak: assaalamualaikum mak ,macamana ni??saya nak pergi kat tempat kerja nanti nak pergi dengan apa?motor pun takde..saya ada duit lebih nak beli moto..cukuup untuk bayar pendahuluan dahulu..
Mak: tengok lah dulu…abah dah cakap kat tok ayah (datuk) nak pinjam motor Kriss dia..x tahu la tu…tengok keadaan..
Anak:alaa….xnak menyusahkan sedara mara kena pi hantar dan ambik dari tempat kerja..lagipun saya dah ada lesen motor dan kereta.boleh la biasakan diri bawak kenderaan kat atas jalan raya
Mak: ayah ngah(bapa saudara) ada Tanya pasal kereta……..

Si ibu tidak sempat menghabiskan ayatnya lalu si anak mencelah
Anak: hah! Kereta…yeayyyy……

Mak: kereta sewa tu memang khas ambik orang untuk ke pejabat kat bandar tanah merah tu…
Anak: laa….ingat kan nak beli kereta  second hand (T_T)…

Moral value from that story is JANGAN LA MENCELAH AYAT ORANG…TAMBAH-TAMBAH SEORANG IBU….

Wednesday 11 May 2011

Tanda Akhir Zaman


MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". 


H.R.Termizi 

Keterangan 
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. 

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat. 


hmm...betul kan??? masa sekarang ni cepat sangat berlalu sampai tak sedar apa yang kita lakukan dalam hidup ni.. Dosa makin bertambah-tambah....yang sengaja buat tu dah bertimbun,tambah dengan dosa yang tak disengajakan lagi..Amalan semakin bertambah ke semakin  berkurang...Cuba tanya diri, cukup ke dengan amalan yang kita buat selama ini untuk pergi menghadap Allah??? Rasa-rasanya tak seimbang dengan dosa dengan pahala yang kita lakukan sepanjang hidup kita kalau kita timbang-timbang,,,bermula daripada waktu baligh sampai sekarang...mesti sebelah dosa lebih berat berbanding dengan pahala..huhu

Dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".
So,bermula dari sekarang ...ayuh kita bersihkan diri (mandi)..bersihkan jiwa (berwudhuk) dan bersihkan hati (bertaubat) dengan memohon kepada Allah semoga mengampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan...
Di sini saya sertakan sedikit tentang syarat-syarat Taubat Nasuha

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syarat-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
  4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu especially to My Mother

Selamat hari Ibu kepada semua golongan ibu-ibu...ataupun bakal ibu-ibu
Jasa seorang ibu sangatlah besar dan tidak terbalas oleh seorang anak.Jadilah seorang anak yang dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.. Seorang ibu menjaga,menyusui,mendidik sehingga menjadi seorang anak yang berjaya.amat besar jika dibandingkan dengan seorang anak menjaga seorang ibu semasa ibunya sakit.....

kepada Ibu saya ....Jawahir Binti Ali....terima kasih di atas didikan yang mak berikan pada saya..walaupun kadang-kadang dirotan, itu kerana atas kedegilan anakanda....InsyaAllah anakanda akan berusaha menjadi anak yang baik di dunia dan akhirat..yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa..
 
Teringat pulak kat arwah nenek....moktok.....untuk abah..semoga abah tabah di atas pemergian moktok...
bila teringat arwah moktok,selalu je nk mengalirkan air mata....

Pagi hari saya tahu mok tok dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...kul 4 pagi adik saya hantar mesej bagitahu,arwah moktok dah takde...mengalir terus air mata..mana taknya,da lama tak menjenguk..maklumlah paling jauh dari keluarga..di Perlis...terus saya bangun bacakan Yassin,air mata tak henti-henti.tak sabar nak balik tengok walaupun hanya sekujur badan yang kaku,Pagi tu,saya ada kelas untuk kursus...tak tahu nak pergi yang mana satu,saya pun pergi la kelas memandu tu,kelas tak start lagi,saya bagitau cikgu,Cikgu cakap balik la.....tak boleh tak balik...dari IKMP tu,terus saya pergi kangar,cari tiket bas.balik pun sehelai sepinggan...Ujian Allah pula datang,bateri telefon bimbit habis,nasib baik sempat salin nombor telefon kaklong kat kertas...mak telefon cakap nak kebumikan lepas zohor.tapi saya sampai dekat-dekat nak masuk asar......tu pun jenazah dah dikebumikan..sangat-sangat sedih sebab tak dapat cium jenazah moktok..hanya Allah saja yang tahu..saya sayang arwah moktok,tapi saya tak tahu nak tunjukkan...kalau masa kecil-kecil dulu,selalu gaduh dengan adik-adik,pastu abah pun rotan la sebab marah...pastu,moktok yang marah abah semula ,bukan marah-marah,lebih kurang macam tegur la.masa saya dilahirkan,moktok la jadi bidan,sebab moktok memang terkenal sebagai bidan kat kawasan Tanah Merah ni
.kalau dulu-dulu.time cuti sekolah moktok bawak saya pergi umah orang yang panggil dia untuk sambut bayi...lepas tu moktok bagi upah,cucu-cucu dia yang lain mana pernah macam tu...sume duduk umah masing-masing..jarang datang jenguk moktok.....kesian kadang-kadang tengok moktok ngan tok ayah....sekarang moktok dah tiada...tinggal tok ayah sorang-sorang bila mak suti ngan paksu hanif pergi sekolah mengajar...
sekarang dengar-dengar tok ayah nak cari isteri lain,semoga tok ayah jumpa nenek baru yang dapat menjaga makan minum tok ayah....

Monday 2 May 2011

assalamualaikum

alhamdulillah..tercapai jugak akhirnya menyiapkan blog..
walaupun masih merangkak-rangkak...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...