Sunday 6 November 2016

Ayam goreng ala ala KFC tanpa telur

RESEPI AYAM GORENG KFC
RANGUP TANPA TELUR


Alamak! Stok telur dalam rumah dah habis la...tekak pulak nak makan ayam celup tepung ala kfc ...Nak beli jauh sekali kedainya..Resepi ni boleh guna juga Jika salah seorang daripada keluarga anda mempunyai alahan telur, anda tidak perlulah bersedih. Ini ada satu resepi yang boleh anda sediakan, ayam goreng KFC rangup tanpa telur dengan bantuan resepi mudah ini.

Bahan yang diperlukan :

* 1/2 kg ayam, cuci bersih dan dipotong sesuai selera
* garam secukup rasa
* lada secukupnya
* 2 ulas bawang putih dicincang
* 1 cawan tepung serba guna
* 3 sudu besar tepung beras
* minyak untuk menggoreng ayam

Cara menyediakan ayam goreng KFC rangup tanpa telur :

1 - Lumur potongan ayam dengan garam, bawang putih dan lada.Simpan potongan ayam yang sudah dilumuri dalam peti ais sekitar 30 minit.
2 - Campurkan tepung serba guna, tepung beras, garam dan lada sampai rata.
3 - Keluarkan ayam dari peti ais kemudian masukkan potongan ayam ke dalam campuran tepung, digaul bersama. 
4 - Kemudian ayam dicelup ke dalam air sejuk, setelah itu masukkan kembali ke dalam campuran tepung.
5 - Goreng ayam dalam kuali deep fry dengan api kecil hingga masak dan keperangn
6 - Angkat dan tapis untuk buang minyak.
Ayam goreng KFC tanpa telur siap disajikan selagi hangat.

Selamat Mencuba ya!!!



Ni pula resepi ayam goreng ala kfc guna telur..choose your own way 

Bahan Perap Ayam
 
* 1 ekor ayam - dipotong mengikut selera
* 8 ulas bawang putih - ditumbuk
* 2 sudu teh garam
* 2 sudu serbuk kari ayam
* 3 - 5 sudu besar serbuk cili
* secubit perasa yang dibenarkan
* secubit bikarbonat of soda
* sedikit air
Bahan Salut Tepung Ayam
* 3 cawan tepung jagung
* 1 sudu serbuk cili
* 1 biji telur - pukul telur secara berasingan
* 1/2 cawan tepung gandum
* secubit bikarbonat of soda
* garam secukup rasa

Cara Penyediaan
Resepi Ayam Goreng KFC 

#1: perap ayam dengan bahan perap tadi selama  lebih kurang 1 jam. kemudian semua bahan salut tepung ayam di gaul rata hingga ramuan tepung sebati. selepas tu pukul telur dan golekan ayam dengan telur.

#2: selepas ayam di golekan dengan telur letak ayam ke dalam bahan salut tepung ayam tadi dan diletakan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan hingga sebati.

#3: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang dah di salut tadi hingga tenggelam dan bila warna ayam sudah keemasan. angkat dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...