Wednesday, 22 October 2014

Lasagna Beef






Lasagna Beef


 Adus...Sedapnya tengok gambar ni..first time makan ni sepanjang 25 tahun hidup..Lepas kahwin baru dapat makan, resepi dari encik suami dan adik ipar. Beliau-beliau ni memang suka makan makanan western. tak payah tengok resepi, list resepi ada dalam memori dah. Nanti bila dah dapat resepi, kite update kat sini ye
 Hahaha..Oke Chow~

Belanja satu gambar lagi

💖 Resepi Lasagna Daging 💖

PEMINAT-PEMINAT LASAGNA! RESEPI LASAGNA DAGING MUDAH! 👇🏻👇🏻👇🏻

Hari ini teringin nak makan lasagna. Buat jelah sendiri nanti ramai boleh rasa. Resepi ikut selera tekak. Hihihi menjadi. Tapi saya guna roti Gardenia. Resepi seperti tertera dibawah ya...

Bahan inti :

👉🏻 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻 Sos Prego spageti (1 tin)
👉🏻 Sos cili - kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) - cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) - cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam

Cara-cara :

👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.

Cara buat sos putih :

👉🏻 5 sudu besar mentega
👉🏻 3 sudu tepung gandum
👉🏻 500ml susu segar
👉🏻 2 keping keju - kak guna Cheesedale

Cara masak :

👉🏻 Cairkan Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.





Lasagna @ roti Gardernia

👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suhu 150'C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..

Siap untuk dimakan! 🤤


Monday, 1 September 2014

Ikan Selar Goreng Taucu (2 Orang makan)




Betul la apa orang cakap.. Bila kita dah kahwin, semua makanan yang kita tak pernah makan, bila suami dah suka kita kena belajar jugak untuk makan. Masa bujang-bujang dulu, tak pernah dan tak suka makan pun tempe, taucu. Bila dah kahwin ni suami suka makan sangat,kena la belajar.hoho..memandangkan malas nak Google bila nak masak dah..simpan je la resepi dalam blog sendiri.


Ikan Selar Goreng Taucu (2 Orang makan)

Bahan-Bahan

2 ekor ikan Selar
1 inci halia (dihiris mayang)
1 ulas bawang putih (dihiris mayang)
2 ulas bawang merah (dihiris mayang)
1 batang serai (diketuk)
2 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
2 sudu taucu
sedikit air asam jawa
beberapa bawang besar Holland (dipotong bulat-bulat)
sedikit garam
sedikit gula
serbuk kunyit
minyak masak
sayur kacang panjang+ timun batang




Cara-cara

1- Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian gorengkan..Biarkan seketika.
2-Kemudian tumis halia,bawang putih,bawang merah dan cili sehingga naik bau.
3-Masukkan taucu,serai.
4-Biarkan seketika,masukkan air asam jawa,garam dan sedikit gula.
5- Akhir sekali masukkan ikan goreng, bawang besar dan sayur kacang dan timun. Kacau sedikit-sedikit dan biarkan sebati..



Friday, 1 August 2014

Saat Lafaz Sakinah



 Pertemuan yang sesingkat membawa ke jinjang pelamin.

Kenapa nak kahwin? Perlu ke Kahwin? Kadang-kadang soalan tu selalu duk tertanya-tanya...Macam tak ready je lagi..Arghh...macam x caya je dah jadi isteri orang..Perkahwinan ini la yang akan membawa sepasang insan menuju ke gerbang sebuah kehidupan yang bernama keluarga. Tapi hati ini dipujuk dengan sabda Rasulullah S.A.W.

"Nikah adalah sunnahku. Siapa pun yang tidak mengamalkan sunnahku, bukanlah golonganku. Menikahlah kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian di hadapan umat-umat yang lain. Semua orang memiliki kemampuan,berkahwinlah. Namun,orang yang belum memiliki kemampuan hendaklah berpuasa. Hal ini kerana ,puasa merupakan benteng baginya"(HR Ibnu Majah dari Aisyah)



Bak kata-kata pujangga

Seringkali yang dikejar-kejar itu menjauh,yang tak sengaja mendekat
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu,yang awal diragukan menjadi pasti,
Yang selalu diimpikan tak berhujung pernikahan,
 Yang tak pernah difikirkan,bersanding di pelaminan.
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kamu mengenalinya,
Tapi seberapa yakin kau padaNya,
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya,
Lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya
Jodoh itu unik.


Dari proses pertunangan sehingga ke saat dimana lafaz sakinah dilafazkan. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun terdapat sedikit halangan.

Kahwin dengan orang yang kamu cintai itulah impian
Kahwin dengan orang yang tak sangka itulah jodoh
Menikahi orang yang kita cintai itulah kemungkinan
Mencintai orang yang kita nikahi suatu kewajiban



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Ar-Rum : Ayat 21)



Sebenarnya entri ni sesaje je..untuk mengabadikan gambar-gambar..Bila bukak blog tengah bosan baca..elak memori hilang.



Berbekalkan Adobe Photoshop dan printer
Everythings DIY..sampai kul 2 3 pagi tidur..phewww~



::Dari Pihak Lelaki ::


:: Dari Pihak Perempuan ::
abang ipar cakap "korang ni makan tak macam pengantin lain..makan semua..hehe..maaf la kami lapar sangat...tak berapa nak nampak dah tetamu kat depan..

Hiasan bilik..ni je ada..pelamin taadaa..yang ni pun dah habis RM500  (Pakej : Makanan Pengantin, Hiasan Bilik & Hiasan tempat makan pengantin aka makan beradab)




Malamnya...sesi makan kek~

Belanja satu gambar dengan sahabat-sahabat dunia akhirat
Dari kiri : Azreena , Zaila , Zainura, Hidayu, Suhaida , Taktahu , Diyana












Tuesday, 29 July 2014

Kacang panjang goreng ber sotong



hari ni nak share resepi sayur kacang panjang yang simple dan sedap . Resepi ni untuk 2 orang makan sahaja. . Al-maklum lah..hidup berdua lagi..hehe.


Bahan-Bahan

2 ulas bawang merah (dimayang)
3 ekor sotong
1 sudu besar cili kisar/ cili boh
1 biji tomato (belah 4)
serbuk kunyit
garam
kacang panjang
carrot / lobak merah
perencah HILAL / mana-mana perencah
minyak masak

Cara-cara

1- Potong sotong kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2- Dengan api yang perlahan, goreng sotong dalam minyak yang sedikit.
3- Bila sotong hampir separuh masak ,masukkan bawang merah ,perencah dan cili kisar. Kalau nampak kering sangat tambah la air sikit.sikitttt je.. (^_^)
4- Masukkan lobak merah yang telah dipotong memanjang. Gaulkan sampai nampak lobak sedikit masak
5- Masukkan secubit garam. Secukup rasa.
6- Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan tomato supaya kacang panjang tidak terlalu masak..Baru rasa crunchy..nyum..nyum


Sedapnya...

Monday, 28 July 2014

Satay Bonda

Satay Bonda

Bahan-bahan
1 ekor ayam/ 1 kg daging
4 batang serai
1 cawan gula
3 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar garam
Sedikit asam jawa
3 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
½ inci halia
Serbuk kunyit

Cara-cara
1. Ayam dihiris halus dan digaul dengan air asam jawa.
2. Ketumbar ,jintan putih dan jintan manis digoreng tanpa minyak dan kemudian ditumbuk
3. Bawang putih, bawang merah ,serai dan halia juga ditumbuk
4. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk, garam,gula dan serbuk kunyit ke dalam ayam. Perap beberapa jam.
5. Selepas beberapa jam, cucuk dan bakar.
6. Sedia untuk dimakan!  

*Simpan sedikit ketumbar,jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk tadi untuk dimasukkan ke dalam kuah satay.
*Ketika membakar sate, renjiskan minyak yang di ambil di atas kuah ke atas satay yang sedang dibakar menggunakan beberapa batang serai…



makan! 

Monday, 7 April 2014

Perigi Mencari Timba (T_T)

Meminang = mengajak seseorang untuk berkahwin..


Kebanyakan pepatah melayu banyak yang tidak boleh di pakai pada akhir zaman ini. Contohnya istilah perigi mencari timba.Tidak salah jika berikhtiar dan berusaha, jika matlamat akhirnya membina keluarga bahagia Sakinah Mawaddah Warahmah. Tidak ada sebarang ketetapan dalam agama dimana seorang perempuan tidak boleh meminang seorang lelaki atau dalam erti kata menyatakan hasrat ingin berkahwin, cuma yang ada hanyalah dari segi ADAT. Dalam islam tiada salahnya jika ingin menjadikan dia sebagai suami kalau dah berkenan. Jika yakin lelaki itu baik akhlaknya.  Cuma beberapa garis panduan yang harus di patuhi.. dipetik daripada program Semanis Kurma- Jodoh Untukku.
Garis Panduan

1- Membuat penyelidikan iaitu latar belakang sama ada bertanya kepada kawan serumah melalui orang tengah.

2- Banyakkan berdoa kepada Allah..
“Andai calon ini terbaik untukku satukanlah hati kami,
Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…”

3- SoIat istikharah ni untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Mintalah panduan sepenuhnya daripada Allah. Tetapi, harus diingat mimpi bukanlah satu perkara utama. Salah satu contoh petunjuk daripada Allah, bila kita teringat seseorang yang buat hati rasa tenang dan lapang, itulah jodoh yang terbaik dan segala urusan dipermudahkan olehNya. Jika sebaliknya, mungkin itu bukan jodoh yang terbaik.

4- Minta mak dan ayah berdoa semoga kita diberikan jodoh yang terbaik, kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana redha Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapanya .

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)


Berdoalah untuk jodoh anda

Di sini di selitkan beberapa doa yang diambil dalam Al-Quran


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al –Qasas : Ayat 24)


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar. (Surah At-Taubah : Ayat 129)



Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".(Al-Anbiya’ : Ayat 89)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan : Ayat 74).

#Psst...Dah pernah merasa macam mana perigi mencari timba..haha

Wednesday, 19 March 2014

Perginya Sang Murabbi

Sayunya mendengar berita perginya seorang Murabbi. Juga sahabat baik kepada abah dan mak. .Seorang mengajar mengaji Al-Quran dan fardhu ain sejak dari kecil sewaktu di Berek Penjara Marang..Semoga arwah Ustaz Nan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Maut itu tidak terduga dan datang dalam sekelip mata..Kehidupan di dunia ini hanya pinjaman.Akhirat sana kekal selamanya."Nyawa ini pinjaman Ilahi, dan ianya ada expired..".Al-fatihah.



Di akhir zaman ini, benarlah Allah tidak menghilangkan ilmu agama melainkan dgn mematikan org2 alim.. 

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

Nak mati pun mati, tak nak mati pun mati
Takut mati pun mati, tak takut mati pun mati
Muda pun mati, tua pun mati
Sihat pun mati, sakit pun mati
Kaya pun mati, miskin pun mati
Hitam pun mati, putih pun mati 

Cepat pun mati, Lambat pun mati

Kerana apa?
"syarat utk mati adalah hidup"

Benarlah. Kematian itu sentiasa dekat dengan manusia. Hanya manusia yang selalu alpa. Kematian bukanlah pengakhiran segalanya, tapi permulaan kepada perjalanan kehidupan yang abadi di sisi Sang Pencipta.



Orangnya baik & lemah lembut T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...