Saturday 10 November 2012

Officially Graduated...MASA UNTUK MENGEJAR KERJA

Assalamualaikum...
oooo..Alhamdulillah..Praise to Allah..Now, i officially graduted as biomedical electronic engineer..

Di zaman dahulu..tahun 1

I got this

Also this

beli tapi tak pakai..takuttt..

THANKS TO MY DAD AND MY MOM..I LOVE YOU..

Langit tak selalu cerah

baru ku kenal ini rupenya pokok hujan..taken at my grandparent's house

Hidup tak selalunya indah kerana langit tak selalunya cerah. Kita ini hanya manusia yang serba kekurangan,yang hanya mampu merancang dan selebihnya Allah yang akan tentukan.Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita menyalahkan takdir andai apa yang kita rancang tak menjadi. PEganglah, yang sebenarnya apa yang di kurniakan Allah kepada kita walaupun kita tak suka, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita, kita je yang tak sedar. kita hanya perlu terima dengan penuh keredhaan.

Sebagaimana Firman Allah "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." ----> Surah. Al Baqarah:216
Apapun segala serahkan pada Allah, banyakkan berdoa kerana sesungguhnya Doa adalah senjata bagi orang mukmin.  

Firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
dan ketahuilah sesungguhnya Allah itu maha mendengar.
::Saya dah letih untuk perbetulkan keadaan (T_T)::

Sunday 14 October 2012

It's me?



ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
 
:: Copypastefromunknown::

Friday 18 May 2012

suka !

Mak dan abah pesan -- (^_^)

- jangan cakap kasar2 , bahasa buruk2 dengan lelaki"

- mak tanya lagi .kenapa nak suka kat orang yang tak suka kat kita?? jawapannya...haha je..padahal dalam hati "kerana agama dalam dirinya" 

suka gambar ini...first time lukis ...hmmm..boleh tahan la..hahak~



Ketika kamu mencintai orang yang mampu mengubah kamu untuk kebaikan, Cintailah dia. Ketika dia menolak cintamu, lepaskanlah dia akan tetapi kekalkanlah kebaikan, agar Allah mempertemukan orang lebih baik buatmu...
 



Saturday 14 April 2012

Syukur

alhamdulillah..


syukur..

terima kasih  ya Allah..

dengan kesibukan menyiapkan FYP....
 membuatkan aku lupa pada keinginanku 
yang aku belum mampu unuk laksanakan
ujian yang datang bertimpa-timpa..mampu aku harungi 
dengan izinMU..

syukur Alhamdulillah 

Wednesday 21 March 2012

Perasaan itu kembali

perasaan apa ya?
ntah la...
kosong...sepi..

mungkin semakin jauh dengan Allah...terlalu meNgejar dunia...
Cinta dunia,
cinta manusia,
cinta Harta,

Cukuplah nadirah!

Sunday 15 January 2012

Saya mesti..harus ------> 2012 menjelma

Saya 'kerek' kerana ingin menjaga iman di hati,
Saya 'diam' kerana saya takut mungkir janji..
Saya 'takut' kerana bimbang tersungkur andai itu takdir untukku.
Saya  'redha'  andai dia bukan milikku..
Saya 'kuat' kerana saya tahu itu adalah ujian dariNya..

mode: Ya Allah tempatkan nenekku di kalangan hambaMu yang soleh...da 2 tahun nenek tiada..tidak sempat memohon ampun dosa-dosa yg ku lakukan padanya,tidak sempat mohon halalkan makan minumku...Maafkan cucumu yang sering mengabaikanmu yang sering keseorangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...