Saturday 22 October 2016

Kurma ayam sesedap rasa

Kurma ni sesuai dimakan dengan nasi beriani. Cara nak buatnya agak mudah, sediakan semua barang barang then start cooking.. sedap dan mudah sahaja.. Nasi beriani nanti saya post dalam entri lain ye..nanti panjang pula..hehe



Bahan bahan
* 7 ketul ayam (saya letak kaki & leher )
* 1 biji cili merah
* 5 sudu besar serbuk kurma Baba's + air (pes)
* 4 biji bawang merah (hiris)
* 2 biji bawang putih (hiris)
* 2 inci halia (hiris)
* 2 biji ubi kentang (belah 4)
* 1/2 batang carrot (belah mancis )
* bawang holland (belah 4) #option
* 2 bunga lawang
* 2 buah pelaga
* 2 bunga cengkih
* kulit kayu manis
* 2 sudu teh serbuk kas kas (optional)
* 1 cawan air
* 2 tangkai daun kari
* santan

Cara penyediaan
1 - Panaskan minyak, tumis buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih,dan kulit kayu manis.
2 - Tumis bawang merah,putih,halia,dan daun kari.
3 - Masukkan pes serbuk kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
4 -Masukkan ayam,lobak merah dan ubi kentang, gaulkan rata dan masukkan air sehingga ayam tenggelam. Renehkan.Tutup periuk dan perlahankan api
5 - Setelah ayam masak,masukkan cili merah yang telah dihiris / di belah dua,bawang holland ,serbuk kas kas, gula dan garam
6 - Akhir sekali ,masukkan santan dan kacau sehingga menggelegak dan bolehlah ditutup api..Jangan lupa baca doa..

Tuesday 11 October 2016

Ayam masak kicap - Simple & Sedap

 Harini dah tak tahu nak masak apa..anak tengah meragam..Sebab tu la nak kena makan yang simple simple je..Kang berlaporrr perut tu..yang penting sedap dan tambah nasi dua pinggan..haha

Bahan bahan
* 5 ketul ayam
* 3 ulas bawang merah (hiris)
* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 3 biji cili padi (ketuk)
* 1 biji bawang hollland (hiris membulat)
* 5 sudu besar kicap manis /sukahati nak kuah banyak mana.
* Minyak masak
* garam
* serbuk kunyit

Cara penyediaan
1 - Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng separuh masak.Ketepikan.
2 - Tumis bawang merah ,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3 -Masukkan kicap manis dan setengah cawan air.
4 - Masukkan garam dan jika kurang manis,tambahkan lagi kicap.
5 - Masukkan ayam dan bawang holland dan biarkan sehingga mendidih.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Jangan lupa
baca doa tau...Hmmm..simple dan sedap..


Sunday 9 October 2016

My first baby growth development

Ok Moms! What's your first baby story?! Just copy and paste!

Age I Got Married 👰 : 25
Age I Got Pregnant : 26
Age I Gave Birth 👶: 26
Due Date 📆 : 10/10/2015
Day I Gave Birth 🎂 : 30/09/2015
Date I Gave Birth : 16 Zulhijjah 1437
Pain Relief 💊💉 : -
Time In Labour 🏥 : 12.46pm
Time Born 🏥 : 4.32pm
Natural or C Section 🏥 : Natural
Weight : 3.2 kg
My lovely sweetheart : Nur Iman Nasuha Binti Muhamad Haniff



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...