Monday 1 August 2016

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Makan dengan nasi lemak,nasi ganja, dengan nasi beriani pun best..sedap sangat! Ada rasa crunchy..cruchy..kriuk kriuk gitu.


Bahan-bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai (yang besar)
3 sudu besar serbuk cili
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih (disangai & kisar)
1/2 sk serbuk jintan manis ( sangai & kisar)
1/2 sk serbuk ketumbar (sangai & kisar)
garam dan gula
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan guna minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.

3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.

4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...