Saturday 22 October 2016

Kurma ayam sesedap rasa

Kurma ni sesuai dimakan dengan nasi beriani. Cara nak buatnya agak mudah, sediakan semua barang barang then start cooking.. sedap dan mudah sahaja.. Nasi beriani nanti saya post dalam entri lain ye..nanti panjang pula..hehe



Bahan bahan
* 7 ketul ayam (saya letak kaki & leher )
* 1 biji cili merah
* 5 sudu besar serbuk kurma Baba's + air (pes)
* 4 biji bawang merah (hiris)
* 2 biji bawang putih (hiris)
* 2 inci halia (hiris)
* 2 biji ubi kentang (belah 4)
* 1/2 batang carrot (belah mancis )
* bawang holland (belah 4) #option
* 2 bunga lawang
* 2 buah pelaga
* 2 bunga cengkih
* kulit kayu manis
* 2 sudu teh serbuk kas kas (optional)
* 1 cawan air
* 2 tangkai daun kari
* santan

Cara penyediaan
1 - Panaskan minyak, tumis buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih,dan kulit kayu manis.
2 - Tumis bawang merah,putih,halia,dan daun kari.
3 - Masukkan pes serbuk kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
4 -Masukkan ayam,lobak merah dan ubi kentang, gaulkan rata dan masukkan air sehingga ayam tenggelam. Renehkan.Tutup periuk dan perlahankan api
5 - Setelah ayam masak,masukkan cili merah yang telah dihiris / di belah dua,bawang holland ,serbuk kas kas, gula dan garam
6 - Akhir sekali ,masukkan santan dan kacau sehingga menggelegak dan bolehlah ditutup api..Jangan lupa baca doa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...