Tuesday, 20 December 2016

Sarapan - Roti panjang sosej

Memandangkan dah lama tak merasa roti sosej,nak beli tak terbeli..Apa kata kita buat sendiri je..Kebersihannya terjamin gitu. Pagi ni nak variasikan sarapan untuk suami tercinta.kikiki. Jom intai resepinya



Bahan bahan
* 3 batang sosej
* 3 buku roti panjang
* 1 batang timun (dihiris nipis)
* 1 biji tomato (dihiris nipis)
* 2 - 3 helai daun salad (potong utk mudah makan nanti)
* Sos cili
* Mayonis
* Sos Thousand Island (optional kalu letak lagi sedap)
* Serbuk lada hitam
* Serbuk lada sulah
* Minyak zaitun
* Cheddar cheese

Cara penyediaan
1 - Torehkan sosej ditengah untuk standby nak letak cheese.Gaulkan sosej dengan serbuk lada hitam & serbuk lada putih.Kemudian bakar / goreng dengan minyak zaitun yg sedikit.Bukan deep fry ye.Barulah sihat 😉
2 - Bila sosej dah masak,torehan tadi akan terbuka,boleh masukkan cheese.1 keping cheese tu,saya boleh bahagikan 7..jimat tak?haha
3 - Belah 2 roti ditengahnya tapi jangan sampai putus tau.Kalau nak lagi sedap sapukan mentega dan bakar (letak atas pan yang goreng sosej tadi je sekejap dalam 2 3 minit)
4 - Susun hirisan timun,tomato,salad dan sosej ke dalam roti tadi dan paipkan sos cili,mayonis dan sos thousand island..
5 -Bismillah jangan lupa..


Friday, 9 December 2016

Sarapan - Sandwich telur

Sarapan - sandwich telur yang mudah dan simple serta ringkas sahaja. ^_^ Dan semestinya sedap dimakan


Bahan bahan
* 6 keping Roti sandwich gardenia
* 1 batang Lobak merah disagat
* 1 biji Cili merah dicincang
* 2 - 3 helai Kubis dihiris nipis
* 2 tangkai Daun sup
* 1 biji tomato (potong dadu dan buang biji)
* Mayonis
* Sos Cili
* Bawang Holland (potong dadu)
* Minyak zaitun
* telur ayam
*Serbuk lada sulah

Cara caranya
1 - Panaskan minyak zaitun,tumiskan bawang holland tadi sehingga agak layu,masukkan cili merah,lobak merah,kubis dan sedikit perasa dan garam
2 - Masukkan telur ayam dan gaul kan sehingga masak.
3 - Masukkan daun sup dan tomato,Tutupkan api dan masukkan kedalam mangkuk.
4 -Masukkan serbuk lada sulah,mayonis dan sos cili gaulkan sebati.
5 -Last sekali,letakkan di atas roti dan bismillah..ngapp!



Thursday, 8 December 2016

Resepi Nasi Ala Kak Wok

Simpan..nanti nak buat..mengidam sangat dah ni..hohoho..
Nasi Ala Kak Wok ye.....resepi ni sy ambil dr rakan niaga nasi ala Kak Wok di Kota Bharu Kelantan taw....sgt mudah untuk menyediakannya yg pasti memang sedap! jom kite semak bahan bahannya ye...

Perkongsian dari FB Pelangi Senja

Bhn untuk kari Ayam
* 1/2 ekor ayam
* 1 bj bwg besar hiris nipis #
* 1inci halia #
* 4 pelepah daun kari #
* 3 ulas bungga lawang #
* 1 btg kayu manis #
* 5 buah pelaga #
* 5 bunga cengkih #
* 4 sdb rempah kari ayam /daging babas
* 4 sdb sbuk lada babas
* 2 sdb sbuk rempah briani
* Minyak untuk menumis
* Santan kotak kara 200ml
* Air
* Garam
* Pati Kiub knorr 2 pcs
* Sedikit asam jawa ambil jusnya

Cara penyediaan
~ Tumiskan semua yg bertanda # sehingga naik bau wangi...
~ Masukan rempah kari , rempah briani, serbuk lada yg siap di jadikan pes ( bancuh dgn sedikit air )
~ Tumis sampai terbit minyak.
~ Masukkan ayam gaul rata
~ Masukan santan gaul rata tambah air utuk kuahnya air agak agak je.
~ Masukkan bhn perasa
Masak sehingga pecah minyak...siap!

Ayam goreng kunyit
* 1/2 ekor ayam potong kecil
* Garam agak agak je
* Serbuk pati ayam norr @ sedikit aji
* Serbuk kunyit
* Kacang panjang potong2
* Bawang besar hiris
* Minyak mengoreng

~ Gaul ayam bersama garam ,kunyit ,pak ~ aji @ serbuk pati ayam knorr
Peram seketika
~ Goreng ayam sehingga kekuningan .
~ Setelah ayam kekuningan masukan kacang panjang dan hirisan bawang besar ......siap!

Sambal cuka
Lada besar + lada kecil
Cuka
Garam
Gula

~ Blend lada sehingga hancur masukan bhn rasa ~

Monday, 5 December 2016

Nasi goreng kunyit

Dah jemu dengan nasi goreng biasa? Jom try nasi goreng kunyit pula..mudah sedap dan simple.



Bahan bahan
*Nasi sejuk
*1/2 sudu kecil Serbuk kunyit
*2 keping isi ayam potong kecil
*cili merah dicincang
*lobak merah dipotong dadu/mancis
*sawi
*garam
*serbuk perasa
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
* 1 biji telur ayam


Cara cara
1 - Panaskan minyak ,tumis bawang merah dan bawang putih,serta cilu merah yang dicincang halus.
2 - Masukkan isi ayam yang dipotong kecil dan sedikit air serta serbuk perasa.
3 - Masukkan setengah sudu kecil serbuk kunyit,lobak merah dan batang sawi.
4 - Akhir sekali,masukkan telur sehingga separuh masak dan masukkan nasi dan tutup api.
5 - Sedia untuk dihidang.Bismillah.



Sunday, 6 November 2016

Ayam goreng ala ala KFC tanpa telur

RESEPI AYAM GORENG KFC
RANGUP TANPA TELUR


Alamak! Stok telur dalam rumah dah habis la...tekak pulak nak makan ayam celup tepung ala kfc ...Nak beli jauh sekali kedainya..Resepi ni boleh guna juga Jika salah seorang daripada keluarga anda mempunyai alahan telur, anda tidak perlulah bersedih. Ini ada satu resepi yang boleh anda sediakan, ayam goreng KFC rangup tanpa telur dengan bantuan resepi mudah ini.

Bahan yang diperlukan :

* 1/2 kg ayam, cuci bersih dan dipotong sesuai selera
* garam secukup rasa
* lada secukupnya
* 2 ulas bawang putih dicincang
* 1 cawan tepung serba guna
* 3 sudu besar tepung beras
* minyak untuk menggoreng ayam

Cara menyediakan ayam goreng KFC rangup tanpa telur :

1 - Lumur potongan ayam dengan garam, bawang putih dan lada.Simpan potongan ayam yang sudah dilumuri dalam peti ais sekitar 30 minit.
2 - Campurkan tepung serba guna, tepung beras, garam dan lada sampai rata.
3 - Keluarkan ayam dari peti ais kemudian masukkan potongan ayam ke dalam campuran tepung, digaul bersama. 
4 - Kemudian ayam dicelup ke dalam air sejuk, setelah itu masukkan kembali ke dalam campuran tepung.
5 - Goreng ayam dalam kuali deep fry dengan api kecil hingga masak dan keperangn
6 - Angkat dan tapis untuk buang minyak.
Ayam goreng KFC tanpa telur siap disajikan selagi hangat.

Selamat Mencuba ya!!!



Ni pula resepi ayam goreng ala kfc guna telur..choose your own way 

Bahan Perap Ayam
 
* 1 ekor ayam - dipotong mengikut selera
* 8 ulas bawang putih - ditumbuk
* 2 sudu teh garam
* 2 sudu serbuk kari ayam
* 3 - 5 sudu besar serbuk cili
* secubit perasa yang dibenarkan
* secubit bikarbonat of soda
* sedikit air
Bahan Salut Tepung Ayam
* 3 cawan tepung jagung
* 1 sudu serbuk cili
* 1 biji telur - pukul telur secara berasingan
* 1/2 cawan tepung gandum
* secubit bikarbonat of soda
* garam secukup rasa

Cara Penyediaan
Resepi Ayam Goreng KFC 

#1: perap ayam dengan bahan perap tadi selama  lebih kurang 1 jam. kemudian semua bahan salut tepung ayam di gaul rata hingga ramuan tepung sebati. selepas tu pukul telur dan golekan ayam dengan telur.

#2: selepas ayam di golekan dengan telur letak ayam ke dalam bahan salut tepung ayam tadi dan diletakan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan hingga sebati.

#3: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang dah di salut tadi hingga tenggelam dan bila warna ayam sudah keemasan. angkat dan hidangkan.

Saturday, 22 October 2016

Kurma ayam sesedap rasa

Kurma ni sesuai dimakan dengan nasi beriani. Cara nak buatnya agak mudah, sediakan semua barang barang then start cooking.. sedap dan mudah sahaja.. Nasi beriani nanti saya post dalam entri lain ye..nanti panjang pula..hehe



Bahan bahan
* 7 ketul ayam (saya letak kaki & leher )
* 1 biji cili merah
* 5 sudu besar serbuk kurma Baba's + air (pes)
* 4 biji bawang merah (hiris)
* 2 biji bawang putih (hiris)
* 2 inci halia (hiris)
* 2 biji ubi kentang (belah 4)
* 1/2 batang carrot (belah mancis )
* bawang holland (belah 4) #option
* 2 bunga lawang
* 2 buah pelaga
* 2 bunga cengkih
* kulit kayu manis
* 2 sudu teh serbuk kas kas (optional)
* 1 cawan air
* 2 tangkai daun kari
* santan

Cara penyediaan
1 - Panaskan minyak, tumis buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih,dan kulit kayu manis.
2 - Tumis bawang merah,putih,halia,dan daun kari.
3 - Masukkan pes serbuk kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
4 -Masukkan ayam,lobak merah dan ubi kentang, gaulkan rata dan masukkan air sehingga ayam tenggelam. Renehkan.Tutup periuk dan perlahankan api
5 - Setelah ayam masak,masukkan cili merah yang telah dihiris / di belah dua,bawang holland ,serbuk kas kas, gula dan garam
6 - Akhir sekali ,masukkan santan dan kacau sehingga menggelegak dan bolehlah ditutup api..Jangan lupa baca doa..

Tuesday, 11 October 2016

Ayam masak kicap - Simple & Sedap

 Harini dah tak tahu nak masak apa..anak tengah meragam..Sebab tu la nak kena makan yang simple simple je..Kang berlaporrr perut tu..yang penting sedap dan tambah nasi dua pinggan..haha

Bahan bahan
* 5 ketul ayam
* 3 ulas bawang merah (hiris)
* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 3 biji cili padi (ketuk)
* 1 biji bawang hollland (hiris membulat)
* 5 sudu besar kicap manis /sukahati nak kuah banyak mana.
* Minyak masak
* garam
* serbuk kunyit

Cara penyediaan
1 - Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng separuh masak.Ketepikan.
2 - Tumis bawang merah ,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3 -Masukkan kicap manis dan setengah cawan air.
4 - Masukkan garam dan jika kurang manis,tambahkan lagi kicap.
5 - Masukkan ayam dan bawang holland dan biarkan sehingga mendidih.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Jangan lupa
baca doa tau...Hmmm..simple dan sedap..


Sunday, 9 October 2016

My first baby growth development

Ok Moms! What's your first baby story?! Just copy and paste!

Age I Got Married 👰 : 25
Age I Got Pregnant : 26
Age I Gave Birth 👶: 26
Due Date 📆 : 10/10/2015
Day I Gave Birth 🎂 : 30/09/2015
Date I Gave Birth : 16 Zulhijjah 1437
Pain Relief 💊💉 : -
Time In Labour 🏥 : 12.46pm
Time Born 🏥 : 4.32pm
Natural or C Section 🏥 : Natural
Weight : 3.2 kg
My lovely sweetheart : Nur Iman Nasuha Binti Muhamad Haniff



Monday, 26 September 2016

Bubur bayi - Nasi ikan salmon bersayur

Resepi iman nasuha datang lagii....jom masak makanan yang berkhasiat untuk anak anda..tak tahu nak bagi nama apa resepi ni.hahah..bantai je la.


Bahan- bahan
* 1/2 biji Lobak merah
* 2 tangkai Daun sup
* 1/4 biji Tomato
* 2 ulas bawang putih
* Unsalted butter
* Ikan salmon

Cara penyediaan
0 - Masak beras perang sehingga kembang.
1 - Panaskan kuali,masukkan unsalted butter kemudian masukkan ikan salmon dan bawang putih.Goreng sehingga sedikit garing.
2 - Masukkan air,kemudian masukkan lobak merah.Masak sehingga lobak merah empuk.
3 - Kemudian masukkan tomato,daun sup dan nasi yang telah dimasak tadi.
4 - Kisar halus / kasar

Friday, 16 September 2016

Resepi Begedil ayam

Assalamualaikum! Okey kali ni nak share resepi begedil yang sedap ni..Simple je nak buat nye..enak di makan begitu saja! Oooo..okeylah

Bahan bahan
* 3 keping isi ayam (rebus & carikkan)
* 3 biji Ubi kentang (rebus)
* 2 ulas bawang putih
* 3 ulas bawang merah
* Serbuk lada hitam
* Serbuk lada putih
*  2 tangkai Daun sup & daun bawang
* Sedikit garam
* Sebiji telur ayam


Cara penyediaan :
1 - Rebus ubi kentang dan ayam sehingga empuk di dalam periuk berasingan..
2 - Carikkan isi ayam.
3 - Lenyekkan ubi kentang menggunakan garfu.
4 - Hiris daun sup & daun bawang.
5 - Hiris bawang putih dan bawang merah,kemudian goreng dahulu sehingga keperangan..Angkat dan toskas.
6 - Sediakan mangkuk besar dan satukan ubi kentang lenyek,isi ayam yang dicarik,daun sup & daun bawang yang dihiris,bawang putih & bawang merah yang digoreng,taburkan sedikit serbuk lada putih,serbuk lada hitam dan secubit garam.
7 - Kepalkan menjadi bulatan dan penyekkan menjadi bentuk begedil.
8 - Panaskan minyak,celupkan begedil ke dalam telur dan goreng sehingga telur keperangan.
9 - Angkat & Toskan..Sedia tuk dihidang.
10 - Angkat tangan doa makan! ALLAHUMMABAARIKLANA FIIMA ROZAKTANA WAQINA AZABANNAR!AMINN..

Thursday, 15 September 2016

Resepi sos yong taufu homemade

Tetiba tekak rasa nak makan benda benda merapu.tak nak makan nasi..jom buat sos yong taufu
Yong taufu homemade


Kuah hitam
* 2 sudu makan taucu
* 2 sudu makan tpg jgung
* 2 sudu makan tepung gandum
* 3 sudu makan kicap pkat
* 3 sudu makan sos tiram
* 4-5 sudu makan gula
* 3 cawan air

Cara penyediaan :
1 - Masukkan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus...
2 - Kemudian masak sehingga mendidih.Tutup api

Kuah merah
* 1/2 cwn kacang tanah goreng (kisar)
* 1 sudu makan tepung gndum (kisar)
* 1 sudu makan tepung jagung (kisar)
* 4- 5 sudu makan gula (kisar)
* 3 cawan air (kisar)
* 1/4 sudu makan garam (kisar)
* minyak
* 3 sudu makan cili kisar
* 2 ulas bawang putih (cincang)

Cara penyediaan :
1 - Blender semua bahan sehingga kacang halus..
2 - Panaskan  minyak, tumis bawang putih.
3 - Masukkan 3 sudu makan cili kisar.Kacau sehingga kering..
4 - Masukkan semua bahan yang di blender tadi. Masak sehingga kuah agak pekat.dalam 5 minit.Tutup api

Dah bleh dimakan ngan bebola sayur,bebola ikan,fishcake.jejari ketam,hot dog..sayur.sotong,kangkung celur.yummy..yummy.selamat menjamu selera..Taburkan kacang goreng yg ditumbuk kasar & bijan sangai..huk alos..jeliro sengoti!

Wednesday, 14 September 2016

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Cikidot resepi dari mak mertua lagi..versi my mom lain pulak..hihi..yang penting dua dua resepi sedap dan senang di buat..Barang barang pun mudah dapat tambahan di hari raya Qurban ini..yuhuuu!!! Yang ada buasir tu jangan letak cili banyak sangat tau,merana u olls nanti..


Bahan bahan :
* 500g daging (bahagian batang pinang).
* 4 ulas bawang putih.
* 6 ulas bawang merah
* 1 inci halia
*  Kicap manis.
* 3 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar).
* 2 tangkai cili merah (potong kasar).
* 2 tangkai cili hijau (potong serong)
* Bawang besar holland.
* 1/4 cawan air asam jawa
* Bunga lawang,kulit kayu manis,pelaga & bunga cengkih (4 sekawan)
* 5 cawan air
.
Cara penyediaan:
● Panaskan periuk,masukkan minyak  kepada anggaran 1/2 senduk minyak,tumis rempah 4 sekawan,bawang merah,halia, bawang putih.
● Masukkan kicap dan serbuk lada hitam,kacau sebentar dan masukkan daging dan air asam jawa
● Masak menggunakan api sederhana dan kerapkan mengacau.Masak sehingga daging empuk
● Masukkan cili yang telah dipotong,garam dan bawang holland yg dihiris membulat.Tutup api
● Siap dihidangkan.
Tips:
Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
Siap! Daging masak blackpepper

Sunday, 4 September 2016

Pari bakar cicah air asam

Resepi Air Asam

Bahan-Bahannya:

** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara Membuatnya:

1 - Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
2 - Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
3 - Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
4 - Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
5 - Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
6 - Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
7 - Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
8 - Hidangkan bersama ikan bakar... perghhh Memang sedap...


Saturday, 20 August 2016

Bubur nasi tomato bayi

Antara resepi kegemaran anakanda,bau pun wangi,rasa pun sedap.

Bahan bahan
* 2 ulas bawang putih (Hiris)
* unsalted butter.(Saya guna anchor)
* 1/2 biji tomato
* isi ayam potong kecil
* 1/2 biji lobak merah
* Daun sup/batang saderi
* Nasi

Cara cara
1 - Panaskan kuali,masukkan unsalted butter.
2 - Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
3 - Masukkan ayam dan lobak merah (batang saderi) yang dihiris halus.
4 - Masukkan sedikit air .
5 - Masukkan daun sup
6 - Masukkan tomato.Hmm..wangi..
7 - Tutup api ,sejukkan dan kisar halus bagi yang gigi baru sebatang macam cik iman nasuha.Umi dia pun sibuk nak jugak sedappp!

Gambarnye punnn..alahai..ummi xdan nak snap..anakanda lapar


Friday, 19 August 2016

Sarapan - Roti john ala roti sandwich

Haa...resepi sarapan berasaskan roti gardenia lagi..Nak guna roti brand lain pun boleh je..janji roti ye dak??

Bagi memenuhi selera perut yang tercinta,kita pelbagaikan resepi di pagi hari.Mana taknya,pagi pagi mana lalu nak makan..kunyah..kunyah tak leh nak telan pula..Alahaiii....kesian..

Benjo ke roti john ni?

Bahan bahan
4 keping roti putih petak
1 biji cili merah (cincang halus)
2 biji telur
3 tangkai daun sup (cincang halus)
3 tangkai daun bawang (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang halus)
Serbuk lada putih
Isi ayam cincang halus (lagi halus lagi cepat masak,resepi asal tak letak ye)
Garam
Sos cili
Mayonis
Mentega/majerin

Cara caranya
1 - Cincang  halus bahan bahan (daun bawang,daun sup,cili merah,bawang merah,garam,isi ayam),masukkan ke dalam mangkuk dan pecahkan telur.Kacau sebati.
2 - Panaskan non stick pan,curahkan bancuhan tadi ke atasnya senipis yang boleh.Dikuatiri ayam tu degil nak masak.Perlahankan api sedikit.
3 -Bila agak agak bancuhan telur tu separuh masak,letakkan roti diatasnya.(tips : telur tu masih nampak tak masak,aka masih basah le)
5 - Sapukan mentega di sebelah atas roti.Tak nak letak pun tak apa.
6 - Balikkan roti sekejap,bolehlah di angkat.
7 - Nak makan,mekapkan dulu.boleh calit calit mayonis,sos cili dan tabur sedikit lada sulah..
8 - Jangan lupa! BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..ALLAHUMMA BAA RIKLANA FIMAA ROZAKTANA WAQINA AZABANNARRR..AMIN


Monday, 15 August 2016

Resepi bubur bayi

Bubur nasi
* Beras putih/perang + air rebusan ayam
1 - Masak nasi sehingga kembang dan menjadi bubur.
2 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi dengan buah kurma
*Beras putih / perang + buah kurma
1 - Masakkan nasi sehingga kembang dan menjadi bubur.
2 - Masukkan buah kurma
3 - Didihkan dan kisar halus.

Bubur nasi dengan ikan tenggiri
*Beras putih/merah + isi ikan tenggiri tanpa tulang
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Tambahkan isi ikan tenggiri.
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi daging
*Beras putih/merah + isi daging tanpa lemak
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Tambahkan isi daging dan masak sehingga daging empuk
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi ayam
*Beras putih/merah + isi ayam
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Tambahkan isi ayam
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi ayam + Brokoli
* Beras putih / perang + isi ayam + Brokoli
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan ayam dan brokoli
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi jagung manis
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan jagung manis yang diparut
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi bayam dengan ayam
* Beras putih / perang + isi ayam + daun bayam
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan ayam dan biarkan ayam masak dahulu kemudia masukkan bayam
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi ayam dengan lobak merah
* Beras putih/perang + isi ayam + lobak merah
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan ayam dan lobak merah sehingga masak dan empuk.
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi buah epal dan lai
* Beras putih/perang + buah epal+ buah lai
 1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan buah epal dan buah lai
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi ayam dengan ubi keledek manis
*Beras perang/putih + isi ayam + ubi keledek manis
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan ayam dan ubi keledek manis sehingga masak dan empuk.
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi dengan ikan bilis goreng
* Beras perang/putih + pure olive oil + ikan bilis
1 - Goreng ikan bilis dengan minyak zaitun (minyak sedikit) sejukkan dan kisar halus.
2 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi ayam dengan labu manis
*Beras putih/perang + labu manis sepotong + isi ayam
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan ayam dan labu yang dipotong kecil
3 - Didihkan dan kisar halus

Bubur nasi ayam dengan sawi
*Beras putih/perang + daun sawi + isi ayam
1 - Masakkan nasi sehingga menjadi bubur
2 - Masukkan ayam dan sawi
3 - Didihkan dan kisar halus

*3 sudu besar beras + organic tofu + bilis putih + 1 biji kurma + bayam
1 - Masak beras sehingga menjadi bubur.
2 - Masukkan ikan bilis dan tofu.
3 - Lima minit kemudian,masukkan bayam dan kurma sehingga layu.Tutup dan kisar halus.

 *Organic tofu + ubi kentang + carrot + kurma + bayam
1 - Masak ubi kentang dan carrot sehingga empuk
2 - Masukkan tofu.
3 - Lima minit kemudian,masukkan bayam dan kurma sehingga layu.Tutup dan kisar halus

*Organic rolled oat + aprikot kering + kacang buncis + carrot
1 - Masukkan carrot dengan kacang buncis.
2 - Masukkan oat dan aprikot.Biar 3 minit.Tutup api.

* 3 sudu beras + 1 kiub chicken stok + Sweet potato + daun sup + 11 biji kismis

* 8 sudu beras + sweet potato + bilis putih + bayam + kurma (3 hari)

* 10 sudu organik barli + 2 biji pear + 2 biji kiwi

* 10 sudu Beras perang/putih + daun sup + 3 kiub chicken stok + carrot

* Labu + Brokoli + Chicken Stock

* Avokado + pear + kiwi

Kari Ikan Bawal superbb!

RESEPI KARI IKAN BAWAL

Dapat 5 bintang pengiktirafan dari encik zauji..hehe..nanti boleh repeat order lagi ye guna resepi ni..cia cia cia.. Isteri mana yang tak gembira dapat pujian dia masak sedap. Lagi sedih bila dikondem.hukhuk T_T

 Bahan-bahannya :
* 1 ekor ikan bawal - potong 3
*  3 ulas bawang merah - tumbuk/kisar
*  2 ulas bawang putih - tumbuk/kisar
*  1 cm halia - tumbuk/kisar
*  1 paket serbuk kari- jadikan pes
*  1 cawan santan pekat.
*  1/2 sudu kecil halba campur (biji sawi,jintan manis,jintan kasar dan halba)
*  1 sudu besar asam jawa (tambah air jadikan pes)
*  Bendi, tomato, cili padi
*  Garam, gula
*  Daun kari
*  Air
*  Minyak

Cara memasaknya :
1.  Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan halba campur dan daun kari, kemudian masukkan serbuk kari.Tumis hingga pecah minyak.

2.  Masukkan ikan gaul sebati dengan rempah. Masukkan sedikit air. Kacau sekejap.

3.  Masukkan santan pekat,air asam jawa, garam dan gula/perasa. Kacau sekali sekala (hingga mendidih)

4.  Masukkan bendi, tomato dan cili padi.Sesuaikan rasa.Tutup api.

Selamat mencuba

Sunday, 14 August 2016

Ikan jenahak masak stim

Rezeki dari tetamu.Alhamdulillah dapat makan ikan fresh.So, kita buat jenahak stim barulah sihat.hihi. Jom cekidot resepi
Bahan bahan
* 3 ulas bawang putih (cincang halus)
* 2 batang serai (hiris halus)
* 2 inci halia (hiris halus)
* 1 ekor ikan jenahak
* 1 biji tomato (potong dadu)
* 3 biji limau nipis (ambil jus)
* 2 sudu besar sos ikan
* Cili padi (patahkan je)
* Gula dan garam

Cara cara
1 - Taburkan bahan bahan di atas ikan dan masukkan sedikit ke dalam bahagian perut tu..
2 - Kukus sehingga masak dan perahkan jus limau nipis,tabur garam dan gula,sesuaikan rasa.
3 - Kukus lagi dalam 5 minit
Besarkan ikan ni..hihi..


Friday, 12 August 2016

Sambal Belacan super yummy versi 2

Resepi Sambal Belacan Kelantan versi 2


Bahan A
* 2 biji Cili Merah ( Tumbuk)
* 6 biji Cili Api. (Tumbuk)
* 1/2 biji tomato (Buang biji)

Bahan B
* 2 inci Belacan ( Bakar)
* 3 -ulas bwg putih (bakar)
* 1- labu bwg besar ( Bakar)
* 5 biji limau kasturi ( Perah & ambil air)
Garam & Gula secukup rasa

Cara2nya

1 - Basuh bahan2 A dan tumbuk lumat
2 - Bakar Bahan2 B atas dapur
3 - Potong limau kasturi dan di ambil airnya.
4 - Kulit limau tadi, dipotong halus2 @ nipis2..
5 - Campur kan Bahan A & B kedalam bekas..kemudian tambah gula n garam kedalam sambal belacan.. Campur sekali kulit limau..gaul mesra bahan2 tadi.
6 - Simpan semalaman dlm peti ais


Thursday, 11 August 2016

Cucur Jagung Simple

Cucur Jagung Simple

Bahan :
* 1 biji jagung - dihiris
* 1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris dan ditumbuk bersama ikan bilis
segenggam ikan bilis - basuh dan toskan - ditumbuk
* 2 biji cili merah - dicincang halus
* 1/2 sudu besar minyak masak
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil serbuk secukup rasa
* 1 cawan tepung gandum - klu rasa adunan cair sikit, boleh tambah lagi 2 atau 3 sudu besar
* 1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk warna
* Garam secukup rasa
*1 cawan air
*Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1 - gaulkan semua bahan-bahan hingga sebati.
2 - goreng sehingga cucur bewarna keemasan.angkat dan toskan minyak.
3 - sedia dihidang.
**sedap juga jika menggunakan udang basah,daun kucai..memandangkan stock bahan terhad ini saja yang ada,mudah simple dan sedap..

Wednesday, 3 August 2016

Kerabu perut versi kelantan

Aloh aloh aloh sedapnyo bulih make kabu peruk bule bule poso ni..Nak make hok mok buak ,kito nyo duk jauh nga anok nga tok laki.Nak beli sero jauh panggang dari api..mitop resepi nga mok lah gitu gak..

Bahan tumbuk lumat
* 1 ekor isi ikan kembong saiz besar, direbus
* 5 biji bawang merah kecil
* 1 batang serai, hiris halus
* 1 camca teh lada hitam biji

Rebus hingga perut lembut, toskan)
* 500 gram perut lembut yang telah dicuci bersih, hiris kecil, cuci dan toskan*
* 3 ulas bawang putih (ketuk)
*1 inci halia (ketuk)
* 2 liter air

Bahan hiris nipis
* 1 biji bawang besar (hiris halus)
* 1 kuntum bunga kantan (hiris halus)
* 1 biji tomato (buang biji dan Potong dadu)
* 3 tangkai kacang panjang (hiris halus)
* 1 batang timun (buang biji,potong halus)
* 2-3 batang daun kesum
* 4-5 biji limau kasturi, perah jusnya (boleh guna limau nipis)
* 2/3 cawan pati santan
* 5 biji cili padi merah, hiris halus.(kalau hijau,jgn tertukar dgn kcg pjg sudah lerr,berasap telinga nanti)
* 1 camca besar kerisik
* Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat :

1 - Dalam satu bekas, masukkan perut yang telah direbus dan dihiris  bersama tomato hiris, kacang panjang, bawang besar, kerisik,saun kesum,timun dan bunga kantan. Gaul sebati.
2 - Tambah bahan tumbuk lumat dan gaul lagi hingga semua mesra.
3 - Tuang santan, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
4 - Gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa, dan tambah apa yang perlu. 5 -Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan bersama nasi panas,lagi sedap jika diratah sambil menonton cerita memang x cukup..lalal

Monday, 1 August 2016

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Makan dengan nasi lemak,nasi ganja, dengan nasi beriani pun best..sedap sangat! Ada rasa crunchy..cruchy..kriuk kriuk gitu.


Bahan-bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai (yang besar)
3 sudu besar serbuk cili
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih (disangai & kisar)
1/2 sk serbuk jintan manis ( sangai & kisar)
1/2 sk serbuk ketumbar (sangai & kisar)
garam dan gula
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan guna minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.

3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.

4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Tuesday, 26 July 2016

Peria Goreng cili padi bertelur

Tetiba tekak ni rasa nak makan peria yang macam tok mek buat..tekak nak makan yang pahit pahit je.. Time pergi beli barang dapur,ni lah pertama kali beli peria sepanjang 2 tahun perkahwinan ni..haha..okey nak cakap tu je.Jom tengok resepi


* 1 biji peria
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
* 1 biji telur
* 1 genggam ikan bilis/10 ekor
* Perasa
* Garam
* Gula
* Air

1 - Memula belah dua peria,buang biji menggunakan sudu,dan potong nipis - nipis.Rendamkan ke dalam air garam dalam 5 - 10 minit untuk kurangkan rasa pahit (Petua orang dulu - dulu la)
2 - Tumbuk bawang putih,bawang merah dan cili padi.
3 - Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan ikan bilis.
4 - Masukkan perasa dan garam dan sedikit gula.
5 - Masukkan telur dan sedikit air,untuk elakkan terlalu kering.
6 - Masukkan peria dan gaul sehingga peria agak layu.Sedia untuk dihidang.

Monday, 25 July 2016

Sambal Belacan super yummy

Resepi sambal belacan yummy..Resepi step by step ade di bawah 👇

Resepi sambal belacan
5 biji cili merah
Segenggam cili padi
1 inci belacan bakar
2 ulas bawang putih (bakar)
1 ulas bawang merah (bakar)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil asam jawa+air (jadikan pes)
2 sudu perahan limau kasturi/ limau nipis

Cara -cara
1 - Tumbuk cili merah dan cili padi, bawang putih dan bawang merah
2 - Masukkan belacan bakar dan tumbuk sampai sebati.
3 - Masukkan  garam dan asam jawa. Kacau sebati. Tambah dua sudu air perahan limau kasturi kalau rase sambal tu pekat...Kalau rasa terlampau pedas,tambahkan sedikit gula bagi mengurangkan rasa pedas..

Selamat mencuba

Sunday, 24 July 2016

Pengat Keladi aka serawa keladi

Keladi oh keladi...kalau tak gatal bukan namanya keladi tau.haha
Pengat bubur keladi

Bahan -bahan
* 1 biji ubi keladi
* 1/2 kotak santan
* 5 sudu besar gula
* 2 helai daun pandan
* secubit garam
* 2 sudu biji sagu.

Cara -cara
1 - Potong dadu ubi keladi.Rebus dulu ubi sehingga empuk bersama secubit garam dan daun pandan.
2 - Bila ubi empuk dan air tinggal separuh,masukkan santan dan gula, kacau slow selalu.Jangan kacau kuat,nanti ubi hancur.
3 - Akhir sekali,masukkan biji sagu dan masak sehingga biji sagu kembang.

Thursday, 21 July 2016

Nasi goreng kicap



Nasi goreng kicap


 Hari ni dapat request nak makan nasi goreng biasa yang macam kedai siam tu, kaler gelap gelap tapi tak nak ikan bilis,simple je.Haaa..buntu..Makan buat sahur sebab dah tak ada idea nak masak lauk apa dah.

Bahan - bahan
* 1 pot nasi semalaman
* 1 ulas bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu besar cili kisar
* 1 biji telur ayam
* Sawi
* Kicap
* isi ayam (potong kecil)

Cara cara
1 - Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2 - Masukkan cili kisar sehingga garing.
3 - Masukkan isi ayam sehingga masak.
4 - Masukkan kicap dan telur,biarkan telur masak separuh baru gaulkan.
5 - Masukkan secubit garam dan sawi.
6 - Akhir sekali,masukkan nasi dan gaul sampai rata.

Tabur telur dadar yang dihiris.
P/s : tak berapa nipis sebab telur masih panas.haha

Wednesday, 20 July 2016

Telur Bungkus

Petang ni nak berbuka apa ya? Kita tanya big boss katanya nak makan bistik telur,tapi isinya nak bungkus..Itu namanya telur bungkus. Kalau bistik ,curah isi atas telur je.

Bahan - bahan
* Isi ayam (potong kecil)
* 1 batang lobak merah (didadukan)
* 1 biji cili merah (cincang)
* 1/2 biji bawang holland
* 1/2 biji tomato
* 2 sudu kacang peas (tin)
* 1 sudu kacang panggang (tin)
* daun sup & daun bawang /daun ketumbar
* 1 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* garam
* perasa

Cara cara inti telur
1 - Tumis bawang holland sehingga layu.
2 - Masukkan isi ayam sehingga masak
3 -Masukkan cili merah,tomato,lobak merah dan kacang peas.
4 - Masukkan sos cili,tiram dan sos tomato,garam dan perasa.
5 - Tutup api,masukkan daun sup dan daun bawang atau daun ketumbar.
Live dari dalam kuali

Siap! Tutup api dan tabur daun sup dan daun bawang

Bahan untuk telur.
* 3 biji telur
* secubit garam

1 - Kacau telur bersama garam.
2 - Masukkan dalam pan non stick dan lenggang lenggangkan dia.
3 - Masukkan inti yang telah siap dimasak tadi bersama kacang panggang dan bungkus.

Telur bungkus





Friday, 15 July 2016

Mee kuah legend

Mee kuah legend
Resepinya simple tapi rasanya power... Sekali makan 3 mangkuk habis..Hai la abang..hihi..

Bahan - bahan
500g mee kuning
4 ulas bawang putih (cincang/ketuk/tumbuk)
2 biji Cili merah (potong nipis)
2 biji telur
2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
1 biji tomato
Sawi
Lobak merah
Isi ayam potong kecil
Perasa
Garam

Cara cara
0 - Rebus mee ,toskan dan ketepikan.
1 - Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga garing.
2 - Masukkan setengah cawan air,diikuti dengan isi ayam,perasa,serbuk lada hitam dan garam.Biarkan ayam masak dan serap rasa kuah yang pekat tu.
3 - Masukkan air lagi,sesuaikan dengan sukatan kuah yang anda suka.
4 - Masukkan lobak merah,telur dan cili merah.
5 - Akhir sekali,masukkan sawi dan tomato yang dibelah wedges. Sesuaikan rasa.
6 - Bila nak makan,tambah sos cili,cili flakes ataupun sos tomato..Memang umphh..hihi

Sarapan - Bebola roti

Bahan -bahan
* 2 biji telur
* roti putih
* 1 batang lobak merah
* 2 biji cili merah
* 5 tangkai daun sup
* 1 biji bawang holland
* 1 batang fish kek
* isi ayam dicincang
* 1 sudu kecil lada hitam kisar
* 1/2 kiub pati ikan bilis

1 - Gaulkan semua bahan sehingga sebati

2 - Masukkan roti yang dicarik carik halus. Kemudian masukkan telur.

3 - Kepalkan sebesar yang anda suka. Gaulkan dengan bread crumb.
4 - Tadaaaa...cicah dengan sos pencicah..yummy..

Rujukan resepi asal.Alamak lupa nak kredit kat sapa ni?sebab amik kat facebook..screen shot gambar je..tq pada yang sudi berkongsi ilmu.


Wednesday, 13 July 2016

Resepi Pasta Baby 9 bulan

Bahan -bahan
Minyak zaitun
Pasta macaroni
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland.
1 1/2 sudu unsalted butter
1/4 cheedar cheese
Lobak merah
Brokoli
Isi ayam

Cara cara
1 - Rebus pasta macaroni dengan titikkan beberapa titik minyak zaitun sehingga kembang dan toskan dan ketepikan
2 - Panaskan unsalted butter,tumis bawang merah,putih dan holland sehingga layu.
3 - Masukkan ayam,lobak merah dan brokoli serta air sehingga masak.Kalau agak kering tambahkan air.
4 - Masukkan cheese.Tutup api dan sejukkan.
5  - Kisar halus bersama pasta macaroni tadi.

Iman nasuha dah 9 bulan 13 hari belum tumbuh gigi lagi sebab tu kisar halus.


Sunday, 10 July 2016

Nasi Dagang Sedap

Nasi Dagang
Bahan - bahan Nasi

* 3 1/2 pot beras jemah
* 1 1/2 pot beras pulut
 Atau
* 1kg beras nasi dagang
* 1 biji kelapa (ambil santannya)
* 8 ulas bawang putih (mayang)
* 10 ulas bawang merah (mayang)
* 1 inci halia (mayang halus)
* 1 sudu besar halba
* 1 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam

Beras,santan cair,santan pekat

Cara membuat nasi
1 - Rendam beras semalaman.
2 - Bawang merah,bawang putih,halia dan  halba dimasukkan ke dalam santan pekat.
3 - Masukkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu besar gula ke dalam santan.
4 - Masakkan bahan bahan tadi sehingga pekat dan sejukkan.
5 - Kukus beras tadi sehingga naik wap.Angkat dan gaulkan dengan santan yang dimasak tadi.Gaul rata
6 - Kukus nasi sekali lagi sehingga naik wap,angkat dan gaul sekali lagi dengan santan yang dimasak tadi. Gaul rata. Siap untuk dimakan.

Santan yang dimasak

Kuah Gulai Nasi  Dagang
Bahan - bahan
* Bawang merah (tumbuk)
* Bawang putih (tumbuk)
* Lengkuas (tumbuk)
* Ketumbar *tumbuk
* Rempah kari *tumbuk
* Lada kering *tumbuk
* Halia (mayang)
* Bunga cengkih
* Bunga lawang
* Kulit kayu manis
* Buah pelaga
* 1 biji kelapa untuk santan dan kerisik
* 2 keping asam keping
* Ikan / ayam / daging

Cara memasak lauk
1 - Tumis 4 sekawan sehingga naik bau,kemudian masukkan bawang merah mayang,bawang putih mayang,halia,dan lada kering sehingga garing dan layu.
2 - Masukkan kerisik,bawang merah,bawang putih,lengkuas,ketumbar yang ditumbuk tadi sehingga garing.
3 - Kemudian masukkan ayam ikan atau daging tadi.
4 - Kacau sekejap kemudian masukkan santan,garam,asam keping dan sedikit perasa. Masak sehingga pekat.Tutup api

Acar / Jelatah

* Timun (potong mancis)
* Lobak merah (potong mancis)
* 1 biji Bawang holland (potong bulat)
* 5 sudu Cuka
* 1 sudu besar Gula
* 1 sudu kecil Garam
* Cili padi (potong serong)

Cara -cara
1 - Masukkan gula,garam,cuka,bawang holland dan cili padi.Gaul rata.
2 - Potong bahan bahan bentuk panjang seperti mancis.kikiki
3 - Gaulkan bahan bahan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...