Tuesday 3 February 2015

Adab makan cara Rasulullah S.A.W





Perkongsian isi ceramah dari Ustaz Yusuf Awang di Masjid Batu 3 Februari 2015

Ulasan dari kitab Asy Syamail Al-Muhammadiyah 


1- Dimulakan dengan Bismillah.

2- Membaca Doa makan

3- Makan dengan tangan Kanan

4- Makan buah-buahan dahulu.

5- Mencelupkan jari kelingking ke dalam garam

6- Memulakan makan dari tepi iaitu yang hampir,kemudian tengah kerana ditengah-tengahnya ada keberkatan.

7- Kunyahan banyak kali.

8- Rasulullah tidak pernah mencela makanan sama sekali.Kalau baginda suka baginda makan,jika baginda tidak suka,baginda meninggalkan makanan tersebut. Tetapi pujilah makanan. Makanan itu rezeki daripada Allah dan rezeki daripada Allah semuanya baik-baik.Tidak ada rezeki dari Allah yang tidak baik.

9- Jangan makan sambil bersandar kerana ini merupakan ciri orang-orang yang sombong. Bersandar samaada tangan ataupun bersandar badan.

10- Makanan yang terjatuh,kutip dan makanlah, jika makanan tersebut telah kotor maka buanglah. Bimbang membawa mudharat

11- Menjilat jari dengan mendahulukan jari yang panjang. Utamakan 3 jari iaitu jari tengah,telunjuk dan ibu jari kemudian jari manis dan jari kelingking.

12- Berdoa selepas makan.

13- Bagi menghormati rezeki, duduk dahulu barulah makanan dihidang, Setelah selesai, angkat pinggan dahulu kemudian baru bangun.

14- Rasulullah sering makan secara berjemaah.

15- Minum air- Lebih afdal minum secara duduk kecuali air zam zam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...