Sunday 24 April 2016

Soalan yang biasa untuk permulaan solid food pada bayi anda


Copy Paste dari group sebelah. My Baby Homemade Solid Food. Bukan apa takut hilang..huhu.Rujukan untuk anak-anak saya nanti
Nama saya Nur Iman Nasuha :-)

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.
8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan? 
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.
14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/
17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.
18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.
19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.
20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.
21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.
22) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
23) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
24) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.
25) Baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..
26) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebmpun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri
27) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.
Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,
28) kentang boleh bagi da kt baby 6m2w?kntg n sweet potato sama ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.
29) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.
Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.
30) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit
31) t0fu tu kal0 dah bukak, mean dah guna separuh lebih nye mmg xleh simpan lebih sehari ye?? sb bile simpan sy tgk kaler bertukar kuning n air dy p0n bertuka kaler
Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.
32) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan
33) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.
34) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas.

Saturday 23 April 2016

Sotong ala Thai

Sotong Ala Thai



* 5 ekor sotong  
* 3 ulas bawang putih-kisar 
* 1/2  labu bawang holland-kisar 
* 3 biji cili padi-kisar 
* 3 sudu besar cili boh/ cili giling 
* 1 sudu makan sos cili 
* 1 sudu makan sos tomato 
* 1 sudu makan pes tomyam 
* 1 sudu makan kicap pekat 
* 1 sudu makan kicap manis 
* Daun kari 
* Garam & gula 


1 - Mula-mula tumis bahan kisar (bawang putih,bawang holland & cili padi) sehingga garing,

2- Kemudian masukkan daun kari dan cili boh kacau sehingga pecah minyak..

3 - Masukkan air sedikit 

4 - Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,kicap pekat,kicap manis.

5 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula..

6 - Masukkan sotong..biarkan sotong masak..Jangan biar terlalu lama.. sebab sotong kalau dimasak terlalu lama akan menjadi liat...

7 - Tutup api..Sedia untuk dihidang..




Sotong ala Thai

Sarapan Simple - Roti Gulung Sosej



Sarapan - Roti Gulung Bersosej





Assalamualaikum...Kali ni nak share resepi roti gulung bersosej yang simple sekali. Nak lagi sedap boleh letakkan cheese .Memandangkan sekarang dah hujung bulan,gaji pun belum masuk.ehh..gaji suami la sebab i olls suri rumah saja.haha.. Simple - simple sudah lah kite bersarapan ye.Simple pun sedap..Alhamdulillah.Bersyukur atas rezeki yang ada.Masih dapat menikmati kepelbagaian makanan-makanan..Jom intai intai resepinya.



Bahan-bahan untuk inti

*1 paket frankfurter /sosej ayam@daging.
*1 paket cheese (saya tak letak)

Bahan-bahan untuk salutan

* Roti sandwich
* Planta /Margerin
* 1 biji Telur ayam
* Serbuk Lada put ih
* Bread crumb (tak letak sbb xde stok )


Cara-caranya


1- Goreng @ rebus dahulu sosej-sosej

2 - Pukul telur didalam pinggan supaya mudah untuk celupkan roti nanti..

3 - Masukkan serbuk lada hitam.Kacau..

4 - Lenyekkan roti supaya tiada ruang2 udara.(saya guna mug je,gelek - gelek atas roti) .Selesai menggelek,sapukan roti dgn planta dan letakkan sekeping cheese kemudian letakkan sosej goreng dihujung roti.Gulungkan ia

5 - Panaskan minyak,bila dah betul2 panas,celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam telur yang dah dikacau.Kemudian celupkan ke dalam bread crumb (kalau ada ye) .Goreng sehingga warna bertukar ala2 perang.

Sedia untuk dihidang kepada cik abang tersayang.. heart emoticon

Sarapan Simple - Roti Gulung Sardin

Sarapan - Roti Gulung Sardin Assalamualaikum.. Ok..hari ni nak kongsikan resepi simple di pagi hari..memandangkan dah bosan tak tahu nak buat sarapan apa untuk dihidangkan kepada suami tercinta..ayuh cuba resepi ini.. Bahan-bahan untuk inti *1 tin kecil sardin dalam tin (mackerel pun boleh,apa2 brand je) *1 ulas bawang merah dicincang halus *1 biji cili merah dicincang halus *1 sudu besar jus limau nipis * secubit garam Bahan-bahan untuk salutan
* Roti sandwich * Planta /Margerin * 1 biji Telur ayam * Serbuk Lada putih
Bahan- Bahan dah siap

Cara-caranya 1-Satukan bahan-bahan untuk membuat inti sardin ni..masukkan sardin,bawang merah dan cili merah yang dicincang,jus limau nipis dan secubit garam..masakkan sekejap di atas api.Dalam 5 minit .Sejukkan seketika.. 2 - Pukul telur didalam pinggan supaya mudah untuk celupkan roti nanti.. 3 - Masukkan serbuk lada hitam.Kacau.. 4 - Lenyekkan roti supaya tiada ruang2 udara.(saya guna mug je,gelek - gelek atas roti) .Selesai menggelek,sapukan roti dgn planta dan masukkan inti sardin.Gulungkan ia 5 - Panaskan minyak,bila dah betul2 panas,celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam telur yang dah dikacau..Goreng sehingga warna bertukar ala2 perang.


Roti Gulung Sardin

Sunday 17 April 2016

Telur dadar ala pelangi

Haaa...lain macam bunyi nya tajuk kali ni..resepi ni reka-reka je..sebab dah bosan makan telur dadar kosong..macam-macam kaler ada dalam telur dadar ni..hijau,ungu,merah,kuning,putih,oren..ala ala rainbow gtu.simpan kat sini la..nanti lupa resepinya nak buat lain kali.jom tengok resepi nya..



Bahan-bahan

* 4 biji telur ayam

* 3 tangkai daun sup (cincang halus)

* 2 ulas bawang merah (hiris)

* 1 biji lobak merah (sagat halus seperti sebatang mancis)

* 1 biji cili merah (cincang halus)

* ikan tenggiri masin (cincang)

* serbuk lada putih

telur yang dah siap dikacau

Cara- caranya


1- Hiris halus bawang merah, daun sup dan cili merah dicincang, sagat @potong lobak merah ala2 bentuk l atau batang mancis gitu..

2- Kemudian satukan semua bahan termasuk lah ikan tenggiri masin tu.

3- Pecahkan telur-telur

4- Akhir sekali masukkan sedikit serbuk lada putih.kacau sehingga semua bahan bercampur sebati..

5- Panaskan minyak sedikit atas kuali non stick..goreng lah seperti telur dadar biasa..walllaaaa...

Telur Goreng Pelangi

#kalau takde ikan masin pun ok je,gantikan dengan garam sedikit..ikan masin tu dah cukup masin..nyum..nyum..


Friday 1 April 2016

Resepi Dalca Ayam Kelantan Style



Ni untuk 4 orang makan.memandangkan iman nasuha belum boleh makan lagi,kami makan berdua je la..tu pun 2kali makan.pagi dan petang.hehe

Bahan-Bahan
* Minyak
*  Bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan pelaga
* 1/2 ekor ayam potong kecil.saya guna tengkuk,kaki & sedikit isi je.
* 3 sudu besar rempah dalca (Kalau takde,guna rempah kari ayam pun ok)
* 3 sudu besar cili giling
* 1/2 labu bawang besar (kisar)
* 3 ulas bawang merah (kisar)
* 2 ulas bawang putih (kisar)
* 1 cm halia (kisar)
* 3 hiris lengkuas (kisar 
* 2 biji terung bulat (belah 6)
* Sedikit kacang panjang (kerat2)
* 2 biji kentang (potong 6)
* 1 biji karot (potong sebesar jari kelingking)
* 2 biji cili merah (patah-patahkan)
* 2 biji cili hijau (belah dua jangan sampai putus)
* 1 cawan santan pekat
* 2 asam keping
* Air
* Garam dan gula/perasa

Cara-Cara


       Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan pelaga, hingga terbit bau.Masukkan bahan kisar tadi, tumis hingga agak garing sedikit.Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes pekat tadi dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan ayam dan gaul bersama rempah hingga sebati .Perlahankan api seketika untuk biarkan ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan.Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan ayam.Biarkan hingga ayam 3/4 empuk.Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya.Masukkan kentang, karot, dan terung.Masak hingga ayam,kentang dan karot betul2 empuk.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.Biarkan selama 1 min.Tutup api dan sedia dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...