Tuesday 27 September 2011

Ada hikmah...Sesungguhnya Allah maha mengetahui

Alhamdulillah...akhirnya...setelah seminggu lebih aku memeningkan kepala untuk memilih tajuk Final Year Project aka FYP..dapat la jugak...under Dr Shahriman...Timbalan Dekan (HEP dan Alumni) PPK Mekatronik.UniMAP...

Titlenya adalah     
A Fundamental Study Prolonging Vein Graft Survival....

aku bersyukur pada Allah sangat2 sebab Allah dah tunjukkan kenapa aku di reject oleh setengah2 lecturer untuk ambil tajuk di bawah mereka,supaya aku dapat tajuk yang lebih baik.
siapa tak menangis kalau dah meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat tajuk yang diminati.akhirnya kena reject..tapi untuk pujuk hati tu,mengalir air mata aku...

tajuk-tajuk yang kena reject..Takpe la.nak buat macamana..tak ada rezeki.hehe
  1. Rapid Detection Method of Bacteria Species on Diabetic Infected Foot Using E-Nose Technology
  2. Bacteria Classification using Electronic Nose for Diabetic Wound Monitoring
  3. Cardiac Arrhythmia Classification based on ECG signal  
  4. Study on surface characteristics of bone surface after plasma treatment
Sebagai 
hamba Allah, teringat maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat( da lupe) ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Selesai sudah beberapa masalah
  1. Ambik barang-barang di kolej wang ulu
  2. Tajuk FYP
  3. Beli printer \(^_^)/ 
ok la, kena berundur diri dulu...proposal nak kena siapkan...sebagai seorang anggota Suksis yang telah ditauliahkan sebagai inspektor,aku kena disiplinkan diri untuk siapkan projek ni lebih awal mengikut apa yang supervisor aku syorkan... huuuu~


Tuesday 20 September 2011

Nasihat

Imam Hasan al-Basri, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Friday 16 September 2011

Kuatkan aku ya Allah~

Ternyata hidup kolej kat semarak ni tak sebest hidup kat kolej wang ulu,kalau dulu selalu cakap best hidup kat semarak sebab ramai coursemate.tapi bila dah dapat duk,lain plak jadinya.Belum sampai seminggu dah jadi macam ni..entah la kenapa jiwa tak tenteram tinggal kat semarak ni...Sabar je la..setahun je lagi nadirah


Kadang-kadang jiwa terseksa,entah la..mungkin belum dapat adapt dengan situasi...


Kadang-kadang rasa nak menangis sebab rasa bosan dan kesepian..bukan nak kata geng takde..ade sangat...


kadang-kadang rasa nak balik umah, tak nak study dah..tapi fikirkan hutang...kena pulun jugak...


kadang-kadang tengok kawan-kawan dah kawen.jeles pulak...sabor je la.(x sampai seru lagi...hehe)


Rasa  nak lari je dari kolej ni, nak lepak kat library tenang sikit...tapi mesti banyak duit habis..mana taknya...Kangar tu banyak kedai..

Tuesday 13 September 2011

Latihan Industri saya~


Assalamualaikum W.b.T
Rasa-rasanya dah lama tak update blog…maklumla bila dah habis latihan industri (LI) aka praktikal training ni susah tul nak jumpa internet..nak beli broadband.kena bayar berbulan-bulan lagi..bila dah masuk Unimap balik,internet kat kolej kediaman pun ada, kat library pun ada..kat kampus pauh pun ada….mana2 pun ada…
Entri kali ni, nak cerita la pengalaman saya ber’LI’ kat Radicare hospital tanah merah ni. Semua staff  baik-baik semua sampai sehari x pergi kerja sampai dah rindu gelagat diorang yang lucu-lucu tu..
 
Haa…ni dia logo Radicare…tet…cantikkan?kaler hijau my favorite colour…and baju radicare

Tu dia,ada gaya seorang engineer BEMS.Baju die pun kaler hijau(nak ckp yang tu je)..maafkan saya encik sakrinal ye..jadi model untuk entri saya kali ni.Selamat Pengantin Baru juga untuk beliau..



Yang tu baru intro,macam nak wat report lak.sedangkan report betul baru je separuh….hehe
Dimulakan dengan jawatan tertinggi ialah En.Amran aka bos amran…orangnya sangat baik,cakap pun lembut-lembut, tapi saya takut ngan dia sebab dia jawatan bos..huhu..sama la jugak dengan encik Che din. Saya panggil encik din je…susah nk sebut dua kali encik Che..hehe.en Din jarang ada kat situ sbb dia adalah Service Centre Manager, yang jaga 4 buah hospital kuala krai,tanah merah,jeli dan gua musang.

Memperkenalkan my supervisors’ ada dua orang, encik Zulkurnain dan encik Mat Rozi. Jawatan  beliau2 ni adalah junior BME…Dimulakan dengan encik Rozi la dulu..bahagian management, orangnya kuat bekerja sampai pening2 telan panadol..kesian pulak menengoknya,mana taknya bahagian Radibems 2 orang ni je kat hospital tanah merah ni. en rozi pernah kerja kat Dubai…sampai nametag keje pun still pakai yang Dubai punya, ringtone handphone pun lagu Dubai, baju pun baju Dubai..sampaikan saya rasa dah keje macam kat Dubai..hehe…nasib baik cakap Melayu...
Encik zulkurnain  pulak,orangnya agak melucukan.bak kata orang kelate …sumbak parok..hehe..boleh pecah perut agaknya kalu kerja ngan dia bertahun2..tapi kadang2 serius buat kerja sampai x rehat pun ada. En zul ni bila waktu rehat,suka tidur atas lantai pejabat berlapikkan plastic yang boleh tekan2 tu..(X tahu nama saintifiknya apa.) .
bak kata abe lan, “sedak tido atas gotu,mace lembek(tilam) dah”
 selalunya pas solat zohor,bila nak masuk pejabat kalu lampu tu tutup kompen2 encik zul tidur kat dalam tu..kadang2 balik umah jugak. Bila macam tu,kena la lepak kat luar dulu walaupun agak segan.. maklum la sejak dari sekolah ,masuk matrik,masuk unimap…x pernah bergaul dengan orang laki tambah2 ngan budak kelas boleh kira berapa kali bercakap.tapi bila dah masuk u ni, da advance sikit la,tambah2 bila masuk Suksis Unimap (skuad 2008).dah melencong kot lain da.huhu
Hari pertama nak masuk praktikal tu,mak and abah p hantar…macam nak masuk sekolah tadika dulu2 dah..hehe…bukan pe,mak nak tengok macamana suasana tempat kerja saya je..masuk2 je,semua berkumpul,kebetulan lak aduyai..malu giler.da la lewat x jumpa pejabat..mak ngan abah tunggu,ingatkan sekejap je rupanya lama giler..Cian pulak..pas habis je,saya ingatkan mak n abah dah balik,rupanya still waiting for me….Masya Allah.sampai begitu sekali sayangnya kat anak..terharu bangat gue….mula2nya nak keluar dari pejabat tu takut sampai mintak izin ngan en rozi..haha..lawak pulak..nadirah..nadirah…nadirah si budak skema..Then,hari2 lain  bapa saudara dah p hantar…4 orang yang biasanya hantar..nak naik motor, mak abah xharap.jalan busy2..
  •   Abah-time abah balik kampong je
  • Ayah ngah- selalunya ngan motor kalu sempat
  • Ayah wan  aka Duan- ngan kete tapi selalu terlambat….sbb 8.50am kdg2 baru gerak,kereta api lagi,trafik light lagi…mcm2 halangan.
  • Poksu ma aka pokma- ngan moto tapi awal pula..hehe

Minggu2 awal ni,bosan giler maklum la xde kawan, nak nangis pun ada gak,tp malu la da besar2 nak nangis depan orang.nk masuk main office pun x berani ape lagi nak merayau2 sorang….tu yang berkurung je dalam pejabat..tengok gelagat orang2 dr dalam je..maklumla saya ni bukan peramah,orang Tanya sepatah, sepatah la dijawabnya..time makan tengahari,saya bawak bekal..nasi putih ngan lauk ayam masak merah then air masak sebotol..tu je..Beberapa minggu lepas tu, masuk la pula student praktikal dari UTHM namanya Shikin..Dia tak bagi panggil kak shikin walaupun 3 tahun berbeza umur, mulanya agak kekok tak panggil ‘kak’ ,felt like I’m not respect her…pastu aritu tak bawak bekal dah..p rehat ngan dia, beli roti dan air milo,minum kat bangku depan surau..Tu la tempat kitorang…Then p mana2 pun ngan shikin and her motorcycle.
Macam2 equipment yang saya belajar kat u ada depan mata,siap boleh pegang2, bukak2,try2…best..Yang paling best boleh tgk electronic device kat dalam equipment tu…waaa….. (^_^)V

Senarai nama staff radicare,saya listkan..takut lupe…bila baca balik entri ni xde la lupe sangat kot..

            1)      En Amran bin Nawi-Bos
            2)      Kak Rus -Clerk
            3)       kak Ma- Housekeeping supervisor
            4)      Kak emie- asst. housekeeping
            5)      Kak ani dan kak Yah- Data entry operator-
            6)      Encik daud @ en.nik anuar -Storekeeper
            7)      En.Essam- FEMS
            8)      Encik Rozi & Encik Zulkurnain- JBME
            9)      Encik CHE Din- SCM
          10)   Under FEM
            en.Mohd Nor- Chargeman
            en.Rabion
            en.Mohd Nor   
            en.Mohd Zaid (pok Id)
            En.mohd amin-fitter
            Mr.mat shah-electrician
            En.fauzi- handyman 
            Encik supi, dan kak za- porter linen
            Kak aida, en najib(pindah),en helmi(new staff) –portel clinical waste

                  11)      Under Uda daya(Air-cond)
·      Abe lan @ Mr Roslan
·      Abe jebat@ Mr Azuan
·      Abe ju @ Mr Zunaidi
·      Abe sheikh@Mr Rahidi..da pindah da pun
Kejadian2 yang saya tak boleh lupe sbb melucukan

         1)      En zul kenakan saya- masa continue LI selepas balik dr tauliah Suksis,encik zul masuk pejabat dan cakap ahmad roslan aka abe lan panggil…Then tanpa fikir panjang dan perasaan pelik,dengan kalutnya saya pun keluar la, p duk berdiri depan2..cokoh,tanpa bertanya apa2..(tunggu arahan dari dia),tapi peliknya abe lan x ckp ape2 pun…kusyuk je wat keje..nasib baik en fauzi ada,boleh la cover2 sikit..hehe…sembang2 ngan dia…en zul kuar je dari pejabat,baru saya tahu…WA KENA BEB (+_+)’ …
          2)      Keluar je dari main office,masa tu nak pakai kasut,tibe2 ade benda dalam kasut…staff2 ni kenat..nak suh orang terkejut..tapi x terkejut pun..hehe
           3)      Masa tu,duk lepak kat luar sebb bosan berkurung,pastu sapa ntah cakap ada katak dalam tu, encik Zunaidi suh saya lepas,pastu saya balikkan la tong sampah kat situ,tapi dia suh saya buang dalam longkang…baru sedar yang katak tu dah mati da kering pun, tapi still dalam keadaan duduk yang comel…haha
          4)      Encik hamran jatuh motor besar dalam keadaan hujan. 
          5)      Encik zul dan 4 percentnya 
          6)      Encik Rozi dan bau  bunga Ros dalam keretanya-sekali ngan tool box bau kereta
          7)      Kak ma,kak ros ,kak yah dan kak ani dengan kataknya sampai riuh satu pejabat.
          8)   Gurauan telefon bomba akibat kebakaran hati dari encik Zul.
          9)      Duan p hantr ngan kereta, abe lan nmpak senyum je nk tergelak pun ade..maklum la depa ingatkan    ‘abang’ kot maklum la bapa sedara muda,beza umur 6 tahun,tu tak ngan poksu ma lagi 3 tahun je beza…haha
 
Dah la tu merapu2..da panjang berjela da…
Buat staff2 radicare, saya mohon maaf atas segala salah silah yang sengaja ataupun tak sengaja menyombong diri ke, gurau2 yang tak berkenan di hati.. kerja elok2 semua..panjang umur jumpa lagi


Bila dah habis waktu kerja macam ni la jadinya...sume nak reles tension.Last day my intra~~





















# maaf report LI dah lama terkubur di dalam external hardisk drive yang rosak
































































































































































































Friday 2 September 2011

Fadhilat Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.Sesungguhnya Allah maha mendengar,maha pengampun dan maha penyayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...