Tuesday 10 February 2015

Cucur Kangkung aka Jejemput kangkung





Resepi cucur kangkung ni buat sarapan pagi aka breakfast pun sedap. Memandangkan dah bosan makan roti di pagi hari.hehe

Bahan-Bahan

2 cawan gandum
Segenggam ikan bilis
5 ekor udang kecil.(dipotong halus)
beberapa ketul isi ayam.(dipotong halus/dicincang)
1/2 biji bawang Holland (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dipotong dadu)
Sedikit sayur kangkung (dipotong kecil-kecil)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur (tak nak letak pun ok je) nak lembutkan tekstur je
sedikit garam
sedikit air

Cara-Cara

1- Ikan bilis dibuang kepala dan dibasuh.Kemudian ,asingkan udang dari kulitnya dan potong kecil-kecil.
2- Tepung gandum digaul bersama sedikit garam dan baking powder.
3- Campurkan ikan bilis,udang,ayam yang telah dipotong bersama cili merah ,kangkung dan bawang holland. Gaul biar semuanya bercampur
4- Gabungkan kesemuanya dan tambahkan telur.
5- Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran tu sebati dan gaulkan.Jangan terlalu banyak air dan jangan terlalu kurang. Yang sedang-sedang saja..hehe.bajet-bajet la ye.
6- Goreng di dalam minyak yang panas.

Cucur kangkung tak berapa nak boolat (^_^)

Tuesday 3 February 2015

Adab makan cara Rasulullah S.A.W





Perkongsian isi ceramah dari Ustaz Yusuf Awang di Masjid Batu 3 Februari 2015

Ulasan dari kitab Asy Syamail Al-Muhammadiyah 


1- Dimulakan dengan Bismillah.

2- Membaca Doa makan

3- Makan dengan tangan Kanan

4- Makan buah-buahan dahulu.

5- Mencelupkan jari kelingking ke dalam garam

6- Memulakan makan dari tepi iaitu yang hampir,kemudian tengah kerana ditengah-tengahnya ada keberkatan.

7- Kunyahan banyak kali.

8- Rasulullah tidak pernah mencela makanan sama sekali.Kalau baginda suka baginda makan,jika baginda tidak suka,baginda meninggalkan makanan tersebut. Tetapi pujilah makanan. Makanan itu rezeki daripada Allah dan rezeki daripada Allah semuanya baik-baik.Tidak ada rezeki dari Allah yang tidak baik.

9- Jangan makan sambil bersandar kerana ini merupakan ciri orang-orang yang sombong. Bersandar samaada tangan ataupun bersandar badan.

10- Makanan yang terjatuh,kutip dan makanlah, jika makanan tersebut telah kotor maka buanglah. Bimbang membawa mudharat

11- Menjilat jari dengan mendahulukan jari yang panjang. Utamakan 3 jari iaitu jari tengah,telunjuk dan ibu jari kemudian jari manis dan jari kelingking.

12- Berdoa selepas makan.

13- Bagi menghormati rezeki, duduk dahulu barulah makanan dihidang, Setelah selesai, angkat pinggan dahulu kemudian baru bangun.

14- Rasulullah sering makan secara berjemaah.

15- Minum air- Lebih afdal minum secara duduk kecuali air zam zam




Monday 2 February 2015

Al-Quran kalamullah



Adab Membaca Al-Quran

Apabila kamu membaca al-quran, rasakanlah bahawa ia kata-kata Allah kepadamu. Subhanallah,setiap orang pasti mendapati sesuatu dari Al-Quran. Seseorang memahami dan menghayati perkara-perkara di dalam al-quran berlainan dengan orang lain kerana ini merupakan perkataan Allah kepada setiap ciptaanNya. Setiap individu pasti mendapati perkara yang berbeza antara satu sama lain apabila membaca Al-Quran. Ummu Salamah telah berkata bahawa bacaan Rasulullah ialah bacaan yang paling baik huruf demi huruf. Setiap huruf diberikan haknya. Ada individu yang membaca Al-Quran secara tergesa-gesa .Kadang-kadang huruf dimasukkan ke dalam yang lain. Namun ,kamu mestilah membaca Quran agar orang lain mampu mengulang bersamamu. Bacaan Rasulullah SAW disempurnakan bacaan panjangnya. Para sahabat telah berkata , Apabila baginda membaca bismillahirrahmanirrahim, Baginda memanjangkan pada kalimah Allaah, Ar-rahmaan,Ar-Rahiiim. Setiap mad diberikan haknya.

Baginda membacanya seperti yang diperintahkan Allah,

 “Dan bacalah Al-Quran secara tartil (bertajwid)”,Al-Muzammil: 4).

Baginda SAW membaca suatu surah dengan penuh tartil sehinggakan ia lebih panjang dari surah berikutnya ketika membacanya dengan penuh tartil dan tajwid.

Seorang sahabat, Abdullah bin Mughaffal telah melihat Nabi SAW di dalam pemandangan yang  sangat indah. Baginda sedang menunggang untanya, dan membaca surah al-Fath dengan suara dan bacaan yang lembut dan berulang-ulang.Iaitu baginda membaca Quran secara tartil dan berulang-ulang. Ini dinamakan mengulang,iaituBaginda SAW membaca dengan penuh penghayatan, dan ini berlaku semasa Baginda sedang duduk di atas untanya semasa di dalam perjalanan.
Hari ini,kita boleh membaca Al-Quran di dalam kenderaan ,sambil berjalan,dan dalam setiap keadaan. Namun yang terbaik adalah semasa kita dalam

  1. Keadaan yang suci (berwudhuk)
  2.  Menggunakan siwak (kayu sugi) untuk membersihkan mulut sebelum membaca Al-Quran,
  3.  Menghadap kiblat,
  4.  Memakai baju yang bersih,
  5.  Bau wangi, dan
  6.  Tempat yang bersih,
  7.  Juga membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan penghayatan (menangis /buat-buat menangis)


Kerana Nabi SAW bersabda , “Quran ini diturunkan dengan penuh kesedihan, semasa kamu membaca Al-Quran, menangislah, namun jika engkau tidak mampu, buat-buatlah menangis iaitu engkau menghayati makna dengan penuh khusyuk. Dan engkau sekarang sedang mendengar perkataan Allah SWT.

Baginda SAW solat pada waktu malam dan membukanya dengan surah Al-Baqarah. Apabila sampai pada ayat rahmat ,maka Baginda memohonnya kepada Allah. Apabila sampai kepada ayat yang mengandungi azab,keagungan Allah, Baginda memohon perlindungan Allah. Apabila sampai pada ayat tasbih, Baginda akan bertasbih kepada Allah. 

Ketika Baginda membaca
“Sucikanlah nama Tuhanmu yang maha tinggi”, maksudnya , Allah sedang meminta kita bertasbih ,ianya suatu perintah.

Ketika Baginda membaca ,

Maksudnya “Bukankah Allah sebaik-baik yang menghakimi? Baginda berkata, “Bahkan ,dan Aku antara yang menyaksikannya”. Beginilah keadaan Nabi SAW dengan Al-Quran dan dalam memahami makna-makna kalam Allah SWT.

Nada Ketika membaca Al-Quran

Yang mana lebih baik, membaca Quran secara kuat atau perlahan? Adakalanya nabi SAW membaca al-Quran sehingga kedengaran suaranya sampai ke bilik-bilik di sekitarnya. Adakalanya, baginda membaca secara perlahan. Baginda pernah menyoal Saidina Abu Bakar , “Bagaimana kamu membaca  Quran?” Maka jawabnya, “Aku membaca dengan perlahan kerana merasakan Allah dekat denganku”  Baginda bertanya Umar pula, Jawabnya , “Adapun aku lebih suka membaca secara kuat sehingga dapat membangunkan orang yang tidur dan menghalau syaitan” . Maka bagi setiap individu , membaca al-Quran hendaklah mengikut keadaan dan tempat. Membaca Al-Quran boleh secara kuat/nyaring, perlahan atau dengan suara yang halus.

Al-Quran merupakan Nur dari Allah, membacanya dapat melapangkan jiwa, padanya ada penyembuhan, pelepasan dari kesusahan,membacanya dapat membaiki keadaan, dapat menghalau syaitan dan ruqyah.

Cara Untuk Khatam Membaca Al-Quran 

Jika kamu membaca Al-Quran,maka luaskanlah niatmu, sehingga kamu berhasil mendapat setiap kebaikan dari Al-Quran yang agung ini. Baginda SAW mempunyai hizib dari Al-Quran, dan wirid harian dari Quran iaitu Baginda membaca bahagian-bahagian tertentu dari al-Quran. Baginda mengkhatamkan Quran setiap 3 hari. Begitu juga dengan para sahabat, mereka khatam dalam masa 7 hari dan ini juga amalan ramai para ulama dan orang-orang soleh dalam kalangan ummat ini. Setiap minggu ,mereka membaca (khatam) al-Quran.

“Mereka telah berkata, “Paling sedikit, bacalah sehari satu juzu’ agar engkau dapat khatam sekali dalam sebulan”

Nabi SAW pernah disoal , “Apakah amalan yang paling disukai Allah?” Jawab Baginda “Al-Hal Al-Murtahil?”  Apakah itu Al-Hal Al-Murtahil? Baginda menjawab , “ Orang yang apabila tamat membaca Al-Quran, dia akan terus memulakannya dengan al-Fatihah ” iaitu apabila kamu tamat membaca surah an-Nas, maka serta merta mulakanlah membaca Al-Fatihah,dan dia beginilah halnya secara berterusan ,khatam demi khatam.Maka kamu akan sentiasa memulakan kalam Allah dari permulaan sesudah kamu selesai (khatam).

Ada individu yang merasa susah untuk membaca Al-Quran dengan banyak setiap sehari. Namun apa yang penting ialah permulaannya.Mulakanlah dengan satu mukasurat setiap hari. Kemudian , selepas satu tempoh tambah lagi kepada 2 muka surat, kemudian 3 mukasurat. Apa yang penting kamu membaca Al-Quran setiap hari, sehingga terbentuk suatu hubungan harian antara kamu dan Allah melalui firman-firmanNya. Sesiapa yang hidup dengan sesuatu perkara, dia akan mati dan dibangkitkan dengannya. Jika kamu membaca al-quran dan hidup dengannya, nescaya kamu akan dibangkitkan bersama-sama al-Quran. Ini kerana Quran merupakan cahaya, pemimpin dan  pembimbing manusia ke syurga.

Antara nikmat yang besar yang telah disediakan Allah di syurga,iaitu Allah mengurniakan kita membaca Al-Quran di dalam syurga. Dan diantara nikmat yang besar adalah mendengar bacaan al-Quran  Nabi SAW di dalam syurga .Telah diceritakan bahawa ,orang-orang yang beriman berkumpul di suatu lapangan di dalam syurga, kemudian Nabi SAW membacakan kepada mereka Surah Toha, seperti yang diriwayatkan,maka apakah perkara yang paling baik selain mendengar bacaan surah Toha melalui lisan Toha,nescaya ianya merupakan nikmat yang besar.


Dari  Habib Muhammad Abdurrahman As-Saqqaf dan di terjemahkan oleh Fazzakkir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...