Monday 7 April 2014

Perigi Mencari Timba (T_T)

Meminang = mengajak seseorang untuk berkahwin..


Kebanyakan pepatah melayu banyak yang tidak boleh di pakai pada akhir zaman ini. Contohnya istilah perigi mencari timba.Tidak salah jika berikhtiar dan berusaha, jika matlamat akhirnya membina keluarga bahagia Sakinah Mawaddah Warahmah. Tidak ada sebarang ketetapan dalam agama dimana seorang perempuan tidak boleh meminang seorang lelaki atau dalam erti kata menyatakan hasrat ingin berkahwin, cuma yang ada hanyalah dari segi ADAT. Dalam islam tiada salahnya jika ingin menjadikan dia sebagai suami kalau dah berkenan. Jika yakin lelaki itu baik akhlaknya.  Cuma beberapa garis panduan yang harus di patuhi.. dipetik daripada program Semanis Kurma- Jodoh Untukku.
Garis Panduan

1- Membuat penyelidikan iaitu latar belakang sama ada bertanya kepada kawan serumah melalui orang tengah.

2- Banyakkan berdoa kepada Allah..
“Andai calon ini terbaik untukku satukanlah hati kami,
Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…”

3- SoIat istikharah ni untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Mintalah panduan sepenuhnya daripada Allah. Tetapi, harus diingat mimpi bukanlah satu perkara utama. Salah satu contoh petunjuk daripada Allah, bila kita teringat seseorang yang buat hati rasa tenang dan lapang, itulah jodoh yang terbaik dan segala urusan dipermudahkan olehNya. Jika sebaliknya, mungkin itu bukan jodoh yang terbaik.

4- Minta mak dan ayah berdoa semoga kita diberikan jodoh yang terbaik, kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana redha Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapanya .

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)


Berdoalah untuk jodoh anda

Di sini di selitkan beberapa doa yang diambil dalam Al-Quran


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al –Qasas : Ayat 24)


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar. (Surah At-Taubah : Ayat 129)



Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".(Al-Anbiya’ : Ayat 89)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan : Ayat 74).

#Psst...Dah pernah merasa macam mana perigi mencari timba..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...