Saturday, 23 April 2016

Sarapan Simple - Roti Gulung Sardin

Sarapan - Roti Gulung Sardin Assalamualaikum.. Ok..hari ni nak kongsikan resepi simple di pagi hari..memandangkan dah bosan tak tahu nak buat sarapan apa untuk dihidangkan kepada suami tercinta..ayuh cuba resepi ini.. Bahan-bahan untuk inti *1 tin kecil sardin dalam tin (mackerel pun boleh,apa2 brand je) *1 ulas bawang merah dicincang halus *1 biji cili merah dicincang halus *1 sudu besar jus limau nipis * secubit garam Bahan-bahan untuk salutan
* Roti sandwich * Planta /Margerin * 1 biji Telur ayam * Serbuk Lada putih
Bahan- Bahan dah siap

Cara-caranya 1-Satukan bahan-bahan untuk membuat inti sardin ni..masukkan sardin,bawang merah dan cili merah yang dicincang,jus limau nipis dan secubit garam..masakkan sekejap di atas api.Dalam 5 minit .Sejukkan seketika.. 2 - Pukul telur didalam pinggan supaya mudah untuk celupkan roti nanti.. 3 - Masukkan serbuk lada hitam.Kacau.. 4 - Lenyekkan roti supaya tiada ruang2 udara.(saya guna mug je,gelek - gelek atas roti) .Selesai menggelek,sapukan roti dgn planta dan masukkan inti sardin.Gulungkan ia 5 - Panaskan minyak,bila dah betul2 panas,celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam telur yang dah dikacau..Goreng sehingga warna bertukar ala2 perang.


Roti Gulung Sardin

Sunday, 17 April 2016

Telur dadar ala pelangi

Haaa...lain macam bunyi nya tajuk kali ni..resepi ni reka-reka je..sebab dah bosan makan telur dadar kosong..macam-macam kaler ada dalam telur dadar ni..hijau,ungu,merah,kuning,putih,oren..ala ala rainbow gtu.simpan kat sini la..nanti lupa resepinya nak buat lain kali.jom tengok resepi nya..



Bahan-bahan

* 4 biji telur ayam

* 3 tangkai daun sup (cincang halus)

* 2 ulas bawang merah (hiris)

* 1 biji lobak merah (sagat halus seperti sebatang mancis)

* 1 biji cili merah (cincang halus)

* ikan tenggiri masin (cincang)

* serbuk lada putih

telur yang dah siap dikacau

Cara- caranya


1- Hiris halus bawang merah, daun sup dan cili merah dicincang, sagat @potong lobak merah ala2 bentuk l atau batang mancis gitu..

2- Kemudian satukan semua bahan termasuk lah ikan tenggiri masin tu.

3- Pecahkan telur-telur

4- Akhir sekali masukkan sedikit serbuk lada putih.kacau sehingga semua bahan bercampur sebati..

5- Panaskan minyak sedikit atas kuali non stick..goreng lah seperti telur dadar biasa..walllaaaa...

Telur Goreng Pelangi

#kalau takde ikan masin pun ok je,gantikan dengan garam sedikit..ikan masin tu dah cukup masin..nyum..nyum..


Friday, 1 April 2016

Resepi Dalca Ayam Kelantan Style



Ni untuk 4 orang makan.memandangkan iman nasuha belum boleh makan lagi,kami makan berdua je la..tu pun 2kali makan.pagi dan petang.hehe

Bahan-Bahan
* Minyak
*  Bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan pelaga
* 1/2 ekor ayam potong kecil.saya guna tengkuk,kaki & sedikit isi je.
* 3 sudu besar rempah dalca (Kalau takde,guna rempah kari ayam pun ok)
* 3 sudu besar cili giling
* 1/2 labu bawang besar (kisar)
* 3 ulas bawang merah (kisar)
* 2 ulas bawang putih (kisar)
* 1 cm halia (kisar)
* 3 hiris lengkuas (kisar 
* 2 biji terung bulat (belah 6)
* Sedikit kacang panjang (kerat2)
* 2 biji kentang (potong 6)
* 1 biji karot (potong sebesar jari kelingking)
* 2 biji cili merah (patah-patahkan)
* 2 biji cili hijau (belah dua jangan sampai putus)
* 1 cawan santan pekat
* 2 asam keping
* Air
* Garam dan gula/perasa

Cara-Cara


       Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan pelaga, hingga terbit bau.Masukkan bahan kisar tadi, tumis hingga agak garing sedikit.Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes pekat tadi dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan ayam dan gaul bersama rempah hingga sebati .Perlahankan api seketika untuk biarkan ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan.Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan ayam.Biarkan hingga ayam 3/4 empuk.Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya.Masukkan kentang, karot, dan terung.Masak hingga ayam,kentang dan karot betul2 empuk.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.Biarkan selama 1 min.Tutup api dan sedia dihidang.


Wednesday, 30 March 2016

Solid Food

Iman nasuha dah masuk 6 bulan.. Sekejap saja masa berlalu .Hmm..nak bagi apa ya untuk makanan pertama anak ni..Jom stalker info.

Nur Iman Nasuha Binti Muhamad Haniff


Makanan pertama yang disarankan untuk bayi ialah puri. Samaada puri buah atau sayuran.Bagi buah-buahan dan sayuran yang keras perlu merebus atau mengukusnya dahulu sebelum dikisar.Jika lembut seperti pisang dan avokado boleh terus mengisarnya.

Tips: untuk menghasilkan puri yang cair, tambahkan air masak dan susu ibu.Seeloknya susu ibu atau air zam-zam.Saya lebih suka air zam zam berbanding air masak.

Cara membuat puri,haruslah

- Pilih buah-buahan yang cukup masak
- Perlu di basuh bersih bersih dan dibuang kulit dan bijinya jika ada
- Sebelum merebus atau mengukus,potonglah kecil-kecil terlebih dahulu supaya cepat masak
- Setelah empuk atau lembut,toskan air dan biarkan sejuk seketika.
- Kisar bersama air masak atau air susu ibu

Ini antara Puri Buah & Sayur
  • 1-      Avocado
  • 2-      Pisang
  • 3-      Pear
  • 4-      Butternut Squash
  • 5-      Ubi keledek/Sweet Potato
  • 6-      Labu
  • 7-      Kacang Peas
  • 8-      Peach
  • 9-      Mangga
  • 10-   Prune
  • 11-   Plum
  • 12-   Betik
  • 13-   Zuchini
  • 14-   Carrot
  • 15-   Broccoli

Homemade instant baby solid food

Khas untuk ibu-ibu yang bekerjaya. Terima kasih kepada ibu yang sudi kongsi resipi mereka.. Semoga ibu ibu bekerjaya dan surirumah  dapat menyediakan makanan bayi yang lebih berkhasiat! Ilmu diceduk daripada group facebook homemade solid food. Parking dulu

Serbuk beras perang

1. Rendam semalaman dgn air + air perahan lemon 24jam dan tukar air setiap setengah jam untuk elak beras masam.Bila nak tidur,tukar air dan masukkan dalam peti.
2. Basuh bilas bersih & tapis sampai kering.Tunggu 3 jam sebelum sangai
3. Sangai/goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga perang dari warna asal
4. Sejukkan
5. Blend sampai halus
6. Tapis untuk dapatkan tekstur super halus



Homemade MSG/ikan bilis

Cara Penyediaan :
1. Rendam
2. Bersihkan ikan bilis buang kepala dan tahi, toskan
3. Taburkan dlm dulang pembakar
4. Bakar 30 min dlm suhu 150c
5. Sejukkan dan blend sahaja & simpan dalam bekas kedap udara

*langkah 3 boleh ditukar dengan kaedah sangai ikan bilis sampai garing



Serbuk ayam Berempah

2 slice isi ikan didadu
Santan 1 ½ cawan santan
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 sudu kecil ketumbar
Olive oil / Unsalted Butter

1-Rebus ayam dan kisar (Bahan A)
2-Bawang putih ,bawang merah,halia,ketumbar dikisar berasingan (Bahan B)
3-Tumis bahan B sehingga naik bau dan sedikit kering.
4-Masukkan santan,gaul dan biarkan kering sedikit
5- Masukkan ayam kisar tadi (Bahan A)
6- Goreng sehingga betul-betul kering & menjadi serbuk

# Tahan sehingga 2 – 3 minggu.Simpan dalam Chiller


Homemade gula melaka

Kurma
Kismis

Pandan
Air

1.Blend kurma n kismis bersama air, kurma dibuang biji
2.Masukkan bahan blend ke dalam kuali bersama daun pandan, masak hingga pekat.
3.Tapis dan ambil pati sahaja.
4.Frozenkan

# Sesuai digunakan utk buat kuih untuk baby anda.Bagi menggantikan gula,gula perang or gula melaka


Chicken stock



Bahan :
Ayam bahagian2 tulang
Saderi
Carrot
Tomato
1biji bwg besar
1labu bwg putih
7 biji kurma
3sudu olive oil

2. Masak kesemua bahan dengan air yang banyak.. masak dengan api perlahan selama 12-18 jam. Patikan ditutup demgan rapat supaya air tak mudah kering..
3. Setelah masak,stock akan bertukar menjadi warna coklat gelap
4. Tapis semua bahan untuk dapatkan air stock sahaja. tapis menggunakan penapis biasa dahulu untuk buang hampas, kemudian tapis sekali lagi menggunakan kain kasa untuk dapatkan stock yang bersih

5. stock akan kelihatan berwarna coklat kekuningan.. berbeza daripada warna asal seperti gambar no3
6. Tuangkan ke dalam kiub ais dan boleh dibekukan.. boleh disimpan di dalam freezer selama sebulan..

Boleh campurkan ke dalam resepi bubur nasi untuk dapatkan rasa bubur bayi yg sedap..

# Jangan sesekali tambahkan garam.. sebab hasil drpd rebusan 18jam akan menghasilkan rasa chicken stok yg sangat2 sedap..




Chicken stock powder

1-Bahan  utama daging ayam, bawang holland, bawang putih, daun salary & carrot (option).
2-Semua bahan hiris nipis.Masukkan dalam oven lebih kurang 30minit. (Sesekali kacau supaya garing sekata)
3-Blend kering dan masukkan ke dalam oven 10 minit.
4-Blend lagi.Ulang sampai betul-betul garing dan halus.

5-Last sekali tapiskan untuk dapatkan tekstur serbuk yg halus..siap.


Oat Cereal

1 cawan organic rolled oat
1 sudu lemon jus
1 sudu tepung gandum
1 cawan air masak

1 - Satukan semua bahan dan rendam selama 12 jam di dalam peti.
2 - Toskan selama 12 jam 
3 - Sangai sampai oat benar-benar kering.
4 - Kisar halus dan ayak macam tepung.

Carrot Powder

50g = 1kg Carrot

1-Carrot yg siap saya basuh
2-Rebus dan blend menjadi puree
3-12 jam melalui proses dehydrated
4-Dikisar halus menjadi serbuk
5-Tahan selama 6 bulan
6-Tiada garam,gula dan bahan pengawet


Chicken Bone Broth
 
2 batang carrot
3 batang cellery
2 bji bawang holland
2 inci Halia
1 biji tomato
Kulit kayu manis
Bunga law
ang
14 kaki ayam + leher ayam
8ulas bwg putih

1 - Rebus dengan api perlahan selama 12 jam
2 - Tapis
3 - Simpan di dalam freezer 

Saturday, 28 November 2015

Ini kisah si putih


Ni adik beradik..3 ekor.ibu ,comot,putih dan hitam
Ini kisah si putih..seekor kucing.alahai rindunya kat Putih.Putih dah tak ada kat atas dunia ni.Putih ada Ibu,Hitam abangnya dan Tompok tak sempat tengok jantan betinanya sebab dah mati masa kecil lagi.Sejak abah pencen dan pindah balik tinggal di kelantan,keluarga Putih ni kucing pertama kami bela.Sebelum ni dekat berek sana,cuma bagi makan saja. Sampaikan depa ini,bagi masuk dalam rumah,tidur bersama,dukung macam baby,main-main dengan lidi,mandikan dengan spray air syampu.Bila orang banyak kerja dan serabut dengan dia,nak halau keluar,dan dan je dia baring kat situ.Mak pun siap belikan ikan selayang setengah kilo semata-mata nak bagi depa makan.Bukan bagi mentah-mentah.Siap gorengkan,gaul dengan nasi.Omak aihh..I jeles hokey..haha.Pernah sekali tu,hitam dan putih ni xlalu makan,mata berair..tak tahu kenapa.Si adik  Razin ni dengan baiknya, letak la ubat eye more kat mata depa ni. Alhamdulillah,baik juga.
Serasi bersama..haha


Main main time
                                                   
Sleep bonding time

Depa tersangat-sangat la manja.Nak tidur pun atas katil,sofa..bila dah dapat tidur atas sofa,mengangkang tidurnya..Kadang nakal-nakal datang,di asah-asah kukunya kat sofa..Mau x kena ketuk kepala tu.Tapi Putih tak buat,Hitam dan Ibu je selalu.
Rest time
Putih behave je..Slow sopan santun, mengiaw pun x pernah kuat. Tak pernah mencuri makanan,kalau si Hitam ni bukan main panjat sana sini duk cari lauk.Selalu dia naik atas meja makan,dia buka sendiri tudung saji tu.Pastu 'pok' kena ketuk kepala..haaa..mencuri lagi..Putih lain,dia masuk rumah,dia gesel-gesel kat kaki sambil mengiaw sopan gitu.
Hamboiii dia tidur atas katil orang.

Nak mandi please!
 
       Satu hari abah balik dari kerja dengan motor, Putih duk menunggu je dekat ruang parkir kereta.Bila abah masuk,dia terus pergi dekat abah tanpa abah sangka laju pula tu.Tergilis la dua belah tayar motor badan dia..Alhamdulillah,masa tu nampak gaya dia kuat.Tapi,dia trauma,bila bunyi motor abah je,dia akan lari ccuda ketakutan.Abah apa lagi,mengusik la.Balik dari kerja je,dipulas-pulasnya minyak motor.Lepas 5 6 bulan baru nampak putih macam sakit,dia berjalan senget macam patah pinggang.Kami xtahu dia main kat mana sampai jadi macam tu atau effect tu baru nampak.Macam lumpuh separuh badan.Ada orang cakap macam kena patuk ular la.Lepas jalan senget,nampak kaki pula di seret-seret macam dah lumpuh.Kami cuba la urut- urut kakinya dalam erti kata memandai je..hoho.Ilmu bidan mak tok x sampai..xsempat nak menurun ilmu bidan ke 7 ni.Tak lama selepas itu,kaki depan pula tak dapat guna.Tapi Putih gagahkan kaki belakang.Kami dah buntu.Nak buat macamana.Urut-urut pun tak menjadi.Dia bukan boleh cakap pun sakitt.Macam-macam kami cuba, Kaklong cuba bagi putih minum air CMD,bagi Air susu tepung la ,susu pekat tin la.Putih dan Hitam ni suka jilat tin susu pekat yang kami dah habis.Sampai masukkan kepala dalam tin tu.Pernah sekali,base kek secret recipe tu yang kami nak buang sekali dengan kotak yang tercalit kek,depa jilat sampai licin,suka dia.Kau..kek pun nak makan juga ke. 
Tunggu turn orang bagi signal sebab lantai baru dibasuh
Satu hari,Satu hari lagi..mak dan abah pergi makan kenduri,kaklong n ayuni pergi kerja,Tinggal la aku dengan kakak yang belum bangun tidur.Memandangkan perut dah lapar,dan Hitam yang tengah menyibuk mencari makanan..Al-kisahnya ,kena gorengkan ikan depa dahulu la,baru boleh makan dengan tenang.Bila nak bagi putih makan, nampak kat perut dia berlubang..Ya Allah,menitis air mata.. sakitnya, deritanya. tak ada orang kat rumah nak bawa putih pergi klinik veterinar sebab nak naik motor tak boleh,masih dalam pantang. huhu .rasa bersalah gila T_T .I'm sorry Putih.Kalaulah engkau mengerti.Bila teringat pandangan matanya seakan meminta tolong. (dan..dan..je air mata nak keluar masa tengah taip entri ni)
Putih dalam sangkar kena kurung sebab nak dirawat.
Walaupun dalam keadaan macam tu, Putih masih lagi nak berjalan-jalan. Dia mengengsot.Tengok pun menangis kesian tengok dia derita. Nak kurung tak ada sangkar.Dah la musim hujan kat kelantan.Dia mengengsot dalam basah kuyup pergi belakang rumah tanpa kami sedar.Kami ingatkan dia tak mampu nak pergi mana-mana dah. Ok..stop dulu sini pasal Putih sebab mata berair lagi..huhu
Putih mati lepas isyak dalam basah kehujanan



Sunday, 1 November 2015

Menu Berpantang ala Moden

Sejak kena berpantang ni, asyik nak nangis je kena makan nasi putih panas , ikan selar bakar , dengan sayur sawi masak air. 20 hari makan menu ni saja. Kadang ikan selar bakar tu dengan sawi air lada hitam tu tak letak garam langsung sebab ustazah nab tak bagi atas alasan peranakan sangat sangat rendah.Time tu dapat makan nasi putih dengan ikan selar je tanpa garam. Tak lalu nak makan mak oiii.. 3 4 suap je..huuu.Google punya google,akhirnya jumpa la menu berpantang ala moden.Tapi lepas 40 hari la baru boleh apply. Kalau tak,sarapan pun dengan 10keping biskut cream cracker hup seng tu dengan air susu fernleaf. Xkenyang lagi makan kurma la. Boleh tambah susu badan.
Ikan Selar bakar + sawi air + nasi panas




Ayam Masak Cendawan
Bahan A
* 2 keping dada ayam
* 1/2 sudu teh gula perang
* 1 sudu teh serbuk pati ayam
* 4 biji cendawan cina
* 1/2 batang lobak merah
* 3 biji kacang buncis
* 1/2 cawan air
* 1/2 sudu besar tepung jagung

Bahan B (kisar)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 sudu besar lada hitam

1- Panaskan kukusan terlebih dahulu
2 -  Lumurkan dada ayam dengan bahan-bahan kisar B, gula perang dan serbuk pati ayam.Gaulkan rata
3 -  Masukkan dada ayam ke dalam loyang dan kukuskan ayam selama 20minit
4 - Masukkan cendawan cina ,lobak merah dan kacang buncis bersama ayam dan kukus kembali selama 5 minit.
5 - Angkat loyang dan asinngkan dada ayam dan sayur ke dalam pinggan manakala airnya pula dimasukkan semula ke dalam kuali.
6 - Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuali ayam tadi.Kacau sehingga pekat dan angkat.Tuangkan kuah ayam tadi ke atas ayam dan sayur

Ayam BBQ

* 6 keping kepak ayam * 4 ulas bawang putih * 1 sudu teh serbuk cili * 1 sudu teh sos tomato * 1 sudu sos tiram * 1/2 sudu teh serbuk lada hitam * 1 sudu makan madu * 1 sudu jus limau nipis * 1/2 sudu teh oregano * 1 sudu herba thyme 1 - Gaulkan ayam dengan kesemua bahan. 2 - Perapkan di dalam peti selama 1-2 jam.Lagi lama lagi sedap sebab rempah dah meresap ke dalam isi ayam tu. 3 - Bakar di dalam oven dengan suhu 180℃ sehingga masak.Sesekali balikkan kepak ayam. 4 - Sedia dihidang.

Sarapan Sandwich Mama

* 4 keping roti sandwich putih * 2 keping keju cheddar * 2 helai daun salad * 1 biji tomato * 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk 1 - Panaskan oven suhu 100℃ Bakar roti selama 6-7 minit .Keluarkan. 2 - Letakkan cheese di atas roti dan taburkan sedikit lada hitam.Panaskan didalam oven sehingga keju cair.Keluarkan 3 - Letakkan tomato dan daun salad 4 - Tekapkan roti di atas tomato 5 - Tadaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...